at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Hadiah Istimewa Buat Penduduk Galas dan Batu Sapi

| Friday, November 5, 2010 |

Keputusan PRK Dun Galas dan P Batu Sapi telah berlalu. Semua pihak pun dah sedia maklum parti BN, UMNO mengatasi Pakatan Rakyat 2-0. Macam bola la pulak. Mungkin yang paling gembira sekarang adalah pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan PRK tadi. Jika mengikut manifesto atau janji-janji manis BN semasa kempen, banyak projek mega yang dijanjikan. Maknanya, tidak lama lagi tidak kira pengundi Parti BN atau PR semua akan mendapat nikmatnya terutama penduduk di Dun Galas.

Antara projek mega yang telah dijanjikan kepada penduduk di Galas dalam RMKe-9 di DUN Galas membabitkan Hospital Gua Musang (RM60 juta); Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang (RM12 juta); Ibu Pejabat Polis Gua Musang (RM31 juta); Jalan Besar (Persiaran Raya) (RM18 juta); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi (RM20 juta); dan Sekolah Kebangsaan Sri Wangi (RM17 juta). 


Projek lain, Kompleks Sukan (RM2 juta); Stesen Keretapi (RM4 juta); Perpustakaan Awam (RM1 juta); SK Gua Musang 1 (Tambahan) (RM2 juta); dua Gelanggang Futsal (RM200,000); Sekolah Menengah Integrasi yang tendernya sedang dibuka (RM40 juta); Pusat Latihan KESEDAR (RM6.2 juta),; Projek Perumahan Rakyat (1,500 unit baru dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM180 juta). Hmm, banyak tu. Bertuah penduduk di Galas. Di Batu Sapi pun para penduduknya akan menikmati Projek Pembangunan yang sama. 



Semoga pengundi-pengundi di Galas dapat menikmati pembangunan seperti yang dijanjikan. Apa yang diharapkan, pembangunan kerohanian dan jiwa jangan dilupakan. Biarlah selari dengan hasrat murni Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang tidak pernah meminggirkan pembangunan insan dan fizikal. Rakyat klate sejati lebih mengetahui...

Bagi Kerajaan Barisan Nasional. dengan optimis pucuk pimpinan UMNO menyatakan kemenangan tersebut tanda sokongan padu rakyat Malaysia kepada pimpinan Dato' Sri Najib. Bagi Pakatan Rakyat pula, kemenagan tersebut tidak akan melemahkan para pendokongnya meneruskan hasrat menawan Putrajaya dalam PRU 13 akan datang.

Mungkin pengundi-pengundi di Galas ada pandangan tersendiri. Demikian juga halnya yang berlaku di Parlimen Batu Sapi. Tahniah kepada pengundi di Dun Galas dan P Batu Sapi atas kejayaan parti pilihan masing-masing. Semua pihak mengharapkan 'sejarah' lalu tidak berulang di mana janji hanya tinggal janji. Contoh terdekat di Manek Urai. Nak tahu apa berlaku, boleh siasat sendiri. 

Selesai 'kenduri' PRK. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan amanah yang sepatutunya. Boleh fokus semula pada bencana banjir yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah. Mari bersama menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam baentuk apa jua yang temampu.



1 comments:

amalmeor said...

Janji manismu-Aisyah.
Mudah2an tidak lah begitu ya.
Takpun mcm lagu KRU-Janji Tinggal Janji :)

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini