at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Ekonomi Negara Stabil tapi Banyak Hutang...

| Tuesday, October 26, 2010 |

''Walaupun pahit, ditelan jua...". Mungkin inilah ungkapan yang selalu didengar sebelum ini. Siapa yang tidak sayangkan tanah air tumpah darah sendiri? Menjadi kewajipan seseorang rakyat pertahankan tanah airnya daripada segala bentuk ancaman. Perkara ini juga menjadi salah satu Undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Madinah, contoh negara Islam yang ulung suatu ketika dulu. Tidak kira warna kulit, bangsa dan agama semuanya perlu tanamkan semangat cintakan negara. Sehingga terdapat juga Hadis 'daif' yang menyebut cintakan negara sebahagian daripada iman.

Namun, mendengar kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini prasangka seribu satu macam datang bertandang. Mana tidaknya, negara yang dilaporkan mempunyai ekonomi yang stabil boleh memiliki hutang sebanyak RM362.39 billion, billion tuuu!. Ketua Audit Negara melaporkan yang hutang negara itu meliputi 54% daripada KDNK negara, pertama kali dalam sejarah negara ini.

Kenyataan ini memang tersasar jauh daripada jumlah hutang negara yang dilaporkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2011 baru-baru ini. Sekali integriti seorang pemimpin dipersoalkan. 

Hutang ini bermakna, daripada lebih 26 juta rakyat negara ini, setiap seorang diibaratkan menanggung bebanan hutang sebanyak RM 14 ribu. Mahasiswa pula yang memang sedia berhutang dengan dengan negara melalui PTPTN agak-agaknya berapa jumlah tersebut? Kiralah sendiri. Mungkin pihak yang berkepentingan dalam politik mengambil isu ini sebagai salah satu kempen yang akan dipergunakan bagi meraih sokongan rakyat. Namun, isu utama di sini adalah bagaimana nasib rakyat negara ini pada masa akan datang sekiranya bebanan hutang semakin bertambah???

Menguruskan negara bukanlah satu amanah yang mudah. Kesilapan mengurus sumber-sumber yang ada menyebabkan harta negara disalurkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Banyak kesilapan dalam menguruskan negara seperti rasuah dan pembaziran menyumbang kepada bebanan hutang yang tinggi. Akhirnya, rakyat juga yang menderita. Mungkin rakyat yang berpendapatan tinggi tidak terlalu terbeban. Tapi bagaiman dengan rakyat yang miskin? Sehingga hari ini ada lagi rakyat yang menetap dan beranak pinak di bawah jambatan. Entah berapa banyak lagi yang tidak dilaporkan.

Tiada kaedah penyelesaian yang lebih berkesan kecuali golongan umarak menjalankan amanah dengan penuh integriti. Ingat, semua ini bukan hanya dipertanggungjawabkan di dunia, bahkan akan dipersoalkan bila berhadapan dengan Raja segala makhluk suatu hari nanti. Sudah sampai masanya negara dipimpin oleh mereka yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi. 

Bilalah agaknya dapat merasai kemewahan negara yang untung berbillion ringgit setiap tahun daripada sumber cari gali PETRONAS, TNB, Tabung Haji dan lain-lain. Dah la bajet 2011 langsung tida memberi sedikitkpun 'harapan yang cerah' pada para mahasiswa, negara pula dibebani dengan hutang yang banyak. Apalah nasib nasib badan, sudah jatuh ditimpa tangga... I LOVE MALAYSIA.


P/S: tulisan berwarna biru merupakan link pada sumber rujukan. Sila klik.




0 comments:

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini