at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

SANTAI :Sejarah Ikon Rock Malaysia dan Album XPDC Rasopariso Relaunch 2010

| Sunday, October 17, 2010 |

Penggabungan semula kumpulan XPDC nyata menggembirakan peminat setia kumpulan ini setelah tetap setia menanti di Hentian Ini lebih 20 tahun lamanya, termasuklah saya sendiri hehe. Awal mengenali muzik rock adalah disebabkan oleh kumpulan ini bukan kerana imej rock tersebut tapi melalui melodi muziknya yang sangat menarik dan liriknya juga memberi mesej yang baik. Justeru, awal 90an tidak hairan kumpulan ini menjadi fenomena dalam kalangan remaja dan penggemar muzik rancak ketika itu. Seingat saya, masyarakat seusia belasan tahun hinggalah ke golangan tua turut mendendangkan lagu-lagu kumpulan XPDC. Terbaikkk...


Oleh itu, kemunculan album baru selepas reunion ahli kumpulan asalnya membuktikan kumpulan ini sangat dirindui oleh peminat setia mereka. Walaupun tidak dapt promosi yang baik, kaset dan cd albumnya tetap laris di pasaran. Buktinya, setiap kali saya ke kedai-kedai kaset bertanya pada toke kedai tersebut, ada lagi tak album baru xpdc? Jawabnya, "sudah abis da...". Di sini sedikit info kronologi yang menarik berkenaan kumpulan ini...

Kumpulan XPDC bukanlah nama asing bagi peminat-peminat muzik rock tanahair. Kelahiran kumpulan ini pada tahun 1989 sudah mencecah 20 tahun usianya.

Seawal penglibatan mereka di dalam industri muzik tanahair atas nama XPDC dengan lagu mengeja; C.I.N.T.A. yang ditampilkan sebagai single pertama XPDC ketika itu menjadi bahan ejekan sesetengah pihak. Namun atas sikap berdiri dan berpegang pada pendirian mereka lagu tersebut berubah menjadi satu kejutan, juga satu fenomena baru sehingga menjadi melodi siulan ramai.

Di puncak kejayaan mereka, XPDC telah merubah dan mewarnai selera muzik tanahair dengan lagu-lagu pop yeh-yeh yang dimetalkan melalui album berkonsep Metal 60′AN dan album METAL 50’60′AN. Walaupun kreativiti itu dikecam hebat oleh pelopor-pelopor lagu-lagu 60′an kerana dikatakan telah merosakkan imej lagu-lagu berentak 60′an tersebut, XPDC tetap dapat menawan hati peminat-peminat muzik rock & heavy metal waktu itu.

Walaupun pada mulanya lagu hit’s pertama mereka (C.I.N.T.A.) menjadi bahan ejekan dan idea-idea kreatif dalam album METAL 60′AN mereka mendapat kecaman, akhirnya XPDC berjaya memegang tunggak industri muzik era 90′an sebagai kumpulan rock tanahair yang unggul selepas kumpulan SWEET CHARITY untuk era hujung 70′an dan selepas keunggulan kumpulan SEARCH untuk era 80′an.

XPDC muncul dari pepecahan kumpulan asal ‘Tragedy’. Ketika itu Tragedy dianggotai Yazid (drum), El (Vocal), Man Tobey (bass) dan Izo (gitar). Di dalam pembabitan awal kumpulan ini, mereka telah melalui pelbagai peristiwa pahit dan manis, dari ditipu ‘promoter show’ sehinggalah penyelewengan dalam pengurusan sehinggalah penarikan diri beberapa anggota asal kumpulan ini. Jesteru itu kumpulan Tragedy telah dibubarkan dan melalui perbincangan dan kata sepakat dari ahli kumpulan maka lahirlah ‘XPDC’ yang mempunyai mesej dan perjuangannya.

Nama kumpulan XPDC ini adalah ilham dari Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali dengan nama penanya J.S. Kevin. XPDC diperkenalkan ke LIFE RECORDS oleh saudara JS Kevin yang kemudiannya bertindak sebagai penerbit album mereka yang pertama iaitu ‘DARJAH SATU’.

Ketika itu XPDC dikatakan menjadi satu kejutan dan dianggap satu fenomena di dalam industri muzik tanahair apabila lagu mereka C.I.N.T.A. yang menggunakan konsep mengeja di dalam melodi menjadi siulan ramai.

J.S. Kevin yang telah meninggal pada 7 Ogos 2002, tidak dapat dinafikan bakat serta kebolehannya mencipta lirik dan lagu-lagu ‘berhantu’ juga mentadbir konsep seni untuk kumpulan XPDC. Bakat serta ketajaman skil beliau tidak berakhir begitu sahaja. Berkat kesabaran dan ketekunan akhirnya telah membuahkan kejayaan bagi saudara Mohd Zulkifly Nik Hussin atau lebih di kenali sebagai IZO XPDC mewarisi kebolehan serta bakat J.S. Kevin.

Anggota asal XPDC ini terdiri dari El/Mael (vokal), Izo (gitar), Zuar (bass) dan Lee (drum) yang kemudiannya digantikan oleh Amy dari kumpulan ‘Handy Black’ ketika proses rakaman album sulung XPDC ‘DARJAH SATU’ dilakukan. Album ini mula dirakamkan sejak 1989 lagi tetapi hanya mula dipasarkan pada September 1990 kerana mengalami beberapa masalah termasuk penukaran anggotanya. Album ini pernah dibekukan rakamannya selama 6 bulan kerana masalah tersebut.

Walaupun album sulungnya dipasarkan sejak 1990 tetapi nama XPDC mula berada di kemuncaknya melalui album ketiga mereka; KITA PENG YU (1994). Dua lagu dari album ini iaitu BAHALOL dan NAFISA telah di “mixing” dan “mastering” di USA.

Album ini adalah antara album artis tempatan pertama yang diberi peluang sebegitu. Album BRUTAL yang juga merupakan album terakhir Mael bersama XPDC adalah album yang terlaris jualannya. Album ini terjual sehingga mencecah ke angka 350,000 unit. Album ini berada di tangga pertama untuk beberapa minggu di Carta RIM sejak ianya mula dicalonkan dan menduduki takhta top 20 sehingga melebihi 60 minggu.

Album METAL 60′AN yang mengabungkan irama lagu-lagu hit tahun 60′an yang disesuaikan dengan konsep muzik XPDC telah menyuntik banyak artis lain tampil dengan album berkonsepkan sedemekian. Album ini juga dikatakan sebagai penyelamat Industri Muzik Tanahair ketika negara mengalami kegawatan ekonomi.

Penampilan XPDC yang paling berani adalah melalui album UN’METAL (1999). XPDC yang sebelumnya lebih berteraskan irama ROCK HEAVY METAL telah mengubah iramanya ke lebih lembut melalui album ini.Album ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu secara unplagged juga diiringi dengan konsep mini orkestra. Selepas kelahiran album ini, banyak album artis lain yang menampilkan sekurang-kurangnya sebuah lagu dengan muzik iringan orkestra ini.

Ketika Industri Muzik tenat, XPDC adalah antara segelintir artis yang terselamat dan album-albumnya masih tetap mendapat sambutan hangat.

ALBUM PALING SUKAR DIRAKAMKAN

Album keempat XPDC iaitu BRUTAL (1997) dirakamkan ketika Mael mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Walaupun perit tetapi ianya tetap disiapkan selepas 3 tahun terbengkalai rakamannya. Lagu HENTIAN INI telah dicipta oleh J.S.Kevin 5 tahun sebelum ianya dirakamkan. Ramai yang meramalkan album ini sebagai titik noktah XPDC namun mereka tetap gagah berdiri dan semakin mengganas dengan penyanyi baru mereka Ali.

PENCIPTA LAGU DAN PENULIS LIRIK

XPDC hanya menampilkan J.S.Kevin, IZO dan MAEL sebagai pencipta lagu dan lirinya. Walaupun banyak menerima sumbangan lagu tetapi kombinasi komper tersebut lebih bersesuaian dengan konsep muziknya. Penulisan liriknya banyak dimonopoli oleh J.S.Kevin. Loloq mula mendapat tempatnya sejak album KITA PENG YU.

ANGGOTA XPDC

IZO dan ZUAR adalah anggota asal yang masih bertahan sehingga kini. LEE menganggotai XPDC tidak sampai setahun sebelum digantikan oleh AMY (1990-1999). kemalangan jalanraya yang melanda AMY pada tahun 1998 telah mengundang LOLA sebagai pemuzik undangan dan 2 tahun selepas itu menganggotai XPDC secara rasminya. MAEL (1990-1997) merupakan penyanyi utamanya sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri untuk bergerak solo. Tempatnya sebagai vokalis XPDC telah diambil oleh ALI. Walaupun telah mengikuti siri pertunjukan pentas dan konsert, ALI hanya dinobatkan sebagai penyanyi utama XPDC melalui album KONSERT RAKSASA (1998).

XPDC berada di atas selepas perit menapak dan mengharungi onak dan duri. Mereka di atas bukan bermakna mereka di kemuncak kerana titian perjalanan mereka masih jauh. Mungkin ramai yang ingin berjaya seperti XPDC sekarang ini tetapi tidak ramai yang sanggup mengharungi ranjaunya.

Kumpulan BRUTAL ini hanya ganas dengan irama heavy metalnya, sebagai pemberontak atau pejuang ketika di stage. Kerana itu ada yang memandang sinis kepada mereka. Untuk mengenali XPDC bukan hanya melalui album atau muziknya tetapi berkawan dengannya. Jangan cari mereka di lorong gelap belakang bangunan, tidak juga di pusat hiburan kelab malam. Cari XPDC di mana-mana mereka laungkan akan mengadakan pertunjukan pentas.

XPDC REUNION “RASOPARISO”

Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu… bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik ‘Heavy Metal’ Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula…BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat ‘brutal’ mereka.

IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama…inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” yang dipasarkan tahun 2008 akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60′s / A go-go.

Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.

Dan yang terbaru, Rasopariso Relaunch telah menemui peminat sejati mereka sekali lagi dengan menampilkan dua buah lagu terbaru yang memang best dan krya asli dari XPDC. Kesinambungan album terbaru sebelum ini. Nayata tidak mengecewakan penggemar muzik kumpulan ini yang sememangnya masih merindui krya-krya daripada mereka. Berikut antara lagu yang best2 dalam album terbaru tersebut.



(Sekiranya tak jumpa2 jugak album xpdc di pasaran, boleh downlod di sini...)



DISCOGRAFY ALBUM-ALBUM XPDC

1.DARJAH SATU (1990)
Terjual melebihi 150,000 units

2.TIMUR BARAT (1992)
Terjual melebihi 100,000 units

3.KITA PENG YU (1994)
Terjual melebihi 200,000 units

4.BRUTAL (1997)
Terjual melebihi 350,000 units

5.SAMURAI (1999)
Terjual melebihi 200,000 units

6.V6 (2002)
Terjual melebihi 80,000 units

ALBUM-ALBUM KHAS XPDC

1.METAL 60′AN (1997)
Terjual melebihi 250,000 units

2.METAL 50’60′AN (1998)
Terjual melebihi 150,000 units

3.UNMETAL (2000)
Terjual melebihi 110,000 units

4.REAL N REALITI (2000)
Terjual melebihi 35,000 units

ALBUM KONSERT

1.KONSERT RAKSASA XPDC BRUTAL, STADIUM NEGARA (1998)
Terjual melebihi 95,000 units

VCD

1.MTV KARAOKE XPDC SAMURAI (1999)
Terjual melebihi 15,000 units

2.MTV KARAOKE XPDC ENTAH APA-APA ENTAH (2000)
Terjual melebihi 25,000 units

3.MTV XPDC KRONOLOGI (2001)
Terjual melebihi 8,000 units

ALBUM KOMPILASI

1.XPDC ROCK BALLAD (1996)
Terjual melebihi 80,000 units

2.XPDC KOLEKSI HEADBANG (1997)
Terjual melebihi 55,000 units

3.XPDC & RAKAN-RAKAN UNPLUGGED (1995)
Terjual melebihi 25,000 units

4.XPDC DOUBLE HEADBANG “XPDC VS RUSTY BALDE” (2000)
Terjual melebihi 6,000 units


Bagi saya, tidak salah meminati lagu-lagu yang rancak. Mungkin antara faktor lagu2 nasyid sekarang pun terdapat elemen2 yang rancak disebabkan generasi muda sekarang yang leibh meminati muzik sebegini untuk di dengar di halwa telinga mereka dan akhirnya lagu2 nasyid pun mendapat tempat di hati semua golongan.

Apa yang pasti kena bijak memilih lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur nasihat yang baik, yang buruk jadikan tembok bagi menghalang segala yang buruk dan negatif. Semoga kumpulan XPDC tidak berpecah lagi dan terus menghasilkan krya2 yang bermutu.

Segar semula kenangan dahulu di zaman muda kanak2 yang sangat indah dan menyeronokkan, namun 'apa lagi nak dikenang'. Oh... kenangan. :D


1 comments:

amalmeor said...

wah,minat XPDC rupanya pakcik ni.
igt lyn nasyid semata2...
band zaman dulu best compare dgn yg sekarang.

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini