at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Ramadhan yang Mulia Bakal Bertamu

| Friday, July 22, 2011 |

Bulan Ramadhan dan keutamaannya

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah swt ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan di dalam Kitab Allah swt semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang bertakwa.” (Surah At-Taubah : 36)

Allah swt telah menetapkan bahawa terdapat 12 bulan dalam kalender Islam. Antara bulan-bulan Islam tersebut ialah Ramadhan. Ramadhan adalah tetamu agung umat Islam yang membawa keampunan, rahmat, kebajikan dan berkat. Abu Hurairah r.a ada menyebutkan dalam hadis Rasulullah saw bahawa dalam bulan Ramadhan pintu Syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan mulia ini. Justeru, kedatangan Ramadhan perlu melalui persiapan fizikal dan mental yang sempurna agar dapat memanfaatkan bulan ini dengan amal ibadat.

Persiapan Menyambut Tetamu Agung

Bergembira dan Berdoa

1.   Umat Islam perlu bergembira dan sentiasa berdoa lebih-lebih lagi di bulan Sya’aban ini kerana bulan Ramadhan adalah peluang bagi umat Islam melipatgandakan amal ibadah dan kebajikan. Dengan doa yang dipanjatkan kepada Allah, muda-mudahan akan dimakbulkan hajat sampai ke bulan Ramadhan yang mulia.

2.   Rasulullah saw selalu memberikan kata-kata galakan kepada para sahabat seperti yang diriwayatkan olah Anas bin Malik r.a iaitu Rasulullah saw sentia berdoa di bulan Sya’aban agar dapat diketemukan dengan bulan Ramadhan. Di samping itu, para sahabat juga akan teruja dan berasa gembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang sentiasa dinanti-nantikan.

Memperbanyakkan Puasa Sunat dalam Bulan Sya’ban
1.   Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan juga digalakkan supaya memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Sya’ban, puasa sunat Isnin dan Khamis dan lain-lain.

2.   Aisyah r.a pernah menyebutkan bahawa Rasulullah saw sendiri mempraktikkan puasa sunat di bulan Sya’ban, maksudnya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa dalam satu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihat Baginda dalam mana-mana bulan lain lebih banyak berpuasa melainkan dalam bulan Sya’ban.” (HR Bukhari dan Muslim)

3.   Baginda juga pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmat puasa dalam bulan Sya’ban dan Baginda menjawab, “Bulan Sya’ban yang di antara bulan Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”

Mengqada’kan Puasa Wajib yang Ditinggalkan

1.   Puasa Ramadhan yang tertinggal adalah wajib diqada’ dan bulan Sya’ban adalah bulan terakhir pada tahun itu untuk mengqada’kan puasa.

2.   Maksud peluang terakhir di sini adalah bagi mengelakkan bayaran fidyah jika suda masuk Ramadhan kedua, sedangkan puasa Ramadhan puasa Ramadhan tahun sebelumnya belum di qada’. Maka wajib mengqada’nya dan wajib juga membayar fidyah.

Membayar Fidyah bagi Sesiapa yang Berkaitan

1.    Makna fidyah ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan qada’ puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.

2.    Perlu juga diingat bahawa di samping wajib membayar fidyah dan qada’ puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat kepada Allah swt kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur adalah haram.

Selamat menjalani persiapan mental dan fizikal di bulan Sya'ban untuk berhadapan dengan Ramadhan Al-Mubarak, bulan ibadah dan amal kebajikan...


0 comments:

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini