at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Bidadari Dunia, pelangkap rusuk kiriku...

| Wednesday, October 27, 2010 |


Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Kiriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga


bittaufiq wannajah

| |

Kesibukan dengan akitviti-aktiviti organisasi pelajar kadang-kala menyebabkan alpa sedikit dengan tugas utama sebagai seorang mahasiswa. Pejam celik, rupa-rupanya beberapa minggu lagi akan tamat semester kelima belajar di pusat gedung ilmu ini. Biasalah, perkara paling dirisaukan oleh student penghujung semester ini adalah tarikh hantar assignment dan final exam. Bagi yang bijak menguruskan masa sudah tentu tiada masalah dengan budaya ini.

Bagi pelajar yang just amalkan 3K (Kolej, Kafe, Kuliah) di kampus ini tentu tidak terlalu terbeban dengan aktiviti-aktiviti luar sebagai mahasiswa. Namun, saya antara orang yang terkesan dengan masalah pengurusan masa sebagai pelajar. Mana tidaknya, baru sebentar tadi dapat meluangkan masa melihat bila tarikh-tarikh sebenar peperiksaan setiap subjek yang diambil semester ini. Sedangkan kawan-kawan lain rasanya sebulan lepas mereka dah tahu. Bila ditanya dengan slumber menjawab tak tengok lagi jadual. Bukan abaikan peranan utama di kampus ini, tapi memang tak sempat nak rujuk. 

Justeru, saya ambil keputusan untuk mencoret di ruangan blog peribadi ini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Berat jugak bila tak tahu tarikh exam, nampak sangat tak mula lagi study. Tapi sebenarnya, dah preper awal ba...ceh :D. Sedapkan hati yang gundah gulana. 

Disamping itu, entri ini juga sebagai ucapan selamat kepada semua shabat-sahabat dan kawan-kawan sekampus dan tak sekampus dalam menghadapi exam tidak lama lagi. Bagi yang dah siap segala bentuk assignment, boleh la mulakan menelaah buku dengan khusyuk dan tawadduk, jangan jak sampai terduduk. Last2, buku yang study:).

Berikut antara tarikh final exam setiap subjek yang diambil semester ini yang bolehlah dikategorikan padat tetapi santai...



SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
C 50 1 50 150 DTSO Dr. Abubakar Eby Hara
11/11/2010 9:00 AM

GMGM3093 PENGURUSAN PERBANDINGAN
A 56 1 56 150 DSB K.MAS Amir Hamzah bin Abdul

B 90 1 90 150 DSB K.MAS Amir Hamzah bin Abdul
12/11/2010 9:00 AM

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
A 95 1 95 150 DTSO Muslimin Bin Wallang
15/11/2010 8:30 PM


GMGF3013 PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
A 28 1 28 150 DP4(1)FTM Ahmad Mujahid Bin Abd.
Ghani
23/11/2010 9:00 AM

GMGM3033 KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR
A 129 1 129 150 DMS Mohd Nazri B Baharom
28/11/2010 9:00 AM

GMGM2033 PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT
A 121 1 121 150 DTSO Sabarani B Ghazali
29/11/2010 2:30 PM
******************************************************************************************

Selamat maju jaya pada semua, semoga ktia sentiasa mendapat petunjuk dan kejayaan daripadaNya...

Salam Jihad Fi Imtihan...


Ekonomi Negara Stabil tapi Banyak Hutang...

| Tuesday, October 26, 2010 |

''Walaupun pahit, ditelan jua...". Mungkin inilah ungkapan yang selalu didengar sebelum ini. Siapa yang tidak sayangkan tanah air tumpah darah sendiri? Menjadi kewajipan seseorang rakyat pertahankan tanah airnya daripada segala bentuk ancaman. Perkara ini juga menjadi salah satu Undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Madinah, contoh negara Islam yang ulung suatu ketika dulu. Tidak kira warna kulit, bangsa dan agama semuanya perlu tanamkan semangat cintakan negara. Sehingga terdapat juga Hadis 'daif' yang menyebut cintakan negara sebahagian daripada iman.

Namun, mendengar kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini prasangka seribu satu macam datang bertandang. Mana tidaknya, negara yang dilaporkan mempunyai ekonomi yang stabil boleh memiliki hutang sebanyak RM362.39 billion, billion tuuu!. Ketua Audit Negara melaporkan yang hutang negara itu meliputi 54% daripada KDNK negara, pertama kali dalam sejarah negara ini.

Kenyataan ini memang tersasar jauh daripada jumlah hutang negara yang dilaporkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2011 baru-baru ini. Sekali integriti seorang pemimpin dipersoalkan. 

Hutang ini bermakna, daripada lebih 26 juta rakyat negara ini, setiap seorang diibaratkan menanggung bebanan hutang sebanyak RM 14 ribu. Mahasiswa pula yang memang sedia berhutang dengan dengan negara melalui PTPTN agak-agaknya berapa jumlah tersebut? Kiralah sendiri. Mungkin pihak yang berkepentingan dalam politik mengambil isu ini sebagai salah satu kempen yang akan dipergunakan bagi meraih sokongan rakyat. Namun, isu utama di sini adalah bagaimana nasib rakyat negara ini pada masa akan datang sekiranya bebanan hutang semakin bertambah???

Menguruskan negara bukanlah satu amanah yang mudah. Kesilapan mengurus sumber-sumber yang ada menyebabkan harta negara disalurkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Banyak kesilapan dalam menguruskan negara seperti rasuah dan pembaziran menyumbang kepada bebanan hutang yang tinggi. Akhirnya, rakyat juga yang menderita. Mungkin rakyat yang berpendapatan tinggi tidak terlalu terbeban. Tapi bagaiman dengan rakyat yang miskin? Sehingga hari ini ada lagi rakyat yang menetap dan beranak pinak di bawah jambatan. Entah berapa banyak lagi yang tidak dilaporkan.

Tiada kaedah penyelesaian yang lebih berkesan kecuali golongan umarak menjalankan amanah dengan penuh integriti. Ingat, semua ini bukan hanya dipertanggungjawabkan di dunia, bahkan akan dipersoalkan bila berhadapan dengan Raja segala makhluk suatu hari nanti. Sudah sampai masanya negara dipimpin oleh mereka yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi. 

Bilalah agaknya dapat merasai kemewahan negara yang untung berbillion ringgit setiap tahun daripada sumber cari gali PETRONAS, TNB, Tabung Haji dan lain-lain. Dah la bajet 2011 langsung tida memberi sedikitkpun 'harapan yang cerah' pada para mahasiswa, negara pula dibebani dengan hutang yang banyak. Apalah nasib nasib badan, sudah jatuh ditimpa tangga... I LOVE MALAYSIA.


P/S: tulisan berwarna biru merupakan link pada sumber rujukan. Sila klik.




Info PRK Dun Galas dan P Batu Sapi

| Monday, October 25, 2010 |


Hari ini, Selasa merupakan waktu yang serentak bagi PRK Dun Galas dan P Batu Sapi mengadakan proses penamaan calon. Kira-kira pukul 11 pagi tadi keuda-dua kawasan pilihan raya kecil ini telah selesai mengadakan proses penamaan calon.

Dilaporkan, perarakan calon ke dewan pencalonan berlaku dengan aman walaupun terdapat sedikit sekatan di Dun Galas. Jumlah penyokong calon Parti Pas mencecah angka 10 ribu lebih manakala calon daripada UMNO lebih kurang 5 ribu lebih.

Setelah proses bantahan tamat, calon yang akan bertanding diumumkan secara rasmi. Pilihan raya kecil (PRK) kali menyaksikan pertandingan 2 penjuru di Dun Galas dan 3 penjuru di P Batu S
api.

Dr Zulkefli Ahmad akan ditentang calon BN, Aziz Yusof di Galas manakala Ansari Abdullah terpaksa berdepan dengan 2 calon daripada parti lain iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Linda Tsen dari BN. Menariknya, majoriti penduduk melayu di P Batu Sapi adalah lebih besar berbanding dengan kaum lain.
\
Tiada calon bebas yang bertanding kali ini. Hal ini bermakna, tiada calon yang akan mendapat bantuan daripada mahasiswa. Mengikut AUKU, hanya calon bebas yang boleh mendapat sokongan mahasiswa kerana 'calon bebas' bukan suatu badan Parti Politik. Dan hanya parti politik yang disebutkan dalam Seksyen 15(5) (a).

Semoga penduduk di kawasan yang bertanding membuat pilihan yang tepat untuk kehidupan yang lebih baik dah harmoni.


Selamatkan Masjid Al-Aqsa

| |


Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud ‘Masjid Paling Jauh’, terletak di Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
http://epondok.wordpress.com


Ulamak yang Menyesatkan

| Sunday, October 24, 2010 |

Semakin hari semakin membejat fitnah terhadap umat Islam. Bermula dengan segala bentuk jenayah dan kemaksiatan yang banyak dipelopori oleh masyarakat yang bertitlekan Islam, sehingglah kepada pemimpin dan mereka yang dilabelkan faqih agama tidak terlepas menjadi bahan fitnah di akhir zaman ini. Lupakan hal yang berkaitan politik, tapi cuba memandang perkara yang berlaku hari ini daripada sudut sensitiviti sebagai umat Islam. Kalaulah penghinaan yang jelas terhadap Islam yang dicintai ini tidak menimbulkan sedikitpun rasa tidak puas hati dan memberontak dalam diri, maka takut2 hati tersebut telah ditutup dan lakukanlah tindakan segera.
Kita dikejutkan bagaimana seorang yang berstatuskan Ulamak Muda boleh menyebelahi golongan yang menjadi penaung kepada suatu program yang telah terang lagi bersuluh menghina kesyumulan Islam yang bukan mudah diperjuangkan olah para Nabi dan Solafussoleh suatu masa dahulu. Kemana hilangnya prinsip Al-Asr yang menuntut semua umat Islam yang mukallaf memberi peringatan dan mencegah perbuatan yang mungkar. Perkara inilah yang amat dirisaukan kerana mereka yang diharap menjadi harapan menyelamatkan maruah Islam sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang merosakkan kesyumulan Islam. Amr bin al-Aash r.a. memberitakan bahwa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidaklah akan mencabut agama dengan mencabut terus ilmu itu daripada para hambaNya, akan tetapi Dia akan mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama', sehingga apabila tiadalah tinggal lagi seorang alim, maka orang ramai pun menjadikan orang jahil sebagai pemimpin, maka mereka akan ditanyakan, lantas mereka akan berfatwa tanpa ilmu, lalu sesatlah mereka dan mereka menyesatkan."
(HR: Al-Bukhari dan Muslim)

Sewajarnya hadis ini dijadikan pengajaran. Ulamak yang benar-benar boleh dijadikan rujukan dan panduan semakin berkurangan. Dan inilah cara Allah swt mencabut kefahaman agama dalam diri umat Islam. Adapun bilangan ulamak yang benar adalah sangat sedikit diistilahkan 'one in a million'. Gunakanlah kesempatan yang ada ini menimba ilmu daripada golongan yang menjadikan para ulamak yang benar sebagai rujukan utama.

Mudah-mudahan, kesedaran untuk menimba ilmu pengetahuan dapat mengukuhkan kefahaman Islam yang sebenar seterusnya menghapuskan segala bentuk kebejatan sosial yang semakin menular. Sebagaimana yang disebutkan olah Mursyidul Am, Ikhwanul Muslimin yang Ke-2 :

"Tegakkan Islam di dalam diri kamu, nescaya akan tertegaklah Islam yang sebenar di negara kamu..."



Bolehkah Mahasiswa terlibat dengan Politik???

| Thursday, October 21, 2010 |

Jika kata-kata KPT dijadikan asas penglibatan politik mahasiswa di Dun Galas atau Batu Sapi, sudah tentu tiada masalah utk mahasiswa turun sekali mengimarahkan PRK tersebut. Merujuk ucapan KPT,

“Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita.

Namun, jika merujuk amaran yang dianggap keras daripada seorang pimpinan utama sebuah IPT yang terkenal la jugak... sebaik tarikh PRK DUn Galas diumumkan, jelas sekali baliau cuba menyekat sepenuhnya mahasiswa daripada terlibat dengan PRK tersebut. Kata-kata beliau yang boleh dirujuk dalam surat khabar picisan Kosmo!,

"Mahasiswa yang didapati terlibat dengan PRK Dun Galas, pihak HEP tidak akan teragak2 mengenakan tindakan tegas...bla3..." Boleh Bla!

Ucapan beliau umum dengan hujah yang dangkal. Ayat ancaman semata2 yang saya yakin pasti ada yang kecut perut dan terbatal niat yang sedikit untuk turun 'jalan2' sepanjang hari berkempen.

Mengikut Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, memang terdapat akta yang melarang keras penglibatan mahasiswa dengn parti politik. Kes ini berlaku kepada 4 orng mahasiswa UKM yang ditangkap beserta lambang sebuah parti politik ketika PRK di H.Selangoq. Dan hakim menolak permohonan pelajar tersebut membatalkan akta ini. Jadi, kes ini harap dijadikan pengajaran!!!

Persoalannya, bagaima pula jika terdapat mahasiswa tak kiralah daripada UUM ke, UKM ke, turun pada mana-mana kempen PRK mahupun PRU tanpa memihak pada mana-mana parti politik??? Inilah yang dimaksudkan oleh kenyataan KPT di atas.

Maknakanya, mahasiswa boleh terlibat dan turun padang pada mana-mana PRK or PRU tanpa sebarang sekatan tetapi mestilah mengikut Seksyen 15 di atas. Hal ini sangat bertentangan dan bercanggah dengan ugutan sesetengah tokoh-tokoh politik yang dangkal menyekat mahasiswa untuk turut sama terlibat dalam election di negara ini. "Boleh terlibat, setelah tamat belajar di mana2 institusi pengajian tinggi". Itulah nasihat 'murni' mereka.

Bukankah mahasiswa itu bakal pewaris kempimpinan negara? Bagaimana mungkin mereka boleh menggantikan tokoh2 yang ada sekarang jika pengetahun mengenai politik yang bersangkutan dengan sistem pentadbiran negara tidak didedahkan dari awal?

So, jangn ragu dan segan, semua mahasiswa dijemptu memeriahkan 'kenduri' PRK tidak lama lagi. Merujuk nasihat KPT di atas. (Siapa2 yang dah siap assignemnt dah prepar exam loh hehe)

Ayuh laungkan Student Powwwer!!!


Kasihnya Ibu

| |

Tepat pukul 11.20 malam tadi saya dan seorang lagi adik usrah bergegas dari Kolej UUM ke Arau, Perlis. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, walaupun dalam kesibukan masa yang teramatlah mendesak tetap juga mencari ruang untuk ke destinasi yang dituju. Merempit lebih kurang 30 minit akhirnya sampai juga dan disambut seperti orang kenamaan yang tiba :D. Dan pagi ini mengambil sedikit masa mencoret sesuatu di ruangan ini usai solat subuh berjemaah di Masjid Negeri (laju ba wirelessnya...).

Tulisan ini merupakan yang pertama saya dedikasikan khas untuk insan yang istimewa di kampung ini. Sosok tubuh dua orang tua yang beria2 kami lawat ini telah pun dianggap sebagai ibu bapa kedua kami di perantauan. Banyak yang istemewa jika nak dicoretkan di sini. Namun, apa yang pasti bersama mereka tidak ubah seperti bersama kedua orang tua yang dikasih di kampung halaman. Kasihnya, gurauannya, teguranya dan yang paling best masakannya persis kasihnya seorang ibu dan ayah yang sangat mengasihi anaknya.

Sebelum bertolak pada malam tadi, sempat hubungi ibu 'sebenar' nun jauh di sana. Sayu hati menggambarkan yang akan dilawat pada malam ini adalah ibu yang sebenar. Sekurang2nya, terubat juga kerinduan. Lebih2 lagi, perancangan tahun ini memang tiada tentatif untuk pulang ke kampung halaman. Apa nak dikata, kesibukan dengan program2 sebagai mahasiswa yang kadang2 sahabat2 semua sindir lagaknya seperti YB pula. Dan jawapan saya, ''YB pun ndak sibuk begini baa.." hehe

Masa yang singkat berada di sini akan kami gunakan sepenuhnya bersama. Tiada balasan yang mampu diberi, selain daripada doa yang tidak putus2 kepadaNya semoga Allah swt memberi rahmat dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada dua batang tubuh yang kami anggap seperti ibu dan ayah yang tercinta....

Teringat hadis Nabi saw, tiga perkara yang bila kita lihat dan bayangkan bentuknya akan dapat pahala direct daripada Allah swt. Itulah dia, ayat-ayat Al-Quran, Lautan luas dan Wajah Ibu...

Indahnya kasih ibu....


Renovate Hatimu

| Wednesday, October 20, 2010 |

Dalam hadis Rasulullah saw ada disebutkan mengenai seketul daging yang menjadi raja pentadbir utama setiap tindakan manusia. Sekiranya baik raja tersebut merancang, maka baiklah manusia itu. Raja tersebut adalah Hati.

Hati yang tidak dirawat dengan betul berisiko tinggi mengalami kerosakan daripada pelbagai sudut. Samalah seperti kereta yang baru dibeli perlu dijaga dengan baik agar sentiasa kelihatan baru. Begitu juga dengan hati manusia pasti akan mengidap pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik.
Antara penyakit hati yang sering dialami tanpa 'disedari' adalah ujub atau bangga diri. Ujub bermakna merasakan dirinya hebat berbanding orang lain dengan kelebihan-kelebihan yang sedikit dimiliki. Pernahkah terdetik di hati, "Hm, henshem dan cute jugak aku ni..." ataupun, "Hebat jugak aku meyampaikan tazkirah tadi..." or "Aku lebih layak daripada kamu..."...

Sekiranya pernah terlintas untuk mengucapkan ayat-ayat di atas, maka perlu segera post mortem agar tidak parah penyakit ini membusuk di hati. Oleh itu, jangan risau. Mari bersama kita melihat beberapa tips yang disarankan untuk kita yang prihatin dengan penyakit hati ini. Inipun hasil daripada sedikit pembacaan dengan ilmu yang sangat cetek...

Sebelum itu, mari lihat punca penyakit ini :

1. Lingkungan keluarga
2. Pujian yang diberikan tidak sesuai dengan syariat Islam
3. Selalu bergaul dengan orang yang bagga diri
4. Semangat melalkukan sesuatu dengan ilmu yang kurang
5. Tidak faham hakikat diri
6. Lupa kepada pemberi nikmat
7. Penghormatan yang berlebihan
8. Kepatuhan yang berlebihan
9. Pengabaian sikap ujub

EFFECT-Effectnya :
1-Terjerumus dalam sikap terpdaya dan Sombong
2-Terhalang dari bimbingan Ilahi
3-Putus asa bila mendapat sedikit ujian
4-Tersisih daripada masyarakat
5-Mendapat seksa Allah dunia akhirat

Implikasi bg dakwah islamiah:
1-Gambaran buruk terhadap Islam (jika muslim)
2-Da'wah Islam mudah dilumpuhkan

Simptom-simptom penyakit ini:
1-Merasa diri suci
2-Ignore pada nasihat orag
3-Senang mendengar keaiban orang lain

Cara merawatnya :
1-Selalu sedar hakikat diri
2-Sentiasa sedar hakikat kehidupan dunia akhirat.
3-Sentiasalah ingat dan mensyukuri nikmat Ilahi
4-Bertafakur akan kematian dan kehidupan sesudahnya
5-Dengar nasihat Al-Quran dan sunnah
6-Sentiasa hadir majlis ilmu
7-Insafi keadaan org sakit
8-Kurangkan hubungan dgn org slalu ujub
9-Nasihati orag yang memuji berlebihan
10-Kawal sikap sombong
11-Sentiasa muhasabah diri
12-Pohon ampun dan pertolonganNya...

Demikian beberapa tindakan ringkas dan mudah yang boleh diambil sebagai perkongsian kali ini. Apapun, cuba kawal bersikap prasangka negatif dengan diri sendiri lebih-lebih lagi dengan orang lain. Perkara ini juga antara perkara yang akan menyumbangkan penyakit-penyakit hati. Always be positive cakap orang putihnya. Biarlah kita serahkan AL-Khaliq menentukan hukum dan kita cukup sekadar apa yang terjangku difikiran. Sentiasa merendah diri kerana segala apa yang ada pada diri kita akan ditarik semula pada bila-bila masa yang kita sendir tidak pasti bila...


SANTAI :Sejarah Ikon Rock Malaysia dan Album XPDC Rasopariso Relaunch 2010

| Sunday, October 17, 2010 |

Penggabungan semula kumpulan XPDC nyata menggembirakan peminat setia kumpulan ini setelah tetap setia menanti di Hentian Ini lebih 20 tahun lamanya, termasuklah saya sendiri hehe. Awal mengenali muzik rock adalah disebabkan oleh kumpulan ini bukan kerana imej rock tersebut tapi melalui melodi muziknya yang sangat menarik dan liriknya juga memberi mesej yang baik. Justeru, awal 90an tidak hairan kumpulan ini menjadi fenomena dalam kalangan remaja dan penggemar muzik rancak ketika itu. Seingat saya, masyarakat seusia belasan tahun hinggalah ke golangan tua turut mendendangkan lagu-lagu kumpulan XPDC. Terbaikkk...


Oleh itu, kemunculan album baru selepas reunion ahli kumpulan asalnya membuktikan kumpulan ini sangat dirindui oleh peminat setia mereka. Walaupun tidak dapt promosi yang baik, kaset dan cd albumnya tetap laris di pasaran. Buktinya, setiap kali saya ke kedai-kedai kaset bertanya pada toke kedai tersebut, ada lagi tak album baru xpdc? Jawabnya, "sudah abis da...". Di sini sedikit info kronologi yang menarik berkenaan kumpulan ini...

Kumpulan XPDC bukanlah nama asing bagi peminat-peminat muzik rock tanahair. Kelahiran kumpulan ini pada tahun 1989 sudah mencecah 20 tahun usianya.

Seawal penglibatan mereka di dalam industri muzik tanahair atas nama XPDC dengan lagu mengeja; C.I.N.T.A. yang ditampilkan sebagai single pertama XPDC ketika itu menjadi bahan ejekan sesetengah pihak. Namun atas sikap berdiri dan berpegang pada pendirian mereka lagu tersebut berubah menjadi satu kejutan, juga satu fenomena baru sehingga menjadi melodi siulan ramai.

Di puncak kejayaan mereka, XPDC telah merubah dan mewarnai selera muzik tanahair dengan lagu-lagu pop yeh-yeh yang dimetalkan melalui album berkonsep Metal 60′AN dan album METAL 50’60′AN. Walaupun kreativiti itu dikecam hebat oleh pelopor-pelopor lagu-lagu 60′an kerana dikatakan telah merosakkan imej lagu-lagu berentak 60′an tersebut, XPDC tetap dapat menawan hati peminat-peminat muzik rock & heavy metal waktu itu.

Walaupun pada mulanya lagu hit’s pertama mereka (C.I.N.T.A.) menjadi bahan ejekan dan idea-idea kreatif dalam album METAL 60′AN mereka mendapat kecaman, akhirnya XPDC berjaya memegang tunggak industri muzik era 90′an sebagai kumpulan rock tanahair yang unggul selepas kumpulan SWEET CHARITY untuk era hujung 70′an dan selepas keunggulan kumpulan SEARCH untuk era 80′an.

XPDC muncul dari pepecahan kumpulan asal ‘Tragedy’. Ketika itu Tragedy dianggotai Yazid (drum), El (Vocal), Man Tobey (bass) dan Izo (gitar). Di dalam pembabitan awal kumpulan ini, mereka telah melalui pelbagai peristiwa pahit dan manis, dari ditipu ‘promoter show’ sehinggalah penyelewengan dalam pengurusan sehinggalah penarikan diri beberapa anggota asal kumpulan ini. Jesteru itu kumpulan Tragedy telah dibubarkan dan melalui perbincangan dan kata sepakat dari ahli kumpulan maka lahirlah ‘XPDC’ yang mempunyai mesej dan perjuangannya.

Nama kumpulan XPDC ini adalah ilham dari Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali dengan nama penanya J.S. Kevin. XPDC diperkenalkan ke LIFE RECORDS oleh saudara JS Kevin yang kemudiannya bertindak sebagai penerbit album mereka yang pertama iaitu ‘DARJAH SATU’.

Ketika itu XPDC dikatakan menjadi satu kejutan dan dianggap satu fenomena di dalam industri muzik tanahair apabila lagu mereka C.I.N.T.A. yang menggunakan konsep mengeja di dalam melodi menjadi siulan ramai.

J.S. Kevin yang telah meninggal pada 7 Ogos 2002, tidak dapat dinafikan bakat serta kebolehannya mencipta lirik dan lagu-lagu ‘berhantu’ juga mentadbir konsep seni untuk kumpulan XPDC. Bakat serta ketajaman skil beliau tidak berakhir begitu sahaja. Berkat kesabaran dan ketekunan akhirnya telah membuahkan kejayaan bagi saudara Mohd Zulkifly Nik Hussin atau lebih di kenali sebagai IZO XPDC mewarisi kebolehan serta bakat J.S. Kevin.

Anggota asal XPDC ini terdiri dari El/Mael (vokal), Izo (gitar), Zuar (bass) dan Lee (drum) yang kemudiannya digantikan oleh Amy dari kumpulan ‘Handy Black’ ketika proses rakaman album sulung XPDC ‘DARJAH SATU’ dilakukan. Album ini mula dirakamkan sejak 1989 lagi tetapi hanya mula dipasarkan pada September 1990 kerana mengalami beberapa masalah termasuk penukaran anggotanya. Album ini pernah dibekukan rakamannya selama 6 bulan kerana masalah tersebut.

Walaupun album sulungnya dipasarkan sejak 1990 tetapi nama XPDC mula berada di kemuncaknya melalui album ketiga mereka; KITA PENG YU (1994). Dua lagu dari album ini iaitu BAHALOL dan NAFISA telah di “mixing” dan “mastering” di USA.

Album ini adalah antara album artis tempatan pertama yang diberi peluang sebegitu. Album BRUTAL yang juga merupakan album terakhir Mael bersama XPDC adalah album yang terlaris jualannya. Album ini terjual sehingga mencecah ke angka 350,000 unit. Album ini berada di tangga pertama untuk beberapa minggu di Carta RIM sejak ianya mula dicalonkan dan menduduki takhta top 20 sehingga melebihi 60 minggu.

Album METAL 60′AN yang mengabungkan irama lagu-lagu hit tahun 60′an yang disesuaikan dengan konsep muzik XPDC telah menyuntik banyak artis lain tampil dengan album berkonsepkan sedemekian. Album ini juga dikatakan sebagai penyelamat Industri Muzik Tanahair ketika negara mengalami kegawatan ekonomi.

Penampilan XPDC yang paling berani adalah melalui album UN’METAL (1999). XPDC yang sebelumnya lebih berteraskan irama ROCK HEAVY METAL telah mengubah iramanya ke lebih lembut melalui album ini.Album ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu secara unplagged juga diiringi dengan konsep mini orkestra. Selepas kelahiran album ini, banyak album artis lain yang menampilkan sekurang-kurangnya sebuah lagu dengan muzik iringan orkestra ini.

Ketika Industri Muzik tenat, XPDC adalah antara segelintir artis yang terselamat dan album-albumnya masih tetap mendapat sambutan hangat.

ALBUM PALING SUKAR DIRAKAMKAN

Album keempat XPDC iaitu BRUTAL (1997) dirakamkan ketika Mael mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Walaupun perit tetapi ianya tetap disiapkan selepas 3 tahun terbengkalai rakamannya. Lagu HENTIAN INI telah dicipta oleh J.S.Kevin 5 tahun sebelum ianya dirakamkan. Ramai yang meramalkan album ini sebagai titik noktah XPDC namun mereka tetap gagah berdiri dan semakin mengganas dengan penyanyi baru mereka Ali.

PENCIPTA LAGU DAN PENULIS LIRIK

XPDC hanya menampilkan J.S.Kevin, IZO dan MAEL sebagai pencipta lagu dan lirinya. Walaupun banyak menerima sumbangan lagu tetapi kombinasi komper tersebut lebih bersesuaian dengan konsep muziknya. Penulisan liriknya banyak dimonopoli oleh J.S.Kevin. Loloq mula mendapat tempatnya sejak album KITA PENG YU.

ANGGOTA XPDC

IZO dan ZUAR adalah anggota asal yang masih bertahan sehingga kini. LEE menganggotai XPDC tidak sampai setahun sebelum digantikan oleh AMY (1990-1999). kemalangan jalanraya yang melanda AMY pada tahun 1998 telah mengundang LOLA sebagai pemuzik undangan dan 2 tahun selepas itu menganggotai XPDC secara rasminya. MAEL (1990-1997) merupakan penyanyi utamanya sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri untuk bergerak solo. Tempatnya sebagai vokalis XPDC telah diambil oleh ALI. Walaupun telah mengikuti siri pertunjukan pentas dan konsert, ALI hanya dinobatkan sebagai penyanyi utama XPDC melalui album KONSERT RAKSASA (1998).

XPDC berada di atas selepas perit menapak dan mengharungi onak dan duri. Mereka di atas bukan bermakna mereka di kemuncak kerana titian perjalanan mereka masih jauh. Mungkin ramai yang ingin berjaya seperti XPDC sekarang ini tetapi tidak ramai yang sanggup mengharungi ranjaunya.

Kumpulan BRUTAL ini hanya ganas dengan irama heavy metalnya, sebagai pemberontak atau pejuang ketika di stage. Kerana itu ada yang memandang sinis kepada mereka. Untuk mengenali XPDC bukan hanya melalui album atau muziknya tetapi berkawan dengannya. Jangan cari mereka di lorong gelap belakang bangunan, tidak juga di pusat hiburan kelab malam. Cari XPDC di mana-mana mereka laungkan akan mengadakan pertunjukan pentas.

XPDC REUNION “RASOPARISO”

Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu… bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik ‘Heavy Metal’ Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula…BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat ‘brutal’ mereka.

IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama…inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” yang dipasarkan tahun 2008 akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60′s / A go-go.

Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.

Dan yang terbaru, Rasopariso Relaunch telah menemui peminat sejati mereka sekali lagi dengan menampilkan dua buah lagu terbaru yang memang best dan krya asli dari XPDC. Kesinambungan album terbaru sebelum ini. Nayata tidak mengecewakan penggemar muzik kumpulan ini yang sememangnya masih merindui krya-krya daripada mereka. Berikut antara lagu yang best2 dalam album terbaru tersebut.



(Sekiranya tak jumpa2 jugak album xpdc di pasaran, boleh downlod di sini...)



DISCOGRAFY ALBUM-ALBUM XPDC

1.DARJAH SATU (1990)
Terjual melebihi 150,000 units

2.TIMUR BARAT (1992)
Terjual melebihi 100,000 units

3.KITA PENG YU (1994)
Terjual melebihi 200,000 units

4.BRUTAL (1997)
Terjual melebihi 350,000 units

5.SAMURAI (1999)
Terjual melebihi 200,000 units

6.V6 (2002)
Terjual melebihi 80,000 units

ALBUM-ALBUM KHAS XPDC

1.METAL 60′AN (1997)
Terjual melebihi 250,000 units

2.METAL 50’60′AN (1998)
Terjual melebihi 150,000 units

3.UNMETAL (2000)
Terjual melebihi 110,000 units

4.REAL N REALITI (2000)
Terjual melebihi 35,000 units

ALBUM KONSERT

1.KONSERT RAKSASA XPDC BRUTAL, STADIUM NEGARA (1998)
Terjual melebihi 95,000 units

VCD

1.MTV KARAOKE XPDC SAMURAI (1999)
Terjual melebihi 15,000 units

2.MTV KARAOKE XPDC ENTAH APA-APA ENTAH (2000)
Terjual melebihi 25,000 units

3.MTV XPDC KRONOLOGI (2001)
Terjual melebihi 8,000 units

ALBUM KOMPILASI

1.XPDC ROCK BALLAD (1996)
Terjual melebihi 80,000 units

2.XPDC KOLEKSI HEADBANG (1997)
Terjual melebihi 55,000 units

3.XPDC & RAKAN-RAKAN UNPLUGGED (1995)
Terjual melebihi 25,000 units

4.XPDC DOUBLE HEADBANG “XPDC VS RUSTY BALDE” (2000)
Terjual melebihi 6,000 units


Bagi saya, tidak salah meminati lagu-lagu yang rancak. Mungkin antara faktor lagu2 nasyid sekarang pun terdapat elemen2 yang rancak disebabkan generasi muda sekarang yang leibh meminati muzik sebegini untuk di dengar di halwa telinga mereka dan akhirnya lagu2 nasyid pun mendapat tempat di hati semua golongan.

Apa yang pasti kena bijak memilih lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur nasihat yang baik, yang buruk jadikan tembok bagi menghalang segala yang buruk dan negatif. Semoga kumpulan XPDC tidak berpecah lagi dan terus menghasilkan krya2 yang bermutu.

Segar semula kenangan dahulu di zaman muda kanak2 yang sangat indah dan menyeronokkan, namun 'apa lagi nak dikenang'. Oh... kenangan. :D


Pemain Bintang Bola Sepak Eropah yang Bergama Islam

| Friday, October 8, 2010 |


Sedikit informasi berkenaan pemain-pemain bola sepak yang terkenal, tapi siapa sangka yang mereka ini sebenarnya Islam. Siapa kata Islam tidak mampu...

Berikut ini daftar-daftar para pemain bola eropa yang beragama Islam:


Ahmed Mido Hossam
Diomanssy Kamara
Djibril Cisse
El-Hadji Diouf
Eric Abidal
Frank “Bilal” Riberry
Frederic Kanoute
Halil Altintop
Hamit Altintop
Hassan “Brazzo” Salihamidzic
Hatem Ben Arfa
Hossam Ghaly
Khalid Boulahrouz
Kolo Toure
Mahamaddou Diarra
Mohammed “Momo” Sissoko
Mohammed Kallon
Armand Traore
Nicolas Anelka
Nuri Sahin
Rami Shaaban
Robin Van Persie
Salomon Kalou
Samir Nasri
Stephen Appiah
Sulley Ali Muntari
Yaya Toure
Zlatan Ibrahimovic
Zinedine Yazid Zidane
David Trezeguet
Abou Diaby
Bacary Sagna
Emmanuel Eboue
Marouane Chamakh
Thierry Henry> Masih isu…
Seydou Kieta
Ali al-habsi
Vedad Ibisevic
Lilian Thuram
Lassana Diarra
Rustu Recber
Johan Djourou
Pascal Cygan
Emre Belozoglu
Ibrahim Afellay
Marat Izmailov
Aiyegbeni Yakubu
Leon Osman
Marouane Fellaini
Youri Djorkaeff
Fred
Mesut Ozil
George Weah
Phillipe Troussier

Mungkin juga mereka Islam pada sekadar nama yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Fenomena tersebut tidak menghairankan di akhir zaman ini kerana kalaulah suasana Islam di negara-negara 'Islam'contohnya Malaysia dan Indonesia ada manusia spesies Islam hanya pada 'kad pengenalan', sudah tentu juga berlaku pada pemain-pemain bola yang berada di Eropah.


Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini