at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Suara Hati, Kenduri Rakyat

| Friday, July 31, 2009 |

From isa


Hari ini seperti 'Raya Pertama' untuk tahun ini sebelum menyambutnya sekitar Oktober nanti. Manakan tidak, setiap rakyat yang cintakan keamanaan akan turun ke Kuala Lumpr bangkit menyatakan suara bagi membanta pelaksanaan undang-undang rimba yang sekian lama diamalkan. Semua ini akan dijelmakan seiring degup jantung rakyat melalui satu perhimpunan besar yang dikenali himpunan 'Kenduri Rakyat'.

Pastinya, satu lagi sejarah baru tercipta di tanah air ini selepas Perhimpunan Bersih yang berjaya menghimpunkan 100 000 rakyat yang prihatin terhadap tindak tanduk kezaliman pemerintah. Dijangkakan perhimpunan kali ini akan menyaksikan lebih 100 000 ribu rakyat menyatakan sokongan mansuhkan ISA.

Kami turut tidak ketinggalan. Tidak sabar rasanya untuk bersama-sama rakyat yang bakal melakukan reformasi menyatakan sokongan. Rozaili di KUIN sudah pun siap beli tiket 'flight' untuk bertolak malam ini. Harap2 semua berjalan lancar. Ayuh pemuda-pemuda yang perjuangkan keamanaan, marilah turun bersama. Tinggalkan sejenak kesenangan di kediaman anda. Bawa bersama keluarga untuk menyatakan sokongan kita. InsyaAllah, inilah jihad kita penentang kezaliman kerajaan yang zalim. Mari bersama kita berkenduri rakyat.

Hilangkan penderitaan isteri yang terpaksa menjadi ketua keluarga menyara anak-anak. Hilangkan rindu anak-anak yang sekian lama menagih kasih seorang ayah. Bantu mereka redakan kerinduan melihat anak-anak lain gembira di samping ayah mereka. Mari bantu keluarga yang dizalimi ISA bertahun lamanya.

Jangan takut jangan segan, pasti halangan akan tiba. Namun, orang yang beriman, rakyat yang prihatin, tidak mudah dipatahkan dengan hanya sekerdil fru dan kuasa pemerintah. Namun, berhati2 dan berstrategi itu yang utama. Moga kita dilindungiNya.

Salam Muwajahah Silmiah.



Rakyat Mewakili Suara Mufti

| Thursday, July 30, 2009 |

SATU - Kalau benarlah berlaku, Magaran mendakwa mampu mengumpulkan 70,000 dan GMI pula 50,000 menjadikan jumlahnya 120,000, maka ‘himpunan’ 1 Ogos nanti wajib tercatat di dalam Malaysia Book Of Records. Ya, demontrasi atau himpunan aman paling besar setakat ini.

From isa


Mencipta rekod ketupat paling besar atau bendera paling panjang tidak sesukar mana. Tetapi ‘mencipta’ himpunan aman paling besar, rasa-rasanya tiada sekolah atau universiti yang mampu melakukannya. Termasuk hotel lima bintang pun tiada upaya menganjurkannya.

Sepatutnya himpunan Bersih dahulu tercatat dalam Malaysia Book Of Records. Tapi sayang
, disebabkan himpunan itu dilabelkan sebagai haram, maka sesuatu yang haram tidak layak tercatat di dalam ‘kitab suci’ (?) itu.

Namun tidak salah kalau ia direkodkan secara rasmi supaya generasi mendatang mendapat maklumat daripada sumber berwibawa mengenai himpunan itu. Atau, sekurang-kurangnya itu akan mendorong generasi akan datang untuk turut menganjurkan himpunan aman yang lebih besar untuk mengatasi rekod yang sedia ada.

Bukankah itu positif dan memenuhi hasrat Malaysia Boleh?

Kalau benarlah himpunan 1 Ogos nanti mencapai bilangan sasaran kedua-dua pihak, maka rekod himpunan Bersih berjaya dipecahkan.

DUA - Setakat ini belum terdengar para Mufti negara ini bercadang untuk mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Nampaknya desakan bekas Mufti Perlis masih belum bersambut.

Tidak mengapa, kalau para Mufti masih musykil bagaimana untuk berfatwa terhadap ISA, biarkan rakyat yang berfatwa. 1 Ogos nanti satu ‘persidangan fatwa raksasa' akan berlangsung. Para ‘muftinya’ datang dari seluruh negara. Yang hitam datang bersuluh, yang putih datang berteduh. Yang capik datang bertongkat, yang buta datang meraba.

Mereka semua adalah para mufti. Mereka punya kelayakan untuk ‘berfatwa’. Mereka berfatwa dengan dalil dan hujah. Fatwa mereka jangan cuba disanggah.

Pada 1 Ogos nanti mereka akan berfatwa, dan kalau fatwa mereka tidak diendahkan, mereka akan menjadi hakim pula selepas itu. Hari perbicaraannya ialah PRU 13. Waktu itu mereka akan menghukum ‘golongan’ yang tidak tunduk kepada fatwa mereka.

Magaran mendakwa mampu membawa 70,000 mufti. GMI pula mendakwa 50,000 mufti. Itu dakwaan. Hanya 1 Ogos yang bakal menentukan mufti dari kumpulan mana yang lebih.

Harap-harap para mufti yang bakal berkumpul pada 1 Ogos nanti untuk berfatwa mengenai ISA tidak ‘direnjis’ dengan ‘air wangi’ oleh pihak polis.

AYAUH KE PERHIMPUNAN RAKYAT MANSUHKAN ISA 1 OGOS. BANGKITLAH RAKYAT MENYUARAKAN HASRAT MENUNTUT KEADILAN SEIRING DEGUP JANTUNG YANG SELAMA INI TERUS DIKEKANG SANG PENGUASA ZALIM. TUNJUKKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEADILAN!!!

Salam Muwajahah Silmiah.


Panduan dan Strategi Berdemo

| Wednesday, July 29, 2009 |

From isa


PERKARA YANG TAK DIBENARKAN
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA


7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.


APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.


APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa “saya akan jawab di Mahkamah”

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.


Dan Akhirnya... Tak KUAT

| Tuesday, July 28, 2009 |

Kini hampir sebulan sekembalinya ke kampus, barulah dapat mengkhabarkan berita sepanjang berada di perantauan melalalui ruangan ini. Selepas sibuk menguruskan orientasi pelajar dan mengambil kesempatan mengkaderkan ahli2 baru, seminggu selepas itu diserang pula sejenis desease yang dipopularkan sebagi malaria infection. Hok ni merupakan kekangan2 yang terpaksa dilalui sebelum mempunyai masa memesukkan entri terkini di blog ini. Manakan tidak, selepas demam 6 hari , terpaksa pula menyambung cuti di wad hospital AS selama 12 hari, huhu.

From akhirnya...


Seminggu terlibat dalam Minggu Suikenal memang meletihkan. Tapi cukup seronok melihat ada juga adik2 baru yang berminat dalm gerakan ISlam dan menolak cara pihak universiti memberi pengisian yang lagho kepada mereka. Mungkin keletihan itulah shingga datangnya hadiah drpdNya membolehkna saya berehat lama di wad. Pegawai kesihatan negeri Kedah memang tekejut beruk bila mendapati ada kes malaria terbaru di Kedah keran sebelum ni, tiada lagi kes Malaria. Bangga juga menjadi orang pertama yang membawa Malaria Infection di negeri ni hehe...

From akhirnya...


From akhirnya...


From akhirnya...


Namun setelah pegawai kesihatan membuat kajian, siap menemu ramah lagi ketika berada di wad, hasil kajian menunjukkan yang saya sebenarnya mendapt pnyakit di kampung halaman, lega jugak la para pgawai keshatan Kedah. Ternyata benar, sebelum sya masuk wad, sorang sahabat di UTM Skudai baru sahaja keluar wad sebelum saya pula menggantikannya, haha. Sebelum kembali ke U, program Unit Amal KUAT telah dijalankan di hutan simpan Mini Hidro. Mungkin disitulah nyamuk Tiruk menghirup darah kami yang manis2 belaka hehe.

Memang pelik, baru sekali dalam hidup dapat demam sehingga 6 hari(4-9 jul) , panansy bukan alang2 mencapai 40 darja celcius, wow. Yang malangnya, bila ke PKU UUM, pegawai perubatan di sana mengesahkan yang saya hanya mendapat jangkitan kuman, walhal sudah 3 kali darah di ambil untuk di uji di makmal 'tradisional'nya. Bila demam dan sakit2 sendi tidak juga berhenti, akhirnya 9 jul pergi ke hospital a.setar yang mengambil masa sejam untuk sampai. Sekali sahaja darah diambil dan diuji, akhirnya disahkan menghidap penyakit Malaria. Kalu lewat lagi beberapa hari, 'selamat tinggal sahabat2 semua'. Keputusan darah menunjukkan pada hari pertama berada di wad, parasit malaria yang ada dalam badan sebanyak 42 ribu tuu!!!

Alhamdulillah, sepanjang berada di wad sahabat2 kampus sangat mengambil berat dan sentiasa mengikuti perkembangan saya walaupun jarak hospital ke kempus yang jauh. Siap temankan lagi hampir setiap malam di wad. Syukur betul bila ada sahabat temankan sebab memang mengerikan waktu malam berada di hospital, serem. Kakak2 dan kawan2 yang baik hati pun sentiasa menziarahi. Hanya ucapan terima kasih yang mampu dberikan. Sedih jugak melihat kakak2 yang menjaga sehingga beberapa hari di hospital, terpaksa tidur di atas kerusi sedangkan saya berada di katil yang selesa jugaklah. Baiknya dorang ni, hehe.

From akhirnya...


Setelah 12 hari berada di wad, dengan menyaksikan secara live 3 orang romate (pesakit di wad yang sama) meninggal dunia memang menginsafkan. Banyak pengajaran yang boleh direnungi bila orang yang nazak berada di depan mata dan akhirnya kembali kepadaNya. Akhirnya, saya pun dibenarkan kembali ke kampus walaupun parasit Malaria masih lagi ada sebanya 16 ekoq dalam badan. Yang penting keluar wad, yesss:)

From akhirnya...


Demikian sedikit kisah benar apa sebenarnya yang berlaku sekembalinya ke kampus. Walaupun ada shabat yang manyangka saya telah hilang di hutan Sintok kerna tidak menerima khabar di ruangan ini. Apapun, syukur juga, walaupun kawan2 kampus setakat ni sudah berbelas orang yang disahkan H1N1, saya pula terkena Malaria. Sekarang ni pun, kampus terpaksa ditutup kerana menularnya penyakit tersebut walaupun pihak HEP bermati-matian pertahankan kampus UUM masih lagi positif daripada virus ni yang merupakan antara hukuman yang Allah turunkan. Tapi pelik, kampus tutup pula. Pikirlah sindri!!!

Namun, renungilah kata2 Saidina Ali kwj yang sangat sedih bila tidak ditimpakan pennyakit. Dia mengeluh dengan berkata kepada Rasulullah saw apabila ditanya kenapa bersedih, "Ya Rasulullah, Allah swt telah melupakan diriku kerana tidak memberikan penyakit kepada ku". Hebatnya iman para sahabat,. semoga kita boleh bersabar dengan setiap ujian daripadaNya. Teruskan perjuangkan Islam.

Salam muwajahah silmiah.


Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini