at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Nasihat Berguna Buat Para Pencinta Kebenaran

| Friday, November 12, 2010 |

Isu berkenaan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menempelak seorang wartawan TV3 baru-baru ini mungkin ada yang memandang sinis kredibiliti seorang ketua yang memimpin negeri, lebih-lebih lagi negeri yang dianggap pembangkang kerana tidak sehaluan dengan ideologi politik Kerajaan Pusat.

Namun, bagi mereka yang waras dan cintakan kebenaran sudah tentu memandang dari sudut positif kenyataan sinis yang dilontarkan Dato' Seri kepada wartawan tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian. Bagi saya juga, ia merupakan nasihat yang sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang bergiat aktif ataupun sekadar ala kadar dalam bidang penyebaran maklumat. 

Berkatalah benar walaupun pahit. Begitu juga dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 42, Allah swt mengingatkan supaya tidak mencampurardukkan antara yang benar dengan yang salah. Samalah dalam bidang penulisan terutama mereka yang terlibat dalam bidang kewartawanan. Wajib menyampaikan perkara yang benar terutama mereka yang berakidah Islam. Maknanya, apa juga perbuatan sekalipun pasti dinilai sama ada beroleh pahala ataupun dosa. Sekiranya betul, maka pahala balasannya. 

Bertepatan dengan teguran Menteri Besar Kedah, kerja jenis apa sekalipun biarlah ikut cara Islam. Islam sentiasa mengajar umatnya berbuat kebajikan dan menentang sekeras-kerasnya perbuatan yang mungkar. Oleh itu, seandainya setiap orang dapat menerima teguran tersebut lebih-lebih lagi pihak wartawan, pasti berita palsu yang memecahbelahkan umat dapat dihapuskan. Mungkin cara teguran tersebut ada yang tidak dapat menerima, cuma cuba bayangkan apa tindakan kita sekiranya setelah penat lelah bekerja siang dan malam, tiba-tiba ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan sebaliknya??? Dan perbuatan tersebut dilakukan berulang kali... Tepuk dada, tanya iman...



Akhirnya, bersama kita renungi satu lagi antara berjuta mutiara kata Allah swt di dalam Al-Quran yang wajib dijadikan pedoman. Peringatan juga buat mereka yang menerima sumber maklumat dan berita yang belum pasti kebenarannya. Mesti diselidiki terlebih dahulu takut-takut akan tergolong dalam kalangan mereka yang fasik. Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."
(Al-Hujurat : 06)


1 comments:

honeycherrylemon said...

~~~mstila tulis yg benar2 jak..hehehe...~~~

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini