at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Eksklusif : Manchester United VS Chelsea (Versi PES)

| Monday, April 5, 2010 |


Seperti yang anda telah tahu, perlawanan di antara Manchester United menentang Chelsea telah berlangsung di Stadium Old Trafford pada hari Sabtu yang lalu dengan kemenangan telah memihak kepada pasukan pelawat, iaitu Chelsea. Ia merupakan kemenangan ketiga (hatrick) Chelsea ke atas Manchester United pada musim ini, selepas perlawanan Community Shield dan perlawanan liga di Stamford Bridge pada awal musim.

Buat sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu, di sini saya sediakan sedikit laporan ringkas perlawanan tersebut dalam versi game PES 2010. Semoga terhibur! Terutamanya peminat-peminat pasukan Chelsea! He he he =)

Perlawanan ke-33 liga ini berlangsung di Old Trafford, iaitu Stadium Rasmi bagi pasukan Manchester United selaku tuan rumah

Kelihatan Kapten bagi kedua-dua pasukan (John Terry dan Gary Neville) mengetuai barisan masing-masing masuk ke padang

Old Trafford Manchester

Penyokong-penyokong tuan rumah jelas menguasai stadium

Pemain tuan rumah - Ji Sung, Evra, Berbatov

Lineup untuk Manchester United, tanpa ayam tambatan mereka, Wayne Rooney yang mengalami kecederaan

Formasi yang digunakan Manchester United

Lineup untuk Chelsea, "without 4 key defences" kata pengulas di televisyen. Penjaring terbanyak Chelsea, Didier Drogba hanya mengisi bangku simpanan dan tidak akan memulakan perlawanan ini dalam kesebelasan utama

Formasi 4-3-3 yang digunakan semasa membelasah Aston Villa 7-1 pada minggu lepas terus mendapat kepercayaan Carlo Ancelloti iaitu pengurus Chelsea

Separuh Masa Pertama

Setelah jelas menguasai permainan seperti bermain di tempat sendiri, akhirnya pada minit ke-20, Joe Cole telah berjaya menjaringkan gol backheel yang cantik sekali gus memperdaya penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar

Gol ini berpunca hasil daripada gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol oleh pemain yang sedang berada di puncak prestasi, iaitu Florent Malouda

Joe Cole berlari bagi meraikan gol cantik yang dijaringkannya

1 gol untuk Joe Cole

Yeahhh!!!!

Separuh Masa Kedua

Setelah hampir 60 minit Chelsea menguasai permainan, akhirnya Manchester United berjaya mendapat rentak permainan mereka. Namun Chelsea yang akhirnya berjaya menambah gol kedua pada minit ke-79 hasil jaringan pemain gantian, Didier Drogba yang baru dimasukkan kurang dari sepuluh minit.

Gol ini hasil daripada hantaran menarik oleh Salomon Kalou, juga pemain gantian yang baru dimasukkan Chelsea bagi menggantikan Joe Cole pada minit ke-74. Drogba sekali lagi menjadi penjaring gol dalam perlawanan 'besar' atau penting

Walaupun rakaman ulang tayang menunjukkan Drogba jelas offside ketika menjaringkan gol berkenaan, namun ianya tidak berjaya dikesan oleh panjaga garisan, sekali gus menyebabkan pengadil membenarkan jaringan tersebut dikira.

"Offside? Ada aku kesah?"

Oh yeahhh!!

Walaubagaimanapun, 2 minit kemudian, pemain muda gantian Manchester United, Federico Macheda telah 'berjaya' menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 9 minit. Ianya hasil daripada hantaran Nani yang tidak berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol Chelsea, Petr Cech, sekali gus menyebabkan bola melantun pada dada Macheda yang kemudiannya dilihat menolak bola menggunakan tangan ke dalam pintu gol Chelsea.

Kapten Chelsea, bergegas menghala ke arah pengadil bagi membantah jaringan 'Hand of God' oleh Macheda yang apabila dilihat melalui ulang tayang jelas kelihatan menolak bola dengan tangan ketika menjaringkan gol tesebut.

Bantahan walaubagaimanapun ditolak pengadil perlawanan, Mike Dean sekali gus membenarkan gol tersebut dikira.

Macheda bergegas membawa bola ke tengah padang bagi memulakan semula perlawanan. "Perlawanan tak habis lagi okeyh!" Mungkin itu kata Macheda.

Walaupun diasak bertalu-talu oleh Manchester United yang mencari gol penyamaan dengan perlawanan berbaki 9 minit (tidak termasuk 4 minit masa kecederaan), Chelsea berjaya mengekang kemaraan Manchester United dengan berjaya menyerap segala tekanan. Oh yea, saya menonton perlawanan ini melalui saluran 812 (Astro) iaitu ESPN, seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas.

Akhirnya berakhir perlawanan yang mendebarkan ini setelah tamat 4 minit masa kecederaan yang diberikan oleh pengadil. Drogba sekali lagi menjaringkan gol penting yang memberikan kemenangan kepada Chelsea.

Persembahan pemain favourite saya, Frank Lampard pula adalah lebih kepada sederhana, namun tetap penting dalam kejayaan ini.

Berakhirnya perlawanan ini melengkapkan rekod 'bersih' Chelsea ke atas Manchester United pada musim ini, setelah menang di Wembley (1-1 FT : Penalti 4-1) dan Stamford Bridge (1-0) pada awal musim.

Berikut ialah statistik penuh perlawanan antara Manchester United dan Chelsea di Old Trafford.



PS : Thanks to Areev19 blogs, who published a superb entri:)



3 comments:

amalmeor said...

wah,rajin sggh ye anda untk entri kali ini~teruskan usaha ;p

areev19 said...

tq2 :)

Vita Meglio said...

salam...aik camna korang leh kenal lak? member lama si areev tu...isk3

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini