at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Edisi Suprised! : Undian Pusingan Ke-3 Piala FA

| Monday, November 29, 2010 |

Lupakan kekalahan kedua berturut-turut Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan keputusan seri kelmarin sehingga menyebabkan Chelsea turun ke tangga ke-2 liga buat sementara. Undian bagi pusingan ke-3 Piala FA telah selesai. Lawan masing-masing telah ditentukan. Chelsea sebagai juara bertahan akan turun menentang Ipswich sebuah kelab dari Division Two Liga Inggeris di Stamford Bridge. Namun, apa yang mengejutkan dan khabar gembira buat die hard fans Chelsea, Team Setan Merah (MU) menanti lawan yang lebih sukar di Old Trafford. Guess who??? Liverpool, ya Liverpool. Apa yang pasti, salah satu team akan tersingkir awal. Berikut antara jadual penuh undian tersebut.


Adakah trofi ini akan beralih ke pasukan lain? Sama-sama kita nantikan. KTBFFH!

Burnley v Port Vale
Coventry v Crystal Palace
Bristol City v Sheffield Wednesday
Fulham v Peterborough
Doncaster v Wolves
Brighton or FC United of Manchester v Portsmouth
Huddersfield v Dover Athletic
Crawley Town or Swindon v Derby
West Ham v Barnsley
Reading v West Brom
Arsenal v Leeds
Sheffield Utd v Aston Villa
Leicester v Man City
Bolton v York
Blackburn v QPR
Swansea v Colchester
Wycombe v Hereford or Lincoln
Stevenage v Newcastle
Burton Albion v Middlesbrough
Millwall v Birmingham
Southampton v Blackpool
Watford v Hartlepool or Yeovil
CHELSEA v Ipswich


Untukmu Wanita...

| Sunday, November 28, 2010 |

Pertemuan kali ini ingin dikongsikan kepada semua sebuah entri yang menarik untuk dihayati.  Walaupun lebih khusus kepada kaum wanita, namun lelaki juga perlu menelitinya terutama mereka yang harapkan sokongan dan dorongan dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah swt. Justeru, wanita acuan Al-Quran antara sebaik-baik pilihan yang tepat sebagai pembantu bagi memacu perjuangan ini sekiranya diizinkaNya membina baitul muslim suatu hari nanti. Bagi yang telah membina rumah tangga Islam, diharapkan menjadi antara pasangan yang mencintai sesama berpaksikan kasih dan cinta yang mendalam kepdaNya. Dengan itu, tiada alasan untuk lemah dalam perjuangan, sebaliknya terus gagah melangkah.

Memiliki pasangan yang diharapkan bukanlah mudah. Hal ini telah lama Allah swt ingatkan sebagaiman firmanNya :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Insyaallah, mari bersama kita hayati...

"Wahai saudariku yang muslimah, yang berada di jalan jihad , Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi kita, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad."



Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi muslimat, mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan dakwah , peperangan menghadapi musuh gerakan islam, sama seperti mereka


Mutiara-mutiara Chelsea Semakin Bersinar...

| Friday, November 26, 2010 |



Mungkin agak janggal buat peminat Chelsea melihat banyak youngster diturunkan malam semalam, tetapi inilah era baru The Blues!! Sejak pengambilaihan Roman, malah sebelum rejim itu juga kita sememangnya kurang melahirkan bakat – bakat muda..Kita kerap membeli pemain luar dan akdemi kita boleh dikatakan tidak se-gah West Ham, Arsenal mahupun Everton..Tetapi sejak penubuhan Cobham Training Center kita dapat melihat hasilnya di mana pemain muda kita semakin mendapat perhatian umum..Kejayaan menewaskan Zliina dengan 4 pemain muda (McEachran, Kakuta, Van Aanholt, Bruma) kita diberikan starting lineup sememangnya sesuatu yang fantastic terutamanya melihat dari sudut ia adalah kejuaraan bertaraf tertinggi seperti Champions League!!

Dalam match kelmarin, dengan tiket layak sudah dalam genggaman Carletto memutuskan untuk mengunakan pemain muda selain memberikan rehat kepada pemain senior yang cedera dan kepenatan..

First half kita ketingggalan seawal minit ke 17 dan satu ketika aku dah membayangkan saat kita menentang Birmingham tempohari..Gabungan pemain muda dan senior nampak agak menjadi kerana walupun ketinggalan kita bermain dengan temwork yang fantastik dan menyerang bertubi tubi kubu lawan..Malang, gol penyamaan tidak ketemu di separuh masa..



Penuhkan Piala Hati-hati Ini...

| Thursday, November 25, 2010 |

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..



(Doa Rabitah-Wirid Al-Mathurat)



Raya Korban '10 : Sanasinisamasaja...

| Sunday, November 21, 2010 |

Menyambut Hari Raya Aidiladha  untuk kesekian kalinya di perantauan menjanjikan seribu satu kenangan dan pengalaman manis yang tidak mungkin luput dari ingatan. Terasa sedih pula bila menyedari bahawa ini merupakan sambutan perayaan Aidiladha yang terakhir di negeri orang jika mengikut perancangan. Namun, segalanya juga ketentuan dariNya. 

Sedih bukanlah disebabkan rindu untuk meninggalkan suasana hidup diperantauan tetapi terasa rugi kerana masih tidak mempu mengutip mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman yang banyak untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Masih terasa diri tidak menggunakan peluang sepenuhnya berada jauh dari kampung halaman menimpa sebanyak mungkin ilmu untuk dipunggah dan ditaburkan pula di tanah kelahiran. InsyaAllah, masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin.

Raya Aidiladha kini diraikan bersama sahabat-sahabat di rumah keluarga angkat jemaah di Arau, Perlis. Seingat saya, ini merupakan raya Aidiladha yang pertama dan terakhir diraikan diperantuaun. Sambutan Aidilfitri pula semuanya disambut jauh dari kampung halaman. Demikian antara suasan sambutan ibadah korban bagi tahun ini. Bergembira dalam beribadah kepadaNya...







Keliru Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Arafah dan Sambutan Ibadah Qurban???

| Monday, November 15, 2010 |

TAFSIRAN HADIS “AL-HAJJ ARAFAH”DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH

Pendahuluan

Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya. Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah.
Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Keputusan pemerintah itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam. Ia bersesuaian dengan kaedah;
yang bererti “tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepentingan umum”.

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.

ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.

iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.

i. Sanad dan matan hadis
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud)

ii. Maksud hadis
Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.

Al-Syaukani berkata “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji yang sah adalah jemaah haji yang dapat wukuf di Arafah”.

iii. Fiqh al-Hadis
Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.

Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.

Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:
1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.


Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah

| |



Hari Arafah iaitu pada 9 zulhijjah adalah salah satu hari dari hari-hari yang istimewa dalam islam. Sebagai umat islam sewajarnya kita mengambil peluang yang Allah sediakan buat hamba-hambanya. Jika jemaah haji diwajibkan berada di padang arafah untuk wukuf di sana, umat islam lain yang tidak berpeluang mengerjakan haji dianjurkan berpuasa sunat sempena hari tersebut.

Ketika wukufnya jemaah haji pada 9 zulhijjah disebutkan matahari yang memancar turut merahmati umat Islam yang wukuf ketika itu. Hal ini dapat dilihat apabila bahang matahari pada hari itu tidak terlalu panas pada hari yang biasa. Inilah yan disebutkan oleh ulamak bahawa matahari yang menyinari jemaah haji yang wukuf ketika itu tanda turunnya rahmat Allah swt. Justeru, umat Islam di seluru dunia yang tidak menunakan haji disunatkan berpuasa bagi mendapat keberkatan yang sama.


Antara kelebihan 9 zulhijjah yang disebutkan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W :




Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir R.A. bahawa baginda S.A.W bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda S.A.W lagi:
“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, aku mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Berpuasa pada hari Arafah juga membolehkan kita mendapat pahala sekali umrah pada tahun itu walaupun tidak menunaikan ibadah umrah. Oleh itu, bagi umat Islam yang berpuasa pada 9 zulhijjah seolah-olah dia mendapat pahala sama seperti orang yang menunaikan umrah.

Adapun perbezaan pandangan sama ada berpuasa 9 zulhijjah mengikut kota Mekkah ataupun negara sendiri, umat Islam mestilah mengikut kalender hijrah yang telah ditetapkan oleh pemerintah di negara sendiri. Jika dibandingkan dengan Malaysia, Tanah suci Mekkah menyambut Hari Raya Kurban sehari awal. Maknanya pada hari wukuf di Arafah iaitu 9 zulhijjah di Mekkah, di Malaysia masih lagi 8 zulhijjah. Justeru, seafdalnya umat Islam di Malaysia berpuasa sunat Arafah pada keesokannya yakni 9 zulhijjah. Semoga amalah kita ikhlas dan diangkat ke langit tanda kesudian Allah swt menerimanya.


Album Terbaru Sami Yusuf : Wherever You Are

| Sunday, November 14, 2010 |





Album terbaru Sami Yusuf. Segarkan halwa telinga dengan hiburan yang mendidik jiwa. Full album boleh downlod di sini.


Ops Banjir bersama Jentera Kebajikan Mahasiswa GAMIS

| Saturday, November 13, 2010 |

Ops Banjir diteruskan dalam operasi mencuci dan membersih serta menghantar bantuan kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini. Melalui Jentera Kebajikan Mahasiswa GAMIS yang turun ke Kedah, semua mahasiswa dan mahasiswi tidak ketinggalan berkorban harta dan masa membantu masyarakat. Sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kemudian di hantar ke lokasi tumpuan sekitar Kota Setar antaranya masjid, sekolah, madrasah dan rumah penduduk yang terjejas.

Mahasiswa daripada kampus UM, UKM, UNIMAP, DQ dan lain-lain turut serta dalam misi bantuan banjir kali ini. Seramai 16 orang siswa dan 11 orang siswi UUM turut terlibat, dan kumpulan kami seramai 10 orang siswa diamanahkan membersihkan rumah imam dan madrasah di Kg. Pondok, Kubang Rotan. Alhamdulillah, keseronokan beramal mengatasi segala penat lelah seharian bekerja...


Kawasan misi membersih dan mencuci...

Mari beramal...kata depa...


Taklimat pembahagian tugas daripada SU pembangunan remaja negeri Kedah...


Memindahkan bekalan ke stor simpanan...


Membantu mencuci rumah imam pondok Hj Zakariah...


Kitab-kitab ilmu yang terjejas akibat banjir... tetap dipertahankan.

Membersihkan kawasan melapah lembu, dewan kenduri sekitar pondok...



Tempat yang pernah dijadikan pondok...kini madrasah.



Hilangkan dahaga sebentar...








Akhirnya berjaya menjayakan misi hari ini...

Rezeki Allah dimana-mana, tenaga muda adik2 smart team sedia berkhidmat dan beramal...

Kejadian banjir baru-baru ini antara yang terburuk melanda negeri Kedah selepas banjir yang berlaku pada tahun 1988, 2005 dan terbaru 2010 menurut orang lama di Kg. Pondok, Kubang Rotan. Walaupun air telah lama surut, namun kesan bencana ini masih membekas di hati dan tempat kediaman penduduk Kedah. Justeru, jgan lepaskan kesempatan untuk terlibat dalam operasi sukarelawan banjir. 

Beramal Kerana Allah swt.


Nasihat Berguna Buat Para Pencinta Kebenaran

| Friday, November 12, 2010 |

Isu berkenaan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menempelak seorang wartawan TV3 baru-baru ini mungkin ada yang memandang sinis kredibiliti seorang ketua yang memimpin negeri, lebih-lebih lagi negeri yang dianggap pembangkang kerana tidak sehaluan dengan ideologi politik Kerajaan Pusat.

Namun, bagi mereka yang waras dan cintakan kebenaran sudah tentu memandang dari sudut positif kenyataan sinis yang dilontarkan Dato' Seri kepada wartawan tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian. Bagi saya juga, ia merupakan nasihat yang sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bergiat aktif ataupun sekadar ala kadar dalam bidang penyebaran maklumat. 

Berkatalah benar walaupun pahit. Begitu juga dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 42, Allah swt mengingatkan supaya tidak mencampurardukkan antara yang benar dengan yang salah. Samalah dalam bidang penulisan terutama mereka yang terlibat dalam bidang kewartawanan. Wajib menyampaikan perkara yang benar terutama mereka yang berakidah Islam. Maknanya, apa juga perbuatan sekalipun pasti dinilai sama ada beroleh pahala ataupun dosa. Sekiranya betul, maka pahala balasannya. 

Bertepatan dengan teguran Menteri Besar Kedah, kerja jenis apa sekalipun biarlah ikut cara Islam. Islam sentiasa mengajar umatnya berbuat kebajikan dan menentang sekeras-kerasnya perbuatan yang mungkar. Oleh itu, seandainya setiap orang dapat menerima teguran tersebut lebih-lebih lagi pihak wartawan, pasti berita palsu yang memecahbelahkan umat dapat dihapuskan. Mungkin cara teguran tersebut ada yang tidak dapat menerima, cuma cuba bayangkan apa tindakan kita sekiranya setelah penat lelah bekerja siang dan malam, tiba-tiba ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan sebaliknya??? Dan perbuatan tersebut dilakukan berulang kali... Tepuk dada, tanya iman...



Akhirnya, bersama kita renungi satu lagi antara berjuta mutiara kata Allah swt di dalam Al-Quran yang wajib dijadikan pedoman. Peringatan juga buat mereka yang menerima sumber maklumat dan berita yang belum pasti kebenarannya. Mesti diselidiki terlebih dahulu takut-takut akan tergolong dalam kalangan mereka yang fasik. Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."
(Al-Hujurat : 06)


Mari Berselawat ke Atas Nabi Junjungan

| Wednesday, November 10, 2010 |




Rasulullah saw bersabda :
"Orang yang paling layak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Ibn Mas'ud)


Ayuh Tenaga Muda!

| Monday, November 8, 2010 |


Ops Banjir 3 : Anggota Jabatan Amal Tawau Terus Beramal

| |

Anggota-anggota Jabatan Amal yang melanjutkan pelajaran di semenanjung tidak melepaskan kesempatan berbakti kepada masyarakat dalam bencana banjir terburuk melanda kawasan sekitar negari Kedah baru-baru ini. Bersama dengan sahabat-sahabat kampus lain yang belum pulang ke kampung halaman, lokasi sasaran kali ini sekitar Jitra terutama kawasan perkampungan Pondok Hj Salleh.

Bertepatan dengan tema utama jabatan ini iaitu Beramal Kerana Allah, semua petugas sukarelawan turun padang berkhidmat membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Hanya keredaanNya jua yang diharapkan. 

Berada di kampus, tugas-tugas sebagai pengkader generasi dakwah tetap diteruskan. Justeru, ahli-ahli Jabatan Amal Tawau tidak berjuang keseorangan di kampus kerana berjaya mencorak minda generasi muda intelek agar dapat menanam sifat-sifat pemuda yang sedia berkhidmat berkorban tenaga, harta dan masa. Bahkan Jasad dan Nyawa sekalipun demi agamaNya.

Setiap gerak kerja yang memerlukan tenaga dan pengorbanan besar mahasiswa, ahli-ahli Jabatan Amal Tawau sebagai perancang utama tidak sunyi dengan bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat yang sedia berkhidmat dan beramal. Tiada lain yang diharapkan semoga terus istiqamah di jalan yang benar. Berikut antara coretan manis gerak kerja Jabatan Amal Tawau di perantauan...

Selamat tiba di lokasi sasaran dengan penuh keseronokan...

Bergambar kenangan sebelum berbakti dan berselut...

Proses pemindahan barangan sebelum membersihkan lantai yang
disaluti dengan selut...

Kawasan ini ditenggelami air paras dada yang mengakibatkan
banyak perkakas rumah rosak...


Antara ahli Jabatan Amal Tawau, Sdr. Idham...

Nampaknya, perabot baru la jawabnya...


Seharian bekerja, mula menampakkan hasil...



Akhirnya, selut berjaya dinyahkan...

Tutur bertindak melaksanakan kerja-kerja kaum Hawa...



Membersihkan diri sebelum berehat...

Menjamu selera yang disediakan tuan rumah, keluarga mangsa banjir...
Menjamu penuh selera dan FOKUS>>>...

'Kami sedia berkhidmat...'

Bertemu lagi pada Ops Banjir yang seterusnya....

"Beramal Kerana Allah"


Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini