at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Demo Mahasiswa Bersama Rakyat : Tahniah kepada Para Pemberani, Kita???

| Friday, December 10, 2010 |

Seramai lebih 100 orang mahasiswa yang mengadakan demonstrasi sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan yang menaikkan harga barang baru-baru ini berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil YAB PM di JPM  Putrajaya. Bagaimanapun, sikap tidak profesional telah ditunjukkan oleh pihak polis yang telah menangkap dan menahan 3 orang wakil perhimpunan aman tersebut kerana cuba berarak menggunakan pembesar suara. Petang tadi dilaporkan, mahasiswa yang ditangkap tersebut telah dibebaskan.

Tindakan ini menjadi satu persoalan, di mana kebebasan rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi ini? Orang yang tidak selayaknya ditangkap tetapi itulah yang menjadi mangsa.



Himpunan ini juga bertujuan mewakili suara rakyat yang terbeban dengan meningkatnya harga beberapa barangan keperluan utama. Mahasiswa juga terasa kesannya apabila kos sara hidup di ipt turut meningkat. Dengan cara ini, diharapkan ada tindakan susulan daripada pihak kerajaan.


Laungkan Kuasa Mahasiswa

| Tuesday, December 7, 2010 |


Kalau Pelajar dan Mahasiswa,
Tak pernah turun berdemo,
Mereka bukan Mahasiswa,
Ini Mat Bunga,
Ini Mat Skema,
Bila besar nanti jadi Mat Kampau.


Anak Muda dan Mahasiswa,
Di seluruh dunia,
Akan menunjukkan mereka muda,
Dengan turun ke jalan raya.


Tunjukkan kamu muda,
Genggam tangan,
Lakarlah sejarah.


Muhasabah Hijrah : Suatu Pengorbanan Menegakkan Syariat Islam

| Monday, December 6, 2010 |







Hijraturrasul saw. adalah sebuah perjuangan  yang bertatahkan pengorbanan suci demi menegakkan kedaulatan  Islam di bumi Madinah . Suatu hijrah dari lembah yang penuh dengan kekejaman  dan kezaliman  kepada suatu destinasi yang akan dibina padanya tamadun manusia yang berasaskan hidayah  dan wahyu Allah swt.

Mereka yang melakukan hijrah ini ( demi menegakkan Kedaulatan Islam ) mendapat penghormatan mulia daripada Allah Azza Wa Jalla . Firman Allah :

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An Nisa’ . Ayat : 100


PENGORBANAN .

Sejarah Hijraturrasul saw. diwarnai pengorbanan demi pengorbanan para sahabat rhm. yang lahir dari hati suci , demi kecintaan mereka kepada Islam dan kedaulatannya . Mereka mempertaruhkan seluruh kepentingan duniawi dan peribadi mereka demi ketuanan agama Allah swt.

 

PENGORBANAN 1 : MENINGGALKAN ANAK  DAN ISTERI


Antara mereka yang melakar sejarah gemilang dalam peristiwa Hijraturrasul ini ialah Abu Salamah rha. Beliau antara angkatan pertama yang melakukan hijrah . Apabila beliau memulakan langkah hijrah bersama anak dan isterinya, tiba – tiba mereka dihalang oleh keluarga Ummu Salamah dan Ummu Salamah  bersama anaknya ditahan . Abu Salamah terpaksa berhijrah tanpa Isteri dan anak tersayang .

Ummu Salamah rha. pula menghadapi tekanan berat ini dengan menangis pagi  dan petang , sehinggalah meraih simpati ahli keluarganya dan akhirnya Ummu Salamah bersama anaknya dibenarkan untuk mengikuti jejak langkah suaminya Abu Salamah ke Yathrib ( Madinah Al Munawwarah ) yang mana jaraknya ialah  500 kilometer .


PENGORBANAN 2 :  MENINGGALKAN HARTA BENDA


Suhaib Ar Ruumi rha. ditahan dalam satu sekatan jalan yang dilakukan oleh kuffar musyrikin yang cuba menggagalkan misi hijrah . Kuffar Musyrikin menempelak sikap Suhaib Ar Ruumi yang berhijrah meninggalkan Makkah bersama dengan harta kekayaan yang dicari di bumi Makkah sementara beliau dulunya datang sehelai sepinggang dari Ruum .

Suhaib Ar Ruumi dengan tegas meninggalkan semua harta yang dituntut  asal saja ia dibenarkan berhijrah . Lalu ia berhijrah sehelai sepinggang sebagaimana dulunya ia datang ke bumi Makkah . Peristiwa ini mendapat perhatian daripada Allah swt. dengan turunnya wahyu ,  ayat 207 dari surah Al Baqarah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas rha.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Sementara Baginda Rasul saw. pula memberikan penghormatan kepada Suhaib dengan bersabda :  ربح صهيب   sebanyak 3 kali . Suatu kenyataan yang bermaksud untunglah langkah yang diambil oleh Suhaib Ar Ruumi rha.

 

PENGORBANAN 3 :  MENGHADAPI SUASANA YANG SANGAT GETIR


‘Iyash bin Rabi’ah sejurus sampai ke Quba , tiba – tiba datang saudara seibunya , Abu Jahal dan Al Harith untuk memujuk agar Iyash pulang semula kepangkuan ibu mereka . Kononnya ibu mereka bersumpah , tidak akan menyikat rambut dan tidak akan keluar kepada cahaya matahari sehinggalah ia melihatmu pulang kepangkuannya .


Lensa Rehla Sahabat Dakwah-The Lost Waterfall Of Kachi

| Wednesday, December 1, 2010 |

Petang tadi meluangkan sedikit masa bersama sahabat dan adik-adik usrah beriadah bersama. Kali ini pengisian usrah yang berikutnya, jogging dan rehla ke air terjun sekitar 10 km dari kolej kediaman. Seramai 17 orang tenaga muda bersama mencorak fikrah peri pentingnya seorang mujahid dakwah yang sedang dan bakal dibebani tugasan dakwah untuk memiliki tubuh badan yang sihat.

Itu antara salah satu ciri daripada 10 muwosofat yang dituntut oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna kepada ahli-ahli Ikhwan suatu ketika dulu. Tuntutan ini juga tidak terlepas kepada semua penyambung mata-mata rantai perjuangan yang suci itu. 

Usrah bukanlah semata-mata duduk di masjid atau di suatu bilik khas yang ber'air cond' mentelaah manhaj yang telah ditetapkan. Namun, sebagai antara Naqib/ah yang diamanahkan perlu mencorak pengisian usrah yang dijalankan agar variasinya termasuk toeri dan praktikal  supaya lebih menyeronokkan. Prihatin dalam mempelbagaian pengisian usrah sebagai medium perkaderan yang utama, akan mengerat dan memaknakan lagi ikatan akidah perjuangan yang telah disemai sekian lama. 

Bersama kita hayati hadis dan kata-kata ulamak berhubung peri pentingnya seorang mukmin itu menitikberatkan pembentukan Qawiyul Jism dalam diri masing-masing. Maksud Hadis :

 “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”


Pesanan Imam al-Banna:

“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”







Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini