Friday, November 20, 2009

Buta Cinta: Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat

From

Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001…

Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar.
Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta ditaman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawamereka dalam keadaan yang sungguh tragik.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.
Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?”
Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!”
Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.Subhanallah!!!

Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.

Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kitamungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!

Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja.Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?

Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati.
Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.

Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada masa ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.

Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!!
Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?

Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada darjat kemuliaan yang tak terhingga sekiranya cinta tersebut tidak melalaikannya daripada cinta yang sebenar, yakni cinta pada Allah. Itulah cinta manusia yang hakiki dan perlu diselami agar tidak khayal dengan cinta dunia. Manusia mesti menyelami cinta pada Penciptan agar tidak hanyut dan tenggelam dibuai cintanya di dunia ini.


Baca lanjut tentang “Buta Cinta: Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat” »»

Friday, October 30, 2009

Salam IMTIHAN

From imtihan


salam imtihan utk sahabat2 yg akn mnghadapi imtihan semester ini..doakan kejyaan utk semua agar berjaya di dunia dan akhirat. Allah swt berfirman:

"DAN ORAG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI,NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."

....KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,
....KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAM,
....KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,
....KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN...

"بالتوفيق والنجاح "

..TIPS utk semua walaupun tak keluaq final exam:)

--BELAJAR BERSUNGGUH2..otak jadi tajam..
--KURANGKAN MAKAN..otak jadi cedik..
--DIRIKAN SOLAT MALAM..fikiran jadi lapang..
--BACA AL-QURAN DGN MEMANDANG MUSHAF..hati jadi tenang..
--BANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.. utk terangkn hati..
--BERSUGI SLPS WUDHU'..
--MAKAN MADU..sblm sarapan..
--MAKAN KISMIS..
--MAKAN KURMA..
--BNYK MINUM KACANG SOYA..
--DOAKN UTK SAHABAT2 ANDA.

.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN,
.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT,
.....YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA.
(bukan berkeyaknan pada ayak2 yassin ya hehe).


Salam Muwajahah Silmiah...

Baca lanjut tentang “Salam IMTIHAN” »»

Sunday, October 18, 2009

Saja-saja...

Nasihat buat yang boring dalam kelas...jangn tiru aksi ini:-)





Baca lanjut tentang “Saja-saja...” »»

Saturday, October 17, 2009

Kemalangan di BT 6, Kodiang

Sejurus selepas berprogram di Pondok Hj Musa Kodian, suatu kemalangan yang tanpa diduga berlaku. Lega rasanya dapat selesaikan tugas seterusnya memberi training kepada bakal pelapis kepimpinan menyambung generasi dakwah di kampus.

Namun, keseronokan dan keletihan usai program bertukar menjadi pengalaman ngeri apabila kereta yang dipandu sahabat dirempuh motorsikal dari arah depan. Laluan dua hala tersebut menjadi satu hala apaila trak pengangkut yang melalukukan kerja-kerja pembaikan menghalang laluan.

Teringat kata-kata semangat yang diberikan kepada adik2 sebelum ini agar tabah dalam menghadapi apa jua ujian dan bencana daripada Allah swt. Akhirnya,diuji jua. Walaupun panik. lebih2 lagi sahabat muslimat yang turut berada dalam kenderaan, masih mampu berada dalam keadaan tenang.

Mujurlah segala urusan dipermudahka dan tiada nyawa terkorban walaupun motorsikal yang dipandu seorang remaja hancur teruk. Remaja tersebut hanya luka akibat telempar ke tepi sewaktu bertembung dengan kerera kami. Kalaulah tidak, mungkin senasib
dengan motorsikal baru yang dipandunya.

Murabbi, empunya kereta dalam keadaan tenang melihat kejadian tersebut. Berpesan agar selesaikan urusan seterusnya. Tanpa sedikit pun kesal dengan kerosakan kereta yang dialami. Mungkin itulah tarbiyah yang diperoleh seorang pejuang. Harta benda dunia tidak pernah meresahkannya. Pengajaran agar tidak cintakan dunia.

Akhirnya, urusan selesai. Syukran pada semua sahabat yang prihatin. Tidak pernah rasa bersendiri walaupun dalam keadaan payah.

Salam muwajahah silmiah...hati2 ketika memandu buat semua pejuang, tugas masih banyak menanti dihadapan:)


Kejadian yang sempat dirakamkan...

From musibah


From musibah


From musibah


Baca lanjut tentang “Kemalangan di BT 6, Kodiang” »»

Monday, October 12, 2009

Kuasa Golongan Muda

From new


Salam Satu Malaysia...

Itulah salam yang semakin mendapat tempat seiring dengan hasrat pemimpin negara ini mencapai perpaduan dan kesejahteraan antara kaum. Namun, jangan lupa salam yang sangat dituntut umat Islam melafazkannya. Lafaz 'asssalamualaikum' telah dijanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan namun semakini sunyi dilafazkan dan disebarkan. Inilah mungkin punca formula mencari keamanan yang hakiki masih belum ditemui. Bahkan makin menjadi-jadi bala bencana terbaru dari Padang yang dilihat sebagai proses tarbiyah daripada pencipta yang hampir disisikan.

Dalam kesibukan melayari bahtera akhir2 sem ini, dapat juga meluangkan sedikit masa mencatat sedikit pandangan yang jahil untuk dijadikan entri. Bukan pa, pengunjung pun da mula boring akibat blog yang dalam istilahnya yang polular 'bersawang' akibat tak update2.

Bercakap soal golngan muda, terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan bila menyebut isu ini. Manakan tidak, sejak awal permulaan kecemerlangan tamadun manusia lagi banyak dicorak hasil gerakan yang dipelopori golongan muda. Mindanya, kekuatannya dan semangat wajanya melebihi segala apabila dibentuk dan dilentur mengikut acuan sebenar.

Zaman permulaan Islam di Mekkah, usaha dakwah Rasulullah saw merektut golongan muda menjadi pendokong kepada gerakannya berjaya membawa kegemilangan yang besar buat Islam. Proses melahirkan modal insan yang berjiwa besar tersebut akhirnya terhasil pemuda-pemuda bersemangat waja seperti Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, Talhah Bin Ubadullah, Umair Bin Mas'ud, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib serta ramai lagi yang mewarnai perjuangan Rasulullah saw.

Ia diteruskan dengan penawanaan kota Konstantinople oleh seorang anak muda panglima tentera yang mempunyai tentera-tentera yang baik akhirnya diberikan kemenangan tersebut. Di Mesir, walaupun jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir pada tahun 1924 dengan runtuhnya empayar Turki Usmaniah, lahir pula pemuda yang mengasaskan tanzim harakah iaitu Assyahid Imam Hassan Al Banna sehingga tersetusnya pelbagi gerakan kini. Kekuatan mudanya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah Mesir dan dipindahkan ke Kaherah untuk menentang penjajah. Gerakan ini seterusnya tersebar luas di Universiti Al Azhar yang tersohor dengan penglibatan golongan muda sepenuhnya.

Di Algeria, usaha menentang penjajahan Perancis dipelopori oleh anak muda dengan tertubuhnya Front Islamic Salvation (FIS) yang akhirnya menghalau penjajah ini. Ia dimulaan oleh tokoh gerakan Algeria iaitu IR Abdul Kader Hachani. Begitu juga di Indonesia suara lantang pidato Suekarno anak muda dinamis yang dilahirkan Unversiti Teknologi Bandung berjaya pengaruhi jiwa-jiwa muda untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Selepas rampasan kuasa tentera Presiden Suharto daripada Suekarno, sekali lagi golongon mahasiswa bangkit dijalanan untuk menjatuhkan regim ini.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Bapa kemerdekaan negara yang 'sebenar' Dr Burhanuddin Al Helmy menjadi penggerak utama dalam membangkitkan semangat golongan muda yang intelegensia bangkit perjuangkan kedaulatan negara. Demikina juga politik baru yang dihadapi negara kini selepas 'tsunami politik' yang melanda banyak dipengaruhi kuasa golongan muda.

Justeru, kelebihan tittle 'golongan muda' perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Acuan dan tarbyah perlu diberikan dengan betul dan berhati-hati agar sekali lagi kegemlangan tamadun Islam yang kini sekadar menghiasi kitab-kitab tebal tidak hanya dijadikan bahan perbincangan dan sebagai suatu lambang sejarah kejayaan semata. Bertepatan apa yang disebutkan oleh Dr. Mohamad Said Ramadan Al Butti dalam kitabnya, bahawa manusia kini tidak kira intelektual Islam dan orentalis barat banyak membincangkan kehebatan dan keagungan tamadun Islam di zaman lampau, tapi mengapa ia terlalu sukar untuk diterima dan direalisasikan di zaman ini? Suatu persoalan yang semua tahu jawapannya.

Berbekalkan semangat dan kekuatan golongan muda masih tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada perubahan tanpa ilmu dan pengetahuan. Maka pemuda hari ini mesti diselamatkan memandangkan potensi yang ada pada dirinya. Golongan muda perlu bangkit bukan hanya memikirkan soal kahwin semata-mata. Memang perlu tapi jangan sampai meninggalkan perjuangan yang suci ini. Buatlah apa pun, fokus dalam akedamik, rancang pembinaan baitul muslim di usia ini namun semua itu perlu dijadikan semangat yang membara membantu suatu misi yang lebih penting. Imam Hasan Al Banna ada menyebut kepada golongan muda yang bersamanya, pemuda hari ini pencorak generasi masa hadapan.

Salam muwajahah silmiah.

Baca lanjut tentang “Kuasa Golongan Muda” »»

Masa Terus Berlalu

About Me

My Photo
TUKANGSERU
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.
View my complete profile

Waktu Solat

Online

Bilangan Pengunjung

Blog Archive

Laman Sembang


ShoutMix chat widget

Selamatkan GAZA

FREE PALESTINE FREE PALESTINE
Daulah Islamiyah

Analisis Pengunjung

Template by Tukangseru | Blog - tempurarus.blogspot.com