at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

JOM SERTAI !!!

| Friday, December 19, 2008 |




ISILAH MASA YANG ADA INI DENGAN MENYERTAI DAN MENGIMARA'KAN PROGRAM-PROGRAM ISLAMI. NAMUN, PERKARA POKOK YANG PERLU DIFIKIRKAN, INILAH RUANG DAN PELUANG UNTUK MENGUTIP BEKAL TAKWA UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPADA QADHI RABBUL JALIL. ALLAH SWT BERKATA:


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hasyr:18)


Lapor Diri!!!

| Saturday, December 6, 2008 |

Akhirnya, selesai jugak jihad akademik untuk sem ni. Setelah 8 hari berturut-turut, bermula seawal pukul 8.30am hinggalah 5.00pm (rest, 2 and half hours only), bahasa English jak yang di dengar.
“Who speak in Bahasa or your own language, your owe me 2 ringgit!”
Instructor (lecture) kami dengan tegas ingatkan 34 pelajar termasuk pelajar Somalia, Arab dan China. Setakat 12pm tadi, instructor saya sudah mengumpul kira-kira RM80 ringgit rasanya. Kayalah para instructor U ni, pelajar Sabah, Sarawak and foreigner manakala sebahagian pelajar semenanjung wajib ikuti fasa pertama ni. Alhamdulillah, saya dapat English For Communication2 jadi ndak perlu ambik lagi sem depan, yes!, bole pulang kampung awal da.

Seawal kelas bermula lagi, macam-macam komen pelajar termasuklah instructor tentang pelaksaan program ni. Manakan tidak, bagi pelajar, cuti yang sepatutnya sebulan lebih untuk sem ni berkurang menjadi 2 minggu lebih jak. Bagi instructor pula, cuti dan bebanan tugas yang menjadi keluhan. Kesimpulannya memang semuala tidak berpuas hati. Apapun, seperti kata instructor, suara pelajar lah yang boleh mengubah semua ni. Tapi memang sukar, slogan ‘Student Power’ belum power2 lagi di sini. Justeru, pihak pengurusan pun membuat kesimpulan yang pelakasaan subjek ni memang berkesan dan diterima dengan senang hati, dengan senang lenang oleh semua pelajar...

Walaupun letih dan tidak berpuas hati, cuba jugak ikhlaskan diri untuk belajar kerana Allah. Teringat dengan hadis Rasulullah saw. Baginda berkata:
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju ke syurga" HR. Muslim, No. 2699.

Namun, masa yang ditunggu tiba jugak akhirnya. Bersiap untuk pulang kampung. Lalu, terasa insaf yang masa memang berlalu sangat pantas. Rugilah bagi yang tidak memanfaatkannya.

Sebut fasal pulang kampung, bukan semata-mata cuti sahaja. Tapi yang lebih utama pulang berbakti untuk Islam. Sebagai seorang mukmin yang faham amanah dakwah ini, pasti rasa berdosa sekiranya pulang kampung tidak bersama dengan gerakan dakwah realiti. Sia-sialah sepanjang sem pentarbiyahan di kampus.

Syukur ada sahabat yang sentiasa ingatkan tentang pentingnya perkara ni. Teringat jugak beberapa minggu yang lalu, ketika bersiap untuk paper seterusnya, tiba-tiba bergegar henset mahal di atas meja. Satu mesej masuk rupanya. Buka sahaja mesej tersebut, tertera perkataan,
“Bila ko balik kampung? Ingat, jgn lupa lapor diri…”
Satu mesej yang sangat bermakna. Penuh dengan maksud yang tersirat. InsyaAllah, bisik hati. Mesej dari seorang akhi, aktivis sejak zaman sek lagi sehinggalah sekarang da pun mempunyai kerjaya sendiri. Rupa-rupanya, berjuang untuk Islam ni murah rezeki ba, bahkan boleh jadi jutawan lagi, cuma bagi pejuang yang ikhlas memang susah nak kaya-raya. Macam mana mo kaya, ada jak program yang perlu diberikan sumbangan. Belanja sahabat-sahabat lain lagi, tambang ke pejabat hari-hari pun tawakkal je la, ada tambang ka tak, yang penting wajib turun pejabat.

Benarlah, kalaulah berjuang Islam itu mudah, disajikan dengan kemewahan, sudah tentu kita tidak akan terkial-kial mencari ahli ke sana sini. Tentu tamrin kampus membawa syabab berbelas-belas bas untuk di tarbiyah. Tapi lumrah, sesiapa yang mahu menjadi aktivis pasti tidak lepas dengan bermacam-macam ujian. Bersedialah. Allah swt berkata dalam Al-Quran:
“Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk memenjaramu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya”. (Surah Al-Anfaal:30)

Semua orang boleh ceramahkan semula kisah perjalanan Rasulullah saw dalam berdakawah dengan petah. Very fluently englisnya. Ramai yang hebat mentazkirahkan halangan dan ancaman yang terpaksa dilalui oleh para sahabat dalam pertahankan kesucian Islam di medan jihad. Namun, tidak ramai yang boleh terjun ke medan dakwah sebagaimana yang telah dilalui oleh Nabi dan para sahabat. Manakan tidak, buat apa bersusah payah habiskan tenaga dan wang ringgit balasannya kosong di dunia. Lagi baik bersama keluarga di rumah, bersama anak isteri tercinta. Aman dan tenang sentiasa.

Mungkin itulah tanggapan sesetengah umat yang tidak serta dengan golongan aktivis dakwah. Namun, kita yang masih di beri peluang untuk faham melalui hidayah yang dianugerahkan, teruskanlah dengan jalan yang dipilih ini. Tinggal perlu ikhlas sahaja. Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Taat, Tsabat, Tajarrud, Ukhuwah dan Thiqah mesti dihayati sedalam-dalamnya. Hidup di dunia tidak lama. Moga-moga pilihan kita untuk memilih kesenangan yang abadi daripada memilih kesenangan yang hanya sedetik cuma tidak goyah.

Mudah-mudahan juga nikmat cuti digunakan sebaiknya. Tidak sabar rasanya berjumpa semula dengan sahabat seperjuangan. Selamat pulang kampung. Jangan lupa lapor diri. Salam Muwajahah Silmiah.


Istimewa Buat Sahabat...

| |

Telah lama kita bersama
Berjuang tegakkan agama
Kita harungi bersama
Suka duka perjuangan

Kerana takdir dari Ilahi
Kini semua tinggallah kenangan
Engkau telah jauh di sana
Berjuang di rantau seberang.

Oh Tuhan, Satukanla hati kami
Walau di mana pun kami berada
Oh Tuhan, Kuatkanlah jiwa ini
Dalam meneruskan perjuangan.

Tetap kenanglah aku di sana
Dalam doa di keheningan malam
Kan ku rindu engkau di sana
Dalam doa-doa malamku...


5 Basic Duties In Islam

| |

SHAHADAH
Declaration of faith is the first of the five basic duties of Islam. It is to declaring knowingly and voluntarity, ‘Lailahaillah Muhammdurrasulullah’ (There is no God but Allah swt, Muhammad is the messenger of Allah swt). All other duties in Islam originate from shahadah.

SALAH
Compulsoru prayer is declared five times a day, congregation or individually, it is a practical demonstration in faith declared in shahadah and keeps a belivier in constant touch with his Creator. It develops in him the qualities of self-discipline, steadfastness, honesty, truthfulness and courage.

SAWM
Fasting in Ramadhan is the annual obligatory fast. From dawn to sunset every day in the month of Ramadhan a muslim retrains from eating, drinking and conjugal relations. The most important to control the bad desire to gain a true muslim. Sawm also helps to raise a person’s moral and spiritual standard above selfishness, greed and so on.

ZAKAH
Welfare contrubution is a compulsary payment the annual savings of a muslim. The rate of payment is 2-5% on cash, jewellery and precious metals. Zakah can only be spent in certain ways such as helping the poor like me, needy, disabled, oppressed, debtor and other welfare purposed. It is an act of worship. It is neither an optional charity nor a tax (which could be used for any of society’s needs).

HAJJ
Pilgrimage to the House of Allah is an annual event, an assembly of muslims from over the world at the House of Allah in Mekkah. Every muslim who has the means must make this pilgrimage at lest once in a lifetime. Hajj symbolises the unity of humanity.


SUATU PERINGATAN

| Saturday, November 29, 2008 |

1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju ke syurga" HR. Muslim, No. 2699.

3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH
"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, darjat yang tertinggi, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan mereka pun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: (Mengingati Allah swt)" HR. At Tarmidzi, No. 3347.

4. MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.

5. BERDA`WAH
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.

6. MENYERU YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR
"Barangsiapa antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman" HR. Muslim, No. 804.

7. MEMBACA AL QUR`AN
"Bacalah Al Qur`an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.

9. MENYEBARKAN SALAM
"Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. MaHukah aku tunjuKkan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.

10. MENCINTAI KERANA ALLAH
"Sesungguhnya Allah swt berfirman pada hari kiamat: (Di manakah orang-orang yang mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku)" HR. Muslim, No. 2566.

11. MENZIARAHI ORANG SAKIT
"Tiada seorang muslim pun menziarahi orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat berselawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan selawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di syurga" HR. Tirmidzi, No. 969.

12. MEMBANTU MELANGSAIKAN HUTANG
"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.

14. MENYAMBUNG TALI SILATURRAHIM
"Silaturrahim itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.

15. BERAKHLAK MULIA
"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti mulia" HR. Tirmidzi, No. 2003.

16. JUJUR
"Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga"HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.

17. MENAHAN MARAH
"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No. 2022.

18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS (Tasbih Kaffarah)
"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya pertelingkahan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.

19. SABAR
"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: (Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak masuk surga)" HR. Muslim, No. 2551.


Bangkitlah Wahai Diri !!!

| Monday, November 17, 2008 |


P/s: Pesanan Terakhir Syuhada Bali


Sehari di Negeri Pakatan Rakyat

| Saturday, November 15, 2008 |



Sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat berjaya di terokai baru-baru ini walupun tidaklah secara keseluruhannya. Kesempatan ini tiba apabila AJK Rakan Masjid mengadakan program rehla di Pulau Pinang bagi meraikan ajk senior sem akhir. Di samping itu, peluang ini juga mengeratkan lagi ukhuwah antara anak-anak usrah, biasalah tempat saya ni bukan mudah hendak laksanakan program yang berbentuk haraki. Platform yang ada digunakan sebaiknya. Harapan memang besar untuk melihat kewibahan student power lantang semula suatu hari nanti.

Ramai jugak ajk lain yang tidak berkesempatan pergi. Biasalah program ad-hoc yang dirancang ketika semua pelajar sibuk prepare untuk final exam. Mujur jugak kertas seterusnya untuk pelajar sem 1 ada dua hari lagi.

Bertolak pagi sabtu, rombongan rehla tiba di pintu tol jambatan Pulau Pinang beberapa jam kemudian. Rasa seronok sangat kerana jambatan yang hanya mampu di lihat di kaca televisyen sebelum ini berjaya jugak di lintasi sekali lagi. Sahabat yang lain pun kembali segar semula setelah bermimpi sebentar tadi. Namun yang tidak seronoknya, sebelum melalui jambatan kedatangan kita akan disambut pekerja tol yang sedia mengambil puluhan ringgit para pengunjung (ingatkan lim guan eng sambut kedatangan kami daa...). Suatu hari nanti masuk free mungkin.

Sepanjang melalui jambatan yang merentasi lautan, dapat dilihat bangunan pencakar langit berdiri dengan megahnya. Memang bertuahlah kerajaan baru sekarang, segalanya telah disediakan, tinggal di urus tadbir sahaja. Melihat kemajuan sebarang perai, patutlah kerajaan pemerintah sebelum ni berasa sangat kehilangan, kasian ba.

Destinasi pertama ke Pantai Batu Feringgi. Sepanjang laluan ke tempat percutian yang terkenal ni, memang sukar hendak temui penempatan melayu. Kebanyakannya penduduk cina. Padanla lim guan eng boleh bertapak di sini. Setelah makan dan bermandi manda di pantainya yang indah, kami bergerak lagi ke Teluk Bahang. Pemandangan yang cukup indah disajikan sepanjang laluannya.

Di Teluk Bahang, singgah pula di muzium perhutanan negeri. Tempatnya memang menarik. Terdapat sebatang sungai kecil yang panjang dijadikan tempat bermandi-manda. Rupa-rupanya di sinilah anak muda melayu dapat di temui. Apa yang menyedihkan pemandangan semula jadi yang indah dicemari dengan pelbagai aksi anak-anak muda yang bergaul bebas. Sekali lagi menunjukkan betapa lemahnya iman. Hanya mampu berdoa agar kerajaan negeri sekarang memndang serius akan hal ini. Sayang bila generasi muda rosak dengan keseronokan dunia. Lebih-lebih lagi bila adab dan akhlak Islam tidak diamalkan. Lagipun Ketua Menteri yang cenderung dengan konsep Islam, menjadi suatu kekuatn perubahan bakal berlaku.

Selepas puas melihat pemandangan sekitar dan mengambil gambar kenangan sebanyaknya, singgah pula di Masjid Terapung. Usai solat jamak, melihat pula pemandangan sekitar sambil bergambar bersama sahabat. Tempat inilah yang pernah dilanda tsunami suatu ketika dulu sebelum tsunami kedua berlaku lagi, tsunami PRU12. Sudah tidak kelihatan lagi rumah perkampungan di atas laut. Yang ada hanyalah bot-bot nelayan yang terdampar menunggu masa sesuai mencari rezeki di lautan. Dapat di lihat melalui koridor masjid, lautan terdampar luas. Betapa agungnya ciptaan Allah swt.

Sebelum bertolak pulang, sempat jugak ke kampus USM. Hajat hendak berjumpa sahabat seperjuangan tapi tidak kesampaian da. Namun, perkenalan melalui teknologi sms diharap permulaan ukhuwah walupun belum pernah bertemu muka. Inilah keistimewaan bila selaras akidah dan fikrah. Hanya ada pada Islam.

Sehari di Pulau Pinang memang menyeronokkan. Ditambah pula 3M (pemangkin semangat perjuangan daa..). Disajikan dengan pelbagai pemandangan yang indah. Namun rumah api yang dicadangkan sahabat USM tidak dapat dikunjungi. Mungkin pada kesempatan yang akan datang. Sebelum bertolak pulang, setiap kenderaan mengumpul duit masing-masing untuk bayaran tol yang tidak seberapa tu...J. Salam muwajahah silmiah.






SECEBIS KENANGAN






Bakal Pemimpin daripada Generasi Muda???

| Saturday, November 8, 2008 |



Masa begitu berharga nilainya sekarang. Manakan tidak, siswa dan siswi di IPTA/IPTS semua sibuk ulangkaji untuk final exam. Palajar-pelajar menengah pun tidak kurang hebatnya, bakal menghadapi peperiksaan STPM yang akan menentukan halatuju masing-masing untuk meneruskan pengajian di IPTA/IPTS yang terdapat di negara ini. Rugilah mereka yang tidak hargai masa. Bagi yang faham matlamat hidup di dunia menganggap inilah antara jihad yang akan ditempuhi sebagai seorang pelajar. ‘Jihad Pendidikan’, balasan yang diperolehi bukan hanya untuk berjaya di dunia tetapi juga untuk akhirat akhirnya. Allah swt berfirman :
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (Surah Ad-Dzariyat:56)

Justeru sebagai orang yang beriman perlu sedar bahawa setiap tindakan di dalam hayat ini, mesti mengimani dan meyakini semuanya ada nilai di sisi Qadhi Rabbul Jalil. Dengan itu, pasti akan lahir golongan muda yang berkualiti untuk menyambung mata rantai perjuangan Islam seperti yang telah dimulai oleh para nabi dan rasul beratus tahun dahulu. Pemuda-pemudi intelektual dan berjiwa besar.

Keistimewaan golongan muda telah banyak disebut sebagai golongan yang bakal membawa suatu perubahan terhadap kerosakan yang berlaku di dunia ini. Sejarah Islam telah membuktikan golongan muda banyak membantu kelangsungan dakwah Islam. Lihat sahaja bagaimana keberanian Saidana Ali kwj pada usia mudanya sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah saw, yang turut mendapat jolokan gedung ilmu. Muslimat pun tidak kurang hebatnya apabila lahirnya serikandi Islam yang menjadi sayap kiri terhadap kejayaan dakwah. Pemimpin setiap negara kini pun dengan lantang mengharapkan generasi muda memiliki kebolehan bagi mewarisi kepimpinan negara suatu ketika nanti.

Namun, pemuda yang bagaimana sifatnya yang diharapkan dapat menjadi pemimpin negara ini? Adakah sekadar yang memiliki segulung ijazah yang dibawa dari seberang laut?

Saya cuba cetuskan isu ini kerana negara kita yang tercinta ini bakal melalui proses pemilihan kepimpinan yang akan menentukan siapakah bakal pemimpin-pemimpin kita. Perkara ini bukan persoalan parti politik tertentu. Bila melibatkan negara, maka ia juga secara langsung melibatkan rakyat. Ini prinsip dalam demokrasi yang menggunakan sistem birokrasi yang mengamalkan konsep good governance iaitu dasar-dasar negara perlu mendengar pandangan rakyat dan badan-badan bukan pemerintah (NGO) sebelum dilaksanakan. Barulah terbentuknya sistem pentadbiran yang telus dan memiliki akuantabiliti.

Dengan itu, pemilihan pemimpin Mac tahun depan memang ada kaitan dengan kita yang bergelar warganegara Malaysia (ada MyKad Ba...). Tidak timbul soal mengganggu rumah tangga parti lain kerana kesannya akan tumpah terhadap rakyat juga. Rakyat mana? Kitalah. Jadi saya menyeru kepada semua, sangat perlu sedar dan ambil pusing akan hal ini.

Kesempatan ini, saya paparkan imej salah seorang daripada golongan muda yang bakal menjadi pemimpin kita. Tidak perlulah dinyatakan identitinya secara terperinci, sebab rasanya seluruh rakyat Malaysia dah kenal mamat ni (kononnya ingin jadi pemimpin No.1 negara daa...). Nilailah di mana letaknya harga diri seorang Islam.








Adakah kita yakin nasib rakyat akan terbela dengan melantik golongan ini dan konco-konconya? Jangan sampai kita hancurkan masa depan agama dan negara kerana lambat menilai. Kesannya juga kepada generasi yang akan datang.

Akhirnya, saya ulangi sekali lagi. Pemimpin muda bagaimana yang kita mahu? Pastinya bukan yang dipaparkan ini. Pepatah melayu ada menyebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Maka kenapa kita mahu pilih golongan yang telah jelas sanggup melakukan perkara-perkara yang jelas melanggar syariat Islam? Allah swt berfirman:
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah:16)

Semoga kita seluruh rakyat sedar, bagaimanakah kriteria seorang pemimpin yang layak mentadbir negara kita. Teringat kata-kata seorang sahabat, jangan ‘ditimbang-timbang’, fikirlah ‘bulat-bulat’. Salam muwajahah silmiah.


Semakan Daftar Pemilih Terbaru 2008

| Tuesday, October 28, 2008 |

KENYATAAN AKHBAR
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR), MALAYSIA
BIL.17/2008

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN
SUKU TAHUN KETIGA 2008


1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga (Julai hingga September) 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 24,531 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 6,200 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2008 akan dipamerkan mulai 28 Oktober hingga 03 November 2008 di 985 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:

2.1 Pejabat Pilihan Raya Negeri - 14 tempat
2.2 Pejabat Pos Berkomputer - 431 tempat
2.3 Kompleks/Pejabat Kerajaan - 100 tempat
2.4 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah- 162 tempat
2.5 Majlis Daerah/Perbandaran - 44 tempat


2.6 Dewan Serbaguna/ Rukun
Tetangga/Balai Raya/Penghulu/
Dewan - 207 tempat
2.7 Lain-lain tempat - 27 tempat
____________
Jumlah - 985 tempat
____________


3. Sehubungan dengan itu, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi adalah dinasihatkan supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 yang dipamerkan itu. Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Borang tuntutan tersebut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu dipamerkan.

4. Bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C. Borang bantahan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu dipamerkan.

5. Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih. Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya.

6. Di sini juga SPR ingin memaklumkan kepada umum untuk memohon kerjasama orang ramai mengenai perkara berikut:

6.1 Pembersihan Daftar Pemilih
SPR ingin memaklumkan bahawa dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia, SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR. Waris-waris bolehlah menghantar salinan tersebut secara pos atau faks ataupun datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

6.2 Penyemakan Daftar Pemilih
Pemilih berdaftar adalah digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2007 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya yang dilakukan oleh SPR secara tidak disengajakan, jika ada. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih bolehlah membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat e-mel: info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

6.3 Pemilih Bertukar Alamat
Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin mereka adalah digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing.

7. Jika mana-mana pihak ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui Faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di http://www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008.


Sekian, terima kasih



(SABRI BIN SAID)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Cara Mengubati Penyakit Hati

| Wednesday, October 15, 2008 |


· Dirikan solat dengan khusyuk dan berdoa
· Istighfar dan zikrullah
· Solat taubat dan tahajjud
· Bacaan Al-Quran dan hadis
· Memaafkan kesalahan orang lain
· Bisikan kendiri yang positif (bersangka baik)
· Muraqabah (dekatkan diri dengan Allah swt)
· Berpuasa
· Ingat mati
· Kekalkan berwuduk
· Bersedekah
· Beri orang makan (spen kawan)
· Jaga makanan
· Berkawan dengan ulamak dan berkawan dengan orang-orang susah


‘Mengajar’ dan ‘Berdakwah’

| Saturday, October 11, 2008 |


Bagi mereka yang memiliki kesedaran peri pentingnya menyuburkan semula amal Islami, pasti akan berusaha juga ke arah itu. Usaha tersebut secara tidak langsung tentulah tidak dapat tidak menggunakan teknik mengajar dan berdakwah. Jika melihat semula kejayaan yang telah dicapai dalam gerakan dakwah ini sehinggalah terbentuknya negara Islam yang pertama yakni Kota Madinah, dakwah sepanjang tempoh 23 tahun antara usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw bersama dengan para sahabat di samping mengajar sehinggalah lahir golongan cendikiawan Islam unggul.

Namun bagi saya, kadang-kadang memang timbul juga konflik apabila berbica topik mengajar dan berdakwah. Mungkin golongan alim ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, ust Nasruddin Tantawi, Imam Hassan Al-Banna serta golongan ilmuan yang sewaktu dengan tokoh-tokoh tadi tidak nampak sangat perbezaan antara dua perkataan ini. Apa yang menjadi masalah, terdapat sesetengah masyarakat sama ada mereka yang dekat dengan kita ataupun yang menjadi sasaran mad’u kita terfikir… ”Layakkah mereka mengajar saya?” “Layakkah mereka berjuang sedangkan ilmu kurang?”. Lalu, bagi saya sudah tentu keraguan tersebut menjadi suatu yang boleh melunturkan sedikit semangat untuk melangsungkan gerak-kerja Islam.

Mereka yang menginfakkan sebahagian daripada hidupnya untuk melakukan kerja dakwah, mestilah melalui teknik mengajar dan berdakwah. Tapi kadang-kadang tersekat apabila ada orang yang mengeluarkan kata-kata yang saya nyatakan tadi. Mungkin ada yang kata tidak perlulah ambil kisah. Tapi memang ada benarnya.

Layakkah saya mengajar manusia sedangkan diri ini sering juga melakukan hal-hal yang lagho? Bolehkah saya mengajar sedangkan terlibat dalam perjuangan ini pun kalau dinisbahkan antara ilmu dengan semangat, sudah tentu ‘semangat’ yang lebih? Layakkah…?

Lalu, cuba juga kuatkan semangat dan azam kembali. Teringat semula darjat kemuliaan antara orang yang menuntut ilmu dengan darjat orang yang berjuang pada sudut pandangan Qadhi Rabbul Jalil. Inilah janji-janji Allah bagi orang yang berjuang pada jalan-Nya. Syaratnya mudah, kesedaran jawapannya. Tidak juga ditetapkan kriteria tertentu seperti bagi yang mahu perjuangkan Islam mestilah berpengetahuan tinggi tentang agama, lahir daripada pendidikan Al-Azhar, Jordan dan sebagainya. Tiada. Firman Allah swt :
“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran:139)

Ust Fathi Yaakan menyebut juga dalam kitabnya, antara sifat orang-orang yang beriman antaranya berasa bangga dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah swt. Janji Allah swt ini pasti menaikkan semula semangat yang hampir luntur tadi. Walaupun hakikatnya keraguan terhadap kami yang bukan daripada aliran agama ini tetap terus kedengaran. Oleh itu, pertanyaan pula buat mereka…

Kalau betul kamu tidak yakin saff organisasi Islam dianggotai oleh mereka yang bukan master dalam agama, mengapa kamu yang mendapat pendidikan dan kelulusan Azhar dan sebagainya tidak tampil menawarkan diri? Mengapa sekembalinya ke tanah air hanya duduk di kampung halaman sahaja? Mengapa menjadi penyokong sahaja dan bukannya pendokong? Salahkah kami yang mengisi kekosongan dalam perjuangan yang ditinggalkan oleh mereka yang difikirkan layak, mengambil ruang untuk mendapatkan janji-janji Allah? Salahkah kami yang tidak berjaya memujuk kamu untuk turut serta dalam kepimpinan meneruskan kerja ini?

Sekali lagi, kalau betul kamu risau saya ataupun kami yang cetek pengetahuan hukum-hukum agama kenapa tidak tampil sahaja menerajui kepimpinan? Saya cabar kamu untuk bersama kami dan mentarbiyah kami seadanya…saya cabar demi perjuangan Islam…. Sekali macam Dato Sri Anuar pulak daaa…

Saya tidak menolak hakikat siapalah kami jika dibandingkan dengan mereka yang menguasai ilmu agama ini. Yang menjadi perbezaannya, saya dan sahabat mahu berjuang, sangat minat berjuang untuk Islam. Tapi kata-kata Naqib (Ketua Pemuda Tawawi) juga yang selalu menjadi azimat. Kata beliau, orang yang mempunyai kesedaran untuk membela Islam dengan terlibat dalam apa-apa juga usaha melicinkan organisasi, mereka itu lebih mulia berbanding orang yang berilmu banyak tetapi tidak berjuang. Tambah beliau lagi, orang yang berada dalam organisasi Islam secara tidak langsung telah mentarbiyah diri mendalami ilmu agama (menuntut ilmu).

Justeru, perjuangan diteruskan juga. Bukan berniat pun untuk ‘mengajar’ tapi terpaksa juga untuk ‘berdakwah’. Dalam masa yang sama, kesedaran untuk menambah pengetahuan agama di samping mengurangkan melakukan perkara-perkara yang lagho tetap menjadi visi utama. Sahabatku dan diri saya, jangan berhenti daripada perjuangan ini walaupun apa pandangan mereka. Salam muwajahah silmiah.


Hari Esok Untuk Islam

| Thursday, October 9, 2008 |


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran berleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala :

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.


Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt
"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.

Salam muwajah silmiah.
Tulisan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.


‘Hadiah’ Di Hari Kemenangan

| Wednesday, October 8, 2008 |



Hasrat untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh YB Ust. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) di Madrasah Toyibah berjaya juga walaupun asalnya sudah tiada dalam tentatif. Mujurlah ada jugak senior yang berkelapangan bila saya ajak pergi selepas tunaikan solat isyak di masjid (biasalah, mahasiswa di sini sibuk2 belaka). Sebelum itu, diadakan majlis jamuan raya bersama MB seawal pukul 5 petang lagi.





Ceramah tadi yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz benar-benar memberi pulangan yang memuaskan kepada para hadirin. Manakan tidak, pengisian yang diberikan sebenarnya ‘hadiah’ yang istimewa sempena raya kali ini. Untuk itu, saya ingin kongsikan beberapa perkara penting dan perlu sebagai pendokong gerakan Islam, alert akannya.





Menyentuh pengisian ceramah, al-fadhil ustaz mengingatkan kita mengenai krisis yang dialami baik yang berlaku di peringkat domestik ataupun dalam negara ini. Isu pertama berkenaan krisis ekonomi yang melanda negara Amerika kini yang telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia secara keseluruhannya. Baru-baru ini Presidennya telah menggunakan harta perbendaharaan kerajaan yang bernilai hampir 3 trilion ringgit Malaysia semata-mata untuk mencairkan mata wang bagi menyelamatkan ekonomi Amerika, menunjukkan negara yang dianggap ‘polis dunia’ berada dalam keadaan yang sungguh gawat. Walau bagaimanapun, ia sedikitpun tidak memberi kesan terhadap ekonomi dunia yang semakin menjunam.





Sebelum ini, dengan kekuatan hartalah Amerika berjaya meluaskan empayar demokrasinya ke seluruh dunia, termasuk juga negara-negara Islam. Dengan harta itu jugalah ekonomi dunia dikuasai dan menyekat perkembangan negara Islam. Melalui kekuatan tentera pula, umat Islam ditangkap, dibunuh, disiksa atas dasar memerangi keganasan. Namun, putaran roda dunia ini mengakibatkan negara Amerika yang dahulunya gah kini berada dalam fasa pertama menemui kehancuran berdasarkan ramalan pakar pengkaji ekonomi dunia.





Justeru, kita perlu insaf bahawa kekuatan di dunia ini bukanlah ditentukan berapa banyak harta ataupun bilangan tentera yang dimiliki. Tetapi, kekuatan sebenarnya hanya terdapat pada Islam. Islam akan dijaga Allah swt walau sehebat mana pun penindasan yang berlaku terhadap umat Islam sekarang. Munajat umat yang ditindas oleh Amerika akhirnya menjadi senjata utama yang mengakibatkan negara itu berada pada zaman kejatuhan. Inilah kuasa Allah swt. Dia berhak memuliakan dan menjatuhkan siapa sahaja atau kerajaan apa sekalipun yang berkuasa di dunia ini. Firman Allah swt yang dijadikan wirid harian :



“Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana. Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu”.





Mungkin suasananya hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang dalam negara kita. Isu berikutnya, mengikut YB Ust Mujahid lagi, krisis kepimpinan yang berlaku terhadap parti utama yang mentadbir negara ini perlu diberi perhatian serius. Memang benar apa yang disebutkan itu. Bukanlah untuk menambah burukkan lagi keadaan, tetapi apa-apa perkara yang boleh menjejaskan kepentingan negara, kita sebagai rakyat perlu bangkit menyuarakan hak. Tambahnya lagi, mana mungkin sesebuah organisasi yang mempunyai masalah mampu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pentadbiran negara yang lebih besar. Tentu sahaja akan mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap perjalanan dasar kerajaan.





Untuk itu, sebagai seorang yang melihat kekuatan terletak sebenarnya pada Islam, maka peluang yang ada sekarang ini perlu digunakan sepenuhnya. Kita perlu yakin, apa sahaja perkara yang didasarkan atas prinsip dan pegangan Islam tidak mustahil akan diberikan kemenangan dengan syarat mestilah bertakwa sepenuhnya kepada Allah swt. Inilah janji Allah yang memberikan furqan kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Firman Allah swt :



“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan iaitu kemampuan untuk membezakan antara yang hak dengan yang batil kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah memiliki kurnia yang besar”. (Surah Al-Anfal:29)





Semua kita mempunyai peranan masing-masing dalam melangsungkan kemenangan Islam di negara ini. Seorang rakyat biasa tentu sahaja tidak sama peranannya sebagaimana layaknya seorang ahli Perlimen atau Menteri Besar. Demikian juga halnya manakan sama peranan seorang ahli biasa dengan mereka yang berada pada saf kepimpinan (tapi ahli biasa yang kadang-kadang lebih hebat mengata pimpinan memang sentiasa ada). Namun, tanggungjawab tersebut adalah berdasarkan pada peringkat kemampuan masing-masing. Bagi seorang pelajar, kesedaran terhadap Islam boleh ditanamkan melalui persatuan yang disertai. Begitu juga dengan mahasiswa atau mahasiswi, menggunakan segala bentuk ruang yang ada bagi membantu menyebarkan paham Islam dalam kalangan masyarakat. Jika dalam keluarga pula, abang dan kakak member kefahaman kepada adik-adiknya bukan hanya beban tanggungjawab kepada ibu bapa.





Begitulah pada setiap apa pun peringkat, ada peranan yang boleh dilaksanakan dalam membantu tertegaknya suatu bentuk cara hidup Islam. Bukan hanya sekadar menunggu dan mengharapkan bilakah 16 September akan berlaku walaupun ia sebenarnya semakin hampir. Hadis Nabi saw yang bermaksud :



“Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang berada di bawah jagaan kamu”.





Semoga dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam membantu perjuangan Islam akan memberikan kita satu lagi khabar gembira dalam masa yang terdekat ini. Salam muwajahah silmiah.


Istiqamah dengan Kebenaran

| Tuesday, October 7, 2008 |


Mendengar berita kehilangan sahabat kita subuh semalam bagi memenuhi tuntutan untuk bertemu Allah swt, menjadi fitrah kepiluan yang tidak terkata pasti dirasai. Bukanlah tidak menerima takdir Allah swt, cumanya sebagai insan yang mempunyai rasa belas dan kasihan kita tidak boleh menolak perasaan itu. Namun yang pasti, semua mendoakan pemergiannya mendapat tempat yang baik di sisi Allah swt sebagaimana layaknya golongan para syuhada’. Sahabat-sahabat di UMS tahu yang arwah merupakan antara penggerak yang mendokong tertegaknya syariat Allah di muka bumi. Justeru, semua sahabat juga tahu, bahawa ‘pemergian’ sahabat ini tentulah membawa bersama bekalan yang melayakkannya bersama dengan mereka yang berjuang pada jalan-Nya. InsyaAllah.

Inilah yang disebutkan dalam suatu hadis dari Abu Sufian bin Abdillah RA katanya:
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya berkenaan dengan Islam perkataan atau ucapan yang jelas dan yang tidak perlu lagi saya bertanya kepada orang lain”. Rasulullah saw bersabda : “Katakanlah aku beriman kapada Allah kemudian beristiqamah”.

Mungkin saya tidak begitu mengenali sahabat ini. Sempat juga bersama dalam organisasi sebagai AJK Surau Al-Irfaan KML itupun dalam masa yang singkat sahaja. Namun, saya dapat menilai berdasarkan hadis di atas bahawa sahabat ini telah berjaya istiqamah dengan kebenaran. Memang tidak salah lagi kerana semasa hayat sahabat ini sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir, masih lagi istiqamah dengan jemaah Islam yang benar.

Perkara penting sekarang, adakah kita mampu terus istiqamah dengan kebenaran sebagaimana sahabat tadi? Istiqamah sehinggalah bertemu semula kepada Pencipta?

Hadis yang saya sebutkan tadi memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Tuan Guru Nik Aziz dalam satu tazkirahnya menyatakan berpegang dengan agama yang istiqamah inilah yang akan menentukan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Allah swt turut perintahkan kita agar istiqamah mengikut jalan yang betul bahkan juga diperintahkan kepada nabi-nabi suatu ketika dahulu. Ia berdasarkan firman Allah swt :
“Maka beristiqamahlah engkau sebagaimana engkau diperintahkan”. (Surah Hud:112)

Untuk istiqamah dengan kebenaran, mestilah tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ketetapan Allah swt. Menjaga setiap tindakan kita sama ada dalam hal yang berkaitan dengan ibadat, hubungan sesama makhluk ataupun terhadap diri sendiri. Semua itu mestilah dipandu dengan kebenaran barulah tidak ada perkara yang menyimpang sehingga tercatat satu lagi dosa dalam buku amalan kita.

Bagi sahabat-sahabat yang sedar pentingnya terus istiqamah dalam melaksanakan kebenaran dan menyampaikan risalah agama, teruskankanlah dengan keyakinan itu. Jangan sesekali jemu dalam beramal kerana sudah menjadi lumrah bagi mereka yang mahu mendapat tempat yang baik di sisi Allah menerima ujian yang tidak disangka-sangka dari arah mana ia datang. Seseorang yang yakin dan percaya kepada Allah swt sudah tentulah menganggap semua itu sebagai suatu tarbiyah dalam menguji ketahanan jiwa. Teruskanlah apa yang diperjuangkan sahabat kita yang telah pergi ini kerana sudah pasti sahabat ini juga menanti-nanti kehadiran kita untuk menyertainya di alam yang kekal abadi bila sampai waktunya.

Terakhir ini, saya sampaikan kepada semua kejayaan yang akan diperoleh bagi mereka yang tetap istiqamah dengan kebenaran. Ia merupakan janji Allah swt yang telah tercatat di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada kita untuk terus berada dalam saf pejuangan yang benar-benar diredai Allah swt. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka itu beristiqamah, mengikut jalan yang betul dan tetap di atas jalan yang betul, turun kepada mereka malaikat-malaikat Allah, ketika menghadapi kecemasan terutama kecemasan di saat menghadapi maut, malaikat turun memberi semangat kepadanya, malaikat itu berkata, janganlah kamu takut dan berduka-cita, bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu, kamilah yang menjadi teman-teman kamu dalam kehidupan dunia dan dalam kehidupan akhirat”. (Surah Fusshilat:30-31)

Samalah-samalah kita doakan agar roh sahabat kita dicucuri rahmat dan segala amal kebajikan yang dilakukan selama ini diterima oleh Allah swt. Salam muwajahah silmiah.


Beraya di Kampus

| Sunday, October 5, 2008 |

Sekarang sudah masuk 5 Syawal. Mungkin ada yang sudah mulakan ibadat puasa 6 yang menjanjikan pahala besar bagi sesiapa yang ikhlas beribadat keranaNya. Ada yang gembira melaksanakan tuntutan ini tidak kurang juga yang bersedih akibat nostalgia Ramadhan sudah jauh pergi menggamit kembali memori. Sekurang-kurangnya ibadat puasa 6 yang disunatkan kepada semua umat dapat mengimbau kembali suasana Ramadhan yang telah dilalui sebagaimana maksud hadis, sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan kemudian dia teruskan puasa 6 hari di bulan Syawal seolah-olah dia berpuasa setahun penuh.

Mungkin suasananya sudah jauh berbeza. Tarawih yang menjadi kebiasaan selepas Isyak tidak ada lagi, tadarus beramai-ramai telah ditinggalkan, saf jemaah subuh semakin susut, bazar Ramadhan yang begitu meriah menjelang berbuka juga sudah tiada, umat yang berlumba-lumba melakukan ibadat sebagaimana di bulan Ramadan turut berkurang, masjid di malam hari kembali sunyi sepi, amalan sedekah tidak lagi sekencang angin yang bertiup… Itulah kerinduan yang menjadi kehilangan besar bagi mereka yang merasai nikmat Ramadhan.

Namun, bagi saya pula, sambutan aidilfitri pada kali ini begitu besar maknanya. Manakan tidak, inilah kali pertama (mungkin kali seterusnya daa…) beraya tanpa keluarga disisi. Sebak hati mengenangkan mak dan ayah. Selalunya, setiap malam raya sudah dapat merasai lauk-pauk yang dimasak oleh emak, di pagi raya selepas menunaikan solat hari raya, kedua tangan ibu bapa disalam dan dikucup memohon ampun atas segala kesalahan…namun semua itu tidak dapat dirasai pada 1 Syawal tahun ini. Maaf dipinta hanyalah mampu diungkapkan melalui telefon sahaja selepas menunaikan solat sunat di masjid kampus. Maaf sekali lagi buat mak dan ayah, bukan tidak mahu bercakap panjang tapi tidak mahu air mata ini mengalir sekiranya bercakap terlalu lama pada pagi itu. Ndak mau nangis baa… Semua kesedihan itu terpaksa juga ditahan dan disembunyikan. Biasalah, pagi raya semua orang bergembira, bukan untuk bersedih-sedih.

Apapun, kenangan beraya di kampus tetap menjadi suatu kenangan yang manis. Ramai juga sahabat-sahabat yang berasal dari negeri yang sama tidak pulang beraya. Tidak kurang juga dari negeri Sarawak dan Indonesia. Tapi yang benar-benar terkesan di pagi raya itu, seolah-olah kami berada di Tanah Arab!!! Ramai pelajar arab lengkap berpakaian tradisi masing-masing yang tidak pulang sehingga khutbah raya pagi itu diadakan dalam dua versi, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Begitu juga dengan laungan takbir raya berbeza sekali intonasinya, maklumlah masyarakat Arab bertakbir penuh semangt berbanding kita yang penuh sentimental.


Di bawah ini antara secebis kenangan yang sempat saya rakamkan sepanjang Syawal yang lalu. Plan untuk berziarah bersama akhirnya tertunai juga sebagaimana yang biasa dilakukan bersama sahabat-sahabat di kampung… Salam muwajahah Silmiah.






Ibrah daripada Sifat Haiwan

| Friday, October 3, 2008 |

Ramai manusia yang tidak menyedari bahawa haiwan juga antara makhluk yang mempunyai perasaan seperti yang dimiliki manusia melalui fitrah kurniaan Allah swt. Sifat cemburu, berani, penyayang dan sebagainya antara sifat-sifat yang dimiliki oleh makhluk ini.



Namun, ia tidaklah sama sebagaimana bentuknya seorang manusia itu. Ini disebabkan hanya terdapat beberapa unsur sahaja sifat-sifat tersebut yang dimiliki oleh haiwan ini bahkan kadang-kadang terdapat satu sifat sahaja yang jelas dapat diberikan persamaan dengan sifat-sifat yang manusia miliki. Saya teringat tazkirah yang disampaikan oleh seorang pensyarah Tamadun Islam UUM, yakni bapa ayam (bukan bapak ayam yang menjual manusia) mempunyai sifat cemburu. Begitu juga dengan ayam jantan yang lain.

Sebenarnya ia benar. Bagi yang selalu melihat gelagat si bapa ayam melalui pengamatan, pasti melihat bagaimana bapa ayam tersebut akan melindungi ibu ayam yang berada di bawah kawalannya dari diganggu oleh ayam jantan lain. Hal ini kerana bapa ayam tersebut mempunyai ‘perasaan cemburu’. Perkara yang sama juga berlaku terhadap binatang lain dengan menunjukkan sifat-sifat yang lain pula. Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja boleh menilainya.

Terdapat banyak hikmah mengapa Allah swt turut memberikan sifat-sifat yang fitrah dimiliki oleh manusia juga terdapat pada haiwan. Mungkin ada benarnya pembentukan peribadi manusia itu juga sebenarnya ada pengaruh daripada sifat-sifat yang terdapat pada haiwan. Perkara inilah yang disebut oleh Syed Qutb dalam sebuah kitabnya apabila menilai moral yang dimiliki oleh masyarat barat dan masyarakat Islam kini. Syed Qutb telah menceritakan di dalam kitabnya bahawa mayarakat yang terbentuk pada hari ini salah satu puncanya daripada factor sumber pemakanan.

Pada zaman gerakan dakwah Syed Qutb, terdapat beberapa ahli ilmuan barat yang tidak bersetuju dengan hukum Islam yang mengharamkan daging babi untuk dimakan. Berikutan alasan yang dikemukakan oleh jumhur ulamak yang mengatakan salah satu sebab mangapa khinzir diharamkan berpunca daripada luaran khinzir tersebut yang kotor.

Justeru, masyakat Eropah ketika itu telah melakukan pembersihan dengan membuat satu ladang khinzir yang dilengkapi teknologi canggih untuk menjagan kebersihan khinzir tersebut. Sedikit pun tidak terdapat najis pada khinzir yang di ternak di dalam ladang tersebut. Boleh dikatakan khinzir itu juga dimandikan sebagaimana manusia. Setelah itu, Syed Qutb telah dipanggil ke pusat penternakan khinzir tersebut. Lalu, dijelaskan kepada Syed Qutb bahawa khinzir di kawasan ini telah dibersihkan fikizalnya daripada kotoran yang disebutkan oleh jumhur ulamak sebelum ini. Dengan itu, orang barat tersebut beranggapan Syed Qutb boleh berubah pandangan dengan mengatakan yang khinzir tersebut boleh di makan oleh umat Islam kerana telah bersih daripada kekotoran.

Namun, Syed Qutb tetap menegaskan bahawa khinzir tersebut tetap kotor. Hal ini membuktikan sudut pandangan Islam bukan hanya menilai sesuatu itu daripada luarannya semata-mata tetapi juga pada sudut dalamannya. Syed Qutb telah menjelaskan kepada orang barat tersebut bahawa sifat dalaman khinzir tersebut yang tidak mempunyai persaan cemburu antara hikmah mengapa binatang ini diharamkan dalam Islam. Oleh itu, jika dimakan boleh mendatangkan kesan pada manusia.

Jelas apa yang telah disebutkan oleh Syed Qutb. Sifat cemburu yang tiada pada khinzir sememangnya ada kaitan dengan budaya masyarakat barat kini. Mereka sedikit sebanyak telah dijangkiti sifat-sifat yang dimiliki oleh haiwan ini. Kini, mereka boleh bersama dengan siapa sahaja yang mereka mahu untuk memuaskan nafsu. Ibu bapa sudah tidak cemburu melihat anak perempuan mereka di bawa keluar oleh lelaki bahkan lelaki yang mereka sendiri tidak kenali. Begitu juga, sorang suami masyarakat barat sudah tidak cemburu melihat isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain dan banyak lagi yang kita dapat lihat. Semua itu sebenarnya antara sifat-sifat yang ada pada khinzir. Justeru, perkara inilah yang membezakan antara masyarakat barat dengan penganut agama Islam yang taat perintah Allah. Semuanya mengandungi hikmah sama ada tersurat ataupun tersirat. Oleh itu, sebagai umat Islam yang taat kita menerima perintah Allah swt bukan semata-mata apa yang kita rasakan baik untuk diri kita. Namun, penghayatan Islam adalah menyeluruh sebagaimana yang disebutkan oleh Allah swt dalam firmanNya:

Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam agama Islam (seluruhnya dengan mematuhi segala perintah) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah:208)

Kita sering mengambil berat sudut padangan makhluk hingga terlupa kepada Penciptalah yang selayaknya diserahkan segala harapan. Jangan sampai Allah swt membuat keputusan untuk meminggirkan kita daripada naungan rahmat-Nya disebabkan meringan-ringankan segala bentuk perintah-Nya. Salam muwajahah silmiah.


Suburkan Prinsip Al-Asr.

| Thursday, October 2, 2008 |

Rasa seronok apabila melihat sahabat-sahabat saya menggunakan medan dakwah sepenuhnya dalam era globalisasi kini, kata orang semua maklumat berada di hujung jari. Tinggal digunakan sahaja. Tahu ataupun tidak kenalah belajar. Pelan-pelan baa. Walaupun kaedah menyampaikan dakwah jika dibandingkan dengan umat dahulu dan sekarang berbeza-beza, namun matlamatnya tetap satu semata-mata ingin meninggikan kalimah Allah swt. Justeru, kehadiran saya dalam ruangan blog ini bukan hanya didorang oleh perasaan semangat untuk ‘meramaikan majlis’ atau untuk menunjukkan semua orang boleh mencipta blognya sendiri tapi yang lebih penting adalah menyuburkan budaya nasihat disamping diberi nasihat pula pada yang lain. Indahnya Islam. Perkara inilah yang disebutkan oleh seorang ulamak yang telah sekian lama mentadbir negeri berdasarkan acuan Islam sebenar membuktikan Islam mampu dijadikan ‘rule of law’ mengatur hidup manusiawi. Saranan beliau dalam sebuah kitabnya, masyarakat perlu menyuburkan prinsip al-asr iaitu seperti yang yang dinukilkan Allah swt di dalam Al-Quran. Konsep ini sangat penting untuk diamalka kerana manusia sering lalai akhirnya dalam sedar ataupun tidak, melakukan perkara-perkara yang menambahkan akaun dosa dalam bank amal.

Di sinilah petingnya konsep al-asr. Kita perlu diberi peringatan semlula agar iman kita dapat direfreshkan seterusnya dipandu pada laluan yang sebenar. Dalam apa keadaan pun setiap insan yang sedar peranannya sebagai khalifah di muka bumi perlu mengambil ruang sepenuhnya untuk menyuburkan konsep al-asr. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah swt :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah Al-Baqarah:30)

Dengan itu, tidak kiralah apa kaedah sekalipun sama ada melalui ceramah, nasihat secara interpersonal, program keagamaan, menggunakan blog, penyampaian risalah dan sebagainya perlu dimanfaatkan secara maksimum. Natijahnya, orang yang berilmu mempunyai ruang menyampaikan pengetahuannya manakala orang yang tidak tahu pula mendapat pelajaran yang amat berguna. Perkara ini penting kerana semua sedia maklum betapa ramai golongan remaja sekarang yang tidak mendapatkan pendidikan agama yang sempurna dek sistem pendidikan negara yang tidak mendorong ke arah itu. Sekurang-kurangya adalah sedikit santapan rohani bagi mereka yang tidak mendapat pengajian ini seraca langsung. Lalu, tidak ada alasan lagi untuk tidak mendapatkan input ilmu-ilmu agama.

Oleh yang demikian, setiap jiwa yang mukmin perlu mengambil konsep al-asr sebagai salah satu amalan harian dalam diri masing-masing. Masalah berilmu atau tidak berilmu bukanlah perkara utama jika diniatkan untuk ibadah di sisi Allah swt. Semua orang memiliki ilmu walaupun sedikit ilmu juga. Jangan sampai malaikat maut menjemput kita baru tergerak hati untuk berbuat amal walhal segalanya sudah terlambat. Tidak perlu tunggu lagi. Saya mengajak sahabat semua supaya menyuburkan budaya ingat- mengingati, mamberi dan menerima ilmu itu satu proses belajar juga. Muda-mudahan setiap hari semakin bertambah pengetahuan kita berkenaan agama yang tercinta ini. Inilah asas untuk kita kalau mahu melihat Islam bertapak kukuh seperti mana yang pernah wujud suatu ketika dahulu yang semakin dirindui penyeru kebenaran kini. Salam muwajahah silmiah.



Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini