at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Kasihnya Ibu

| Thursday, October 21, 2010 |

Tepat pukul 11.20 malam tadi saya dan seorang lagi adik usrah bergegas dari Kolej UUM ke Arau, Perlis. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, walaupun dalam kesibukan masa yang teramatlah mendesak tetap juga mencari ruang untuk ke destinasi yang dituju. Merempit lebih kurang 30 minit akhirnya sampai juga dan disambut seperti orang kenamaan yang tiba :D. Dan pagi ini mengambil sedikit masa mencoret sesuatu di ruangan ini usai solat subuh berjemaah di Masjid Negeri (laju ba wirelessnya...).

Tulisan ini merupakan yang pertama saya dedikasikan khas untuk insan yang istimewa di kampung ini. Sosok tubuh dua orang tua yang beria2 kami lawat ini telah pun dianggap sebagai ibu bapa kedua kami di perantauan. Banyak yang istemewa jika nak dicoretkan di sini. Namun, apa yang pasti bersama mereka tidak ubah seperti bersama kedua orang tua yang dikasih di kampung halaman. Kasihnya, gurauannya, teguranya dan yang paling best masakannya persis kasihnya seorang ibu dan ayah yang sangat mengasihi anaknya.

Sebelum bertolak pada malam tadi, sempat hubungi ibu 'sebenar' nun jauh di sana. Sayu hati menggambarkan yang akan dilawat pada malam ini adalah ibu yang sebenar. Sekurang2nya, terubat juga kerinduan. Lebih2 lagi, perancangan tahun ini memang tiada tentatif untuk pulang ke kampung halaman. Apa nak dikata, kesibukan dengan program2 sebagai mahasiswa yang kadang2 sahabat2 semua sindir lagaknya seperti YB pula. Dan jawapan saya, ''YB pun ndak sibuk begini baa.." hehe

Masa yang singkat berada di sini akan kami gunakan sepenuhnya bersama. Tiada balasan yang mampu diberi, selain daripada doa yang tidak putus2 kepadaNya semoga Allah swt memberi rahmat dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada dua batang tubuh yang kami anggap seperti ibu dan ayah yang tercinta....

Teringat hadis Nabi saw, tiga perkara yang bila kita lihat dan bayangkan bentuknya akan dapat pahala direct daripada Allah swt. Itulah dia, ayat-ayat Al-Quran, Lautan luas dan Wajah Ibu...

Indahnya kasih ibu....


5 comments:

amalmeor said...

agak tidak faham dgn ayat ini...
"Sebelum bertolak pada malam tadi, sempat hubungi ibu 'sebenar' nun jauh di sana. Sayu hati menggambarkan yang akan dilawat pada malam ini adalah ibu yang sebenar..."
Harap sudi explain.

TUKANGSERU said...

cuba membayangkan yg akan dilawat di perlis tu ibu yg sebenar...tu yg sedih tu...:)

amalmeor said...

Oh baru memahami apa yang cuba disampaikan.agak terpaksa membaca banyak kali apa yg ingin disampaikan pd ayat itu sbnarnya.
Siapa yang tak rindukan ibu kan tambah yg jauh diperantauan dan jrg jumpa.Sabar ye.Demi menuntut ilmu kan..

TUKANGSERU said...

susah ke memahmi ayat yg saya guna? kena kaji smula ni pengunaan ayat2 yg sukar hehe

amalmeor said...

Mungkin saya yg tak berapa nk memahami ayat itu sbntar td.Keseluruhan ayat okay sahaja...
Tapi bila baca semula mmg mcm ada yg tak kna pd ayat tersebut.Erm...apa ye?

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini