at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Jahilnya Tanpa Ilmu di Dada

| Friday, January 29, 2010 |

From new pic


Baru-baru ini ahli Jabatan Amal tawau yang tengah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil kesempatan melawat pelajar SMIDU tahun pertama, Mohd Syahmi Muhammad Nasir. Syahmi yang juga merupakan ahli Bridged Amal Tawau yang baru ditubuhkan pada 30 Disember lepas mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Darul Ulum (SMIDU), Kuala Nerang, Kedah.

Syahmi yang baru berusia 13 tahun dihantar belajar meninggalkan keluarga di seberang demi mendalami ilmu agama yang insyaAllah akan dimanfaatkan di kampung halaman kelak. Ahli Unit Amal Tawau yang sempat bersama Syahmi dalam siri lawatan baru-baru ini dapat melihat kesedihan dan kerinduannya kepada keluarga tercinta. Manakan tidak, meninggalkan keluarga juah dari pandangan setelah hampir 13 tahun hidup bersama. Itupun dikhabarkan, Syahmi hanya dapat melepaskan kerinduan bersama umi dan abi tercinta seminggu sekali melalui telefon yang disediakan pihak sekolah.

SMIDU merupakan antara sekolah agama yang menjadi pilihan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Ratusan pelajar yang mendaftar di sini terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh pelosok Malaysia tanpa mengira ideologi politik masing-masing. Pelajar Sabah sahaja, terdapat lebih kurang 10 orng yang berhijrah untuk mencari mutiara berharga di bumi kedah ini yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu agama. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, pelajar SMIDU akan meneruskan pengajian di peringkat kolej juga dikenali sebagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang juga terletak satu kawasan dengan SMIDU. Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan berpeluang melanjutkan pelajaran di timur tengah antaranya Al-Azhar, Jordan dan sebagainya.

Sepetang bersama Syahmi sedikit sebanyak dapat menyelami perasaan anak kecil ini meninggal umi dan abi tercinta di kampung. Terpancar sinaran air di kelopak mata Syahmi sebaik ingin meninggalkanya meneruskan kehidupan sebagai pelajar di SMIDU. Demi sebuah ilmu untuk kepentingan diri dan Islam, Syahmi sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta. Kita doakan Syahmi dan pelajar lain yang tengah menuntut ilmu tabah dan mendapat kejayaan sebagaimana yang dihasratkan. Selepas beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar SMIDU, rombongan kami meninggalkan adik-adik ini.

Sebagai remaja Islam, gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk mencari sebanyak-banyaknya ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Sewajarnya para remaja di Tawau khususnya mencontohi Syahmi dalam keinginannya yang mendalam untuk mencari secebis ilmu. Dengan ilmu di dada, tidaklah berlaku kerosakan dan perbalahan seperti berlaku sekarang. Dengan ilmu juga, kita tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat sehingga sanggup memaki hamun dan mencerca orang lain. Hanya manusia yang jahil sahaja sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. Cuma kita tidak dapat elakkan akan kewujudan golongan ini walaupun telah berlaku pelupusan pada ketika menolak tawaran menaiki Nabi Nuh. Akhirnya, Allah telah membuat keputusan untuk 'demolished' manusia jahil ini dari muka bumi kerana menolak kebenaran.

Pesanan buat sahabat-sahabat, dalam menghadapi karenah kelompok manusia jahil ini kita sepatutnya berlapang dadah dan memafkan. Hal ini sebagaiman hadis Rasulullah saw, daripada Anas riwayat Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Rasulullah saw memaafkan kesalahan seorang Arab Badwi yang menyentap selendang Nabi dengan kasar sehingga meninggalkan bekas di leher. Tindakan bijak Rasulullah berhadapan dengan orang yang jahil. apabila dengan mudah memaafkannya. Orang yang jahil biasanya akan berkata apa sahaja untuk melawan musuhnya. Sekiranya kita melawan, sudah tentu akan bertindak seperti orang yang jahil. Akhirnya, kita turut termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk.

Salam Muwajahah silmiah.



Pendirian PAS terhadap Isu Kalimah Allah : Bukti Keunikan Politik Islam

| Tuesday, January 12, 2010 |

From new pic


Isu yang tidak kurang hangatnya dibahaskan ketika ini adalah isu kalimah Allah yang menjadi polemik berkepentingan parti-parti politik mahupun ngo-ngo tertentu bagi meraih sokongan rakyat yang akhirnya diangkat sebagai juara perjuangkan Islam.

Memang benar, sebagai umat Islam siapa yang rela Tuhan yang disembah selama ini juga ingin diguna pakai oleh agama selain Islam yang terbukti selama ini tidak pernah reda dengan agama yang suci ini. Sekali pandang, setiap yang tertulis “ISLAM” pada maykad masing-masing pasti bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Mahkamah dan Akhbar Herald.

Itu pasti berlaku sekiranya hanya memandang sekilas ikan di air. Namun, berbeza dengan pendirian PAS yang tidak terbawa-bawa dengan golongan tertentu yang menilai isu ini dari satu sudut yang sempit hingga membawa kepada pertelagahan agama, kaum dan budaya di negara ini.

Ketika semua pihak mengharapkan PAS bersama dengan kumpulan-kumpulan tertentu menyuarakan bantahan secara agresif sehingga mencetuskan provokasi dengan terbakarnya lima buah gereja baru-baru ini, PAS akhirnya tampil dengan penuh bergaya membawa suatu pendekatakan politik Islam yang unggul dalam menyuarakan pendirian berhubung isu ini.

Pendirian PAS yang membenarkan kaum selain Islam menggunakan kalimah Allah menurut kaedah Islam dengan dalil-dalil yang qat’ie adalah suatu bukti uniknya politik Islam yang cuba diketengahkan PAS selama ini. Namun mengingatkan bahawa penggunaan nama Allah secara salah dan tidak bertanggungujawab mestilah dielakkan agar ia tidak mengelirukan umat Islam di negara ini. Jika benar mahu menggunakan nama Allah, mestlah juga meyakini bahwa Allah adala Esa dan Pencipta langit dan bumi serta seluruh alam semesta.

Tidak dinafikan ramai pihak yang tidak bersetuju dan melenting. Tidak kurang juga ahli yang setia sama ada berdasarkan fahaman yang jelas dan yang masih kabur turut tidak berpuas hati. Namun, atas dasar prinsip dan adab berjemaah berdasarkan wala’ pada pimpinan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, keputusan pimpinan dengan reda diterima. Hingga akhirnya, golongan yang cuba mengapi-apikan golongan Ansorullah ini tampil membuat kenyataan jahat bahawa jumudnya pemikiran ahli dan penyokong PAS yang mengamalkan prinsip wala’. Cuma satu persoalan kepada golongan minoriti ini. Siapa kamu yang cuba pertikaikan prinsip dalam tanzim ini yang dengan jelas dan nyata ditegaskan Allah dalam Al-Quran dan diimani oleh Rasulullah saw, para sahabat, ulamak-ulamak sehingga membawa pembentukan tamadun Islam yang hebat?

Berhubung pendirian PAS ini, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan politik Islam itu unik, seimbang dan perlu ditangani dengan bijaksana. Keputusan ini juga sebenarnya melambangkan kematangan parti dakwah dan siasah ini mendepani politik kontempori dan menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS telah lari daripada perjuangannya. Perkara yang penting, ini bukanlah pandangan daripada satu sudut yang sempit sebaliknya mengambil kira semua aspek dalam Islam termasuk tauhid, fikrah, perundangan negara dan realiti masyarakat di negara ini dan bukannya semata-mata untuk mengambil hati rakan seperjuangan dalam pakatan. Tidak sama sekali.

Terbuktilah bahawa keputusan PAS dalam menyatakan pendiriannya sebenarnya melambangkan kesyumulan Islam yang diperjuangkan dari dulu, kini dan selamanya. Tidak syak lagi, langkah politik yang diketengahkan PAS ini menunjukkan kebijaksanaannya mendepani situasi secara bijaksana tanpa menggadaikan sedikitpun prinsip kesucian Islam yang menjadi asas kukuh perjuangannya selama ini.

Inilah dia momentum politik Islam yang mampu menjadi vaksin terhadap setiap permasalahan di negara ini khususnya. Namun, semua itu menjadi sia-sia sekiranya rakyat terutamanya masih tidak memberi ruang sepenuhnya kepada politik Islam ini membawa perubahan total dalam segenap aspek pentadbiran, sosial dan ekonomi negara. Justeru, akal dan mata hati yang dianugerahkan kepada kita sebenarnya digunakan sebaiknya dalam menilai mana pihak yang benar-benar boleh perjuangkan hak rakyat di negara ini.

Sudah tiba masanya sikap yang cenderung kepada parti-parti tertentu dikikis sehabis-habisnya kerana pandangan yang primitif ini tidak membawa sedikitpun perubahan yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, bukan nama parti yang dinilai hebat dan dipertahan, tetapi apakah initipati perjuangannya boleh menjamini setiap rakyat di negara ini mendapat pembelaan yang seadil-adilnya. Dalam masa yang sama semua kaum hidup harmoni dalam satu bumbung dan langit bukannya dengan hanya berbekal slogan ‘1 Malaysia’ semata.

Islam itu indah. Namun, hanya umatnya mampu merealisasikannya dilihat indah. Salam muwajahah silmiah.




Bersangka-sangka (PERSEPSI)

| Sunday, January 10, 2010 |

From new pic


Sekadar peringatan. Ramai manusia kini yang suka membuat macam-macam kesimpulan terhadap sesuatu situasi walaupun tanpa bukti dan kajian terlebih dahulu. Walaupun ada sangkaan baik dan ada sangkaan buruk, namun lebih banyak prasangka buruk. Tidak kiralah untuk kebaikan ataupun untuk menjatuhkan. Analoginya mudah...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai…

Mana la tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-baner ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihatinya. Jauhilah sikap suka bersangka-sangka atau membuat persepsi yang negatif, kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan seperti memusnahkan kayu dimakan api.Tidak salah membuat andaian awal namun biarlah berdasarkan fakta yang betul dan daripada sumber yang sahih. Apapun, alangkah baiknya terus berjumpa 'face to face' kepada kelompok atau individu yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang benar. Ubah persepsi buruk, anda boleh mengubahnya. 'Hijrahkan' diri sempena awal tahun baru yg masih terasa ini... Salam muwajahah silmiah.




Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini