at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah

| Sunday, December 20, 2009 |




Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah pada kali ini, adalah amat penting bagi umat Islam menyedari betapa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh Islam dan umatnya di seluruh dunia sekarang ini. Khususnya, label, serangan dan ancaman Barat serta Zionisme terhadap Islam dan umatnya, sedang berlaku dengan penuh tragis. Lihatlah sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Somalia dan tidak terkecuali ancaman halus di negara kita sendiri.

Islam dan umatnya diletakkan di kandang orang salah oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan pelbagai label seperti 'pengganas atau terroris', seolah-olah Islam menjadi ancaman kepada keamanan dunia. Marilah kita semua menyedari bahawa sekarang, Barat dan Zionis sedang mengistiharkan perang terhadap Islam dan umatnya. Marilah juga kita mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di negara kita. Bahawa cabaran untuk umat Islam begitu besar, bukan sekadar krisis penyalahgunaan kuasa, rasuah serta tekanan terhadap Islam.

Umat Islam juga semakin tercabar dengan ancaman gejala murtad di kalangan penganutnya sendiri. Diharapkan agar seluruh umat Islam kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman ini serta meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT. Yakinilah sesungguhnya perjuangan Islam adalah wajib bagi setiap muslim dengan mengambil iktibar daripada hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Hijrah membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya. Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Salam Muwajahah Silmiah...





Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini