SATU - Kalau benarlah berlaku, Magaran mendakwa mampu mengumpulkan 70,000 dan GMI pula 50,000 menjadikan jumlahnya 120,000, maka ‘himpunan’ 1 Ogos nanti wajib tercatat di dalam Malaysia Book Of Records. Ya, demontrasi atau himpunan aman paling besar setakat ini.
From isa |
Mencipta rekod ketupat paling besar atau bendera paling panjang tidak sesukar mana. Tetapi ‘mencipta’ himpunan aman paling besar, rasa-rasanya tiada sekolah atau universiti yang mampu melakukannya. Termasuk hotel lima bintang pun tiada upaya menganjurkannya.
Sepatutnya himpunan Bersih dahulu tercatat dalam Malaysia Book Of Records. Tapi sayang
, disebabkan himpunan itu dilabelkan sebagai haram, maka sesuatu yang haram tidak layak tercatat di dalam ‘kitab suci’ (?) itu.
Namun tidak salah kalau ia direkodkan secara rasmi supaya generasi mendatang mendapat maklumat daripada sumber berwibawa mengenai himpunan itu. Atau, sekurang-kurangnya itu akan mendorong generasi akan datang untuk turut menganjurkan himpunan aman yang lebih besar untuk mengatasi rekod yang sedia ada.
Bukankah itu positif dan memenuhi hasrat Malaysia Boleh?
Kalau benarlah himpunan 1 Ogos nanti mencapai bilangan sasaran kedua-dua pihak, maka rekod himpunan Bersih berjaya dipecahkan.
DUA - Setakat ini belum terdengar para Mufti negara ini bercadang untuk mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Nampaknya desakan bekas Mufti Perlis masih belum bersambut.
Tidak mengapa, kalau para Mufti masih musykil bagaimana untuk berfatwa terhadap ISA, biarkan rakyat yang berfatwa. 1 Ogos nanti satu ‘persidangan fatwa raksasa' akan berlangsung. Para ‘muftinya’ datang dari seluruh negara. Yang hitam datang bersuluh, yang putih datang berteduh. Yang capik datang bertongkat, yang buta datang meraba.
Mereka semua adalah para mufti. Mereka punya kelayakan untuk ‘berfatwa’. Mereka berfatwa dengan dalil dan hujah. Fatwa mereka jangan cuba disanggah.
Pada 1 Ogos nanti mereka akan berfatwa, dan kalau fatwa mereka tidak diendahkan, mereka akan menjadi hakim pula selepas itu. Hari perbicaraannya ialah PRU 13. Waktu itu mereka akan menghukum ‘golongan’ yang tidak tunduk kepada fatwa mereka.
Magaran mendakwa mampu membawa 70,000 mufti. GMI pula mendakwa 50,000 mufti. Itu dakwaan. Hanya 1 Ogos yang bakal menentukan mufti dari kumpulan mana yang lebih.
Harap-harap para mufti yang bakal berkumpul pada 1 Ogos nanti untuk berfatwa mengenai ISA tidak ‘direnjis’ dengan ‘air wangi’ oleh pihak polis.
AYAUH KE PERHIMPUNAN RAKYAT MANSUHKAN ISA 1 OGOS. BANGKITLAH RAKYAT MENYUARAKAN HASRAT MENUNTUT KEADILAN SEIRING DEGUP JANTUNG YANG SELAMA INI TERUS DIKEKANG SANG PENGUASA ZALIM. TUNJUKKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEADILAN!!!
Salam Muwajahah Silmiah.
0 comments:
Post a Comment