at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Kuasa Golongan Muda

| Monday, October 12, 2009 |

From new


Salam Satu Malaysia...

Itulah salam yang semakin mendapat tempat seiring dengan hasrat pemimpin negara ini mencapai perpaduan dan kesejahteraan antara kaum. Namun, jangan lupa salam yang sangat dituntut umat Islam melafazkannya. Lafaz 'asssalamualaikum' telah dijanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan namun semakini sunyi dilafazkan dan disebarkan. Inilah mungkin punca formula mencari keamanan yang hakiki masih belum ditemui. Bahkan makin menjadi-jadi bala bencana terbaru dari Padang yang dilihat sebagai proses tarbiyah daripada pencipta yang hampir disisikan.

Dalam kesibukan melayari bahtera akhir2 sem ini, dapat juga meluangkan sedikit masa mencatat sedikit pandangan yang jahil untuk dijadikan entri. Bukan pa, pengunjung pun da mula boring akibat blog yang dalam istilahnya yang polular 'bersawang' akibat tak update2.

Bercakap soal golngan muda, terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan bila menyebut isu ini. Manakan tidak, sejak awal permulaan kecemerlangan tamadun manusia lagi banyak dicorak hasil gerakan yang dipelopori golongan muda. Mindanya, kekuatannya dan semangat wajanya melebihi segala apabila dibentuk dan dilentur mengikut acuan sebenar.

Zaman permulaan Islam di Mekkah, usaha dakwah Rasulullah saw merektut golongan muda menjadi pendokong kepada gerakannya berjaya membawa kegemilangan yang besar buat Islam. Proses melahirkan modal insan yang berjiwa besar tersebut akhirnya terhasil pemuda-pemuda bersemangat waja seperti Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, Talhah Bin Ubadullah, Umair Bin Mas'ud, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib serta ramai lagi yang mewarnai perjuangan Rasulullah saw.

Ia diteruskan dengan penawanaan kota Konstantinople oleh seorang anak muda panglima tentera yang mempunyai tentera-tentera yang baik akhirnya diberikan kemenangan tersebut. Di Mesir, walaupun jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir pada tahun 1924 dengan runtuhnya empayar Turki Usmaniah, lahir pula pemuda yang mengasaskan tanzim harakah iaitu Assyahid Imam Hassan Al Banna sehingga tersetusnya pelbagi gerakan kini. Kekuatan mudanya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah Mesir dan dipindahkan ke Kaherah untuk menentang penjajah. Gerakan ini seterusnya tersebar luas di Universiti Al Azhar yang tersohor dengan penglibatan golongan muda sepenuhnya.

Di Algeria, usaha menentang penjajahan Perancis dipelopori oleh anak muda dengan tertubuhnya Front Islamic Salvation (FIS) yang akhirnya menghalau penjajah ini. Ia dimulaan oleh tokoh gerakan Algeria iaitu IR Abdul Kader Hachani. Begitu juga di Indonesia suara lantang pidato Suekarno anak muda dinamis yang dilahirkan Unversiti Teknologi Bandung berjaya pengaruhi jiwa-jiwa muda untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Selepas rampasan kuasa tentera Presiden Suharto daripada Suekarno, sekali lagi golongon mahasiswa bangkit dijalanan untuk menjatuhkan regim ini.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Bapa kemerdekaan negara yang 'sebenar' Dr Burhanuddin Al Helmy menjadi penggerak utama dalam membangkitkan semangat golongan muda yang intelegensia bangkit perjuangkan kedaulatan negara. Demikina juga politik baru yang dihadapi negara kini selepas 'tsunami politik' yang melanda banyak dipengaruhi kuasa golongan muda.

Justeru, kelebihan tittle 'golongan muda' perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Acuan dan tarbyah perlu diberikan dengan betul dan berhati-hati agar sekali lagi kegemlangan tamadun Islam yang kini sekadar menghiasi kitab-kitab tebal tidak hanya dijadikan bahan perbincangan dan sebagai suatu lambang sejarah kejayaan semata. Bertepatan apa yang disebutkan oleh Dr. Mohamad Said Ramadan Al Butti dalam kitabnya, bahawa manusia kini tidak kira intelektual Islam dan orentalis barat banyak membincangkan kehebatan dan keagungan tamadun Islam di zaman lampau, tapi mengapa ia terlalu sukar untuk diterima dan direalisasikan di zaman ini? Suatu persoalan yang semua tahu jawapannya.

Berbekalkan semangat dan kekuatan golongan muda masih tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada perubahan tanpa ilmu dan pengetahuan. Maka pemuda hari ini mesti diselamatkan memandangkan potensi yang ada pada dirinya. Golongan muda perlu bangkit bukan hanya memikirkan soal kahwin semata-mata. Memang perlu tapi jangan sampai meninggalkan perjuangan yang suci ini. Buatlah apa pun, fokus dalam akedamik, rancang pembinaan baitul muslim di usia ini namun semua itu perlu dijadikan semangat yang membara membantu suatu misi yang lebih penting. Imam Hasan Al Banna ada menyebut kepada golongan muda yang bersamanya, pemuda hari ini pencorak generasi masa hadapan.

Salam muwajahah silmiah.


Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan

| Tuesday, September 1, 2009 |


Alhamdulillah, kita telah pun memasuki fasa yang kedua dalam bulan Ramadhan. Terasa sekejap masa berlalu meniggalkan kita. Moga2 peluang yang diberikan Allah swt untuk berada dalam madarah tarbiyah ini tidak disia-siakan. Namun, masih belum terlambat untk kita bermusabah kembali adakah fasa pertama ramadhan yang lalu benar-benar melepasi standard KPI yang sebenarnya dituntut dalam Islam. Adakah amal yang kita kerjakan dlam Ramadhan yang lalu mampu mentarbiyah kita untuk bulan-bulan yang akan datang ataupun sekadar sampah yang sedikitpun tidak dinilai Allah swt. Justeru, masih belum terlambat untuk kita modify semula amal-amal kita di bulan yang mulia ini untuk mengambil sepenuhnya peluang keemasan yang Allah swt anugerahkan kepada seluruh umat. Di sini disisipkan sebagai peringatan bersama beberapa kesilapan di bulan Ramadhan untuk mensucikan lagi amal ibadat yang dikerjakan .

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.






| Friday, August 28, 2009 |








Panduan Penjagaan Kesihatan (H1N1)

| Saturday, August 15, 2009 |

From H1N1


Virus Selesama Babi atau Virus Influenza A (H1N1)semakin cepat merebak seluruh dunia. Malaysia antara negara yang tidak ketinggalan diserang virus ini. Tanpa mengira status, bangsa, agama, umur dan jantina, semua tidak berkecuali menghidap virus ini. Orang mukmin yang beriman yakin bahawa inilah bala dari Allah setelah sekian lama kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Firmannya dalam surah Ar-Rum:

"Telah nyata kerosakn di darat dan di laut, berpunca daripada tangan-tangan manusia"

Inilah peluang umat terutama di Malaysia bermuhasabah setelah sekian lama meninggalkan hukum Allah jika tidak pun, hanya sedikit yang diamal sebagai penyedap rasa beragama. Berapa banyak program-program yang jelas bertentangan dengan ISlam diamalkan. Semua ini berpunca sikap pemimpin yang mengambil mudah pembangunan rohani insan. Akhirnya, budaya couple yang membawa kepada maksiat menjadi buaya yang dirasakn mesti diamalkan, konsert artis yang lagho menjadi rutin untuk diadakan dan pelbagai jenayah pembunuhan menjadi santapan utama setiap hari di dada-dada akhbar.


From H1N1


Kembalila kepada Isalam dengan sebenar-benar pengamalan. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, dijangkankan 20% rakyat di setiap negara berisiko untuk dijangkiti virus ini. Malaysia turut merasainya apabila mentire kesihatan menganggarkan 20 juta rakyat negara ini bakal dijangkiti lebih-lebih ketika musim tengkujuh sekiranya tidak menjaga kesihatan dengan baik.

Selain berdoa dan menjaga segala ibadat, usaha-usah berterusan semua indidivu perlu untuk mengelakkan jangkitan ini. Di sini disediakan secara ringkas panduan penjagaan kesihatan cegah
H1N1 . Salam muwajahah silmiah.



Klik Imej Untuk Besarkan


Tahniah Chelsea, musnahkan ego MUsuh!!!

| Sunday, August 9, 2009 |

From chelsea champion



Sekadar santai-santai:). Malam tadi pertembungan epik kelab gergasi EPL bertembung untuk mendapatkan perisai komunit sbg pembuka tirai musim baru liga. MU pasukan pilihan bagaimanapun tidak berjaya menewaskan Chelsea walaupun mempunyai pemain yang boleh dikatakan hebat dan sokongan yang ramai seluruh dunia.

From chelsea champion

JUARA BARU

Akhirnya, ketangkasan permanainan Chelsea berjaya mematahkan keegoan penyokong MU walaupun berjaya mendahului pada separuh masa pertama. Boleh cuba lagi tahun depan hehe. Perlawanan yang berkesudahan seri 2-2, memihak Chelsea melalui sepakan penalti yang menyempurnakan semua sepakan berbanding pemain MU gagal sempurnakan dua sepakan. Kecekapan Petr Chech berjaya menghalang sepakan 'remaja' MU, Giggs dan seorang lagi pemain memberi kemenangan kedua Chelsea musim ini, terimah kasih banyak :). Chelsea flying high...

From chelsea champion


Kuasa Kebangkitan Rakyat

| Friday, August 7, 2009 |

Himpunan ISA 01 Ogos lepas mencapai matlamat apabila puluhan ribu rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur turun membantah kezaliman akta tersebut. Keberanian rakyat dilihat suatu yang positif dalam mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik. Lambat sikit update blog ni, bukan apa, peserta demo masih lagi dalam pemantauan di sini...macam penjenayah.

Sememangnya suatu yang manis apabila turut serta dalam himpunana ini. Walaupun asalnya hanyalah sebuah himnpunan aman sekadar menarik perhatian kerajaan, namun ia bertukar menjadi 'medan perang' antara polis dan rakyat. Polis yang tidak profesional sekali lagi menjatuhkan maruah sendiri apabila bertindak menangkap sesiapa sahaja yang berhimpun di kawasan tersebut.

From Demo ISA



Apabila tidak berjaya menghalang kuasa rakyat, maka tembakan asap pemedih mata dan semburan water canon dilepaskan tanpa belas kasihan kepada mereka yang berhimpun. Kami yang turut serta akhirnya merasai juga asap pedih dan air gatal fru, boleh tahan jugak rasanya hehe. Ramai peserta demo yang cedera dan pengsan termasuk wanita dan kanak2. Suasan seolah-olah berada di medan perang...

Serangan pihak polis tidak mematahkan semangat para pejuang untuk terus membantah ISA. Semangat untuk menegakkan kebenaran yang membara berjaya mematahkan serangan pihak polis dan meraka hanya mampu melihat laungan takbir dan mansuhkan ISA yang bergema. Launagn 'hidup rakyat' terus membakar semangant.

Tahniah kepada pemuda dan pemudi yang mengusasi perhimpuanan tersebut. Semoga ia menjadi salah satu amalan jihad kita di dunia ini. Alhamdulillah, saya dan sahabat berjaya terlepas daripada ditangkap pois yang mengganas. Walaupun beberaka kali hampir di cekup. Kalau tak, kuliah dalam lokap la jawabnya huhu. Keperitan dan kepayahan yang dirasai menambahkan lagi keberanian menghadapi musuh-musuh Allah swt. Walaupun terdapat pihak yang menganggap perhimpunan ini suatu yang sia-sia dan mengganggu ketenteraman, mereka tidak sedar yang mereka telah menzalimi diri sendiri dengan merelakan diri menyokong kezaliman yang memang jelas berlaku. Cuma yang menyokong itu belum merasainya sahaja.

Semoga Allah swt memberi hidayah kepada manusia-manusia yang masih tersasar jauh pada jalan kebenaranNYA. Salam muwajahah silmiah.

Antara panorama 'indah' yang sempat dirakamkan :

From Demo ISA
WAKIL AMAL TAWAU YANG TURUN KE MEDAN JIHAD :)

From Demo ISA
KAUM INDIA TIDAK KETINGGALAN

From Demo ISA
POLIS BERSAMA TRAKNYA TIDAK BERJAYA MENAKUTKAN RAKYAT

From Demo ISA
LAUTAN MANUSIA YANG BERHIMPUN

From Demo ISA
WALAU LETIH TERUS BERJUANG, SEMPAT WAT POSE TU HUHU

From Demo ISA
PENANGAN AIR GATAL. DAH RASA, WALAUPUN BELUM DI TAWAH:)


Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini