at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

ESQ 165, Pengembaraan Mengenal Diri

| Monday, April 6, 2009 |

Salam pertemuan semula,

Alhamdulillah, syukur kepadaNya masih lagi diberi peluang untuk merasai amanah yang dipinjamkan sementara kepada seluruh manusia, itulah nikmat umur bagi yang mensyukuri dan nikmat iman bagi yang menginsafi.


Sekedar ingin berkongsi pengalaman. Dalam kesibukan menghadapi imtihan, saya berpeluang mengikuti suatu kursus di p.pinang yang mana seluruh dunia sedang membicarakannya mungkin sebab yurannya yang mencecah ribuan ringgit ataupun sebab pengembaraan yang dilalui oleh para peserta. Kursus tersebut dikenali sebagai emotional spititual and quotiont atau esq leadership training. Penyertaan yang diwakili 350 orang lebih mahasiswa seluruh pulau pinang memberikan kesan terhadap pembinaan jati diri seorang muslim dalam mengenali diri dan penciptanya.


Melaui kursus yang diberikan selama dua hari ini, para peserta disajikan dengan dua bentuk pengembaraan berdasarkan modul esq yang diasaskan oleh Pak Ary iaitu 'outer journey dan inner journey'. Outer journey yang ingin menyerdarkan manusia betapa alam semesta ini dicipta oleh Raja segala makhluk iaitu Allah swt selain memperlihatkan betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan luasnya alam semesta ini. Inner journey pula membongkar rahsia betapa hati merupakan tempat lahirnya suara hati manusia yang dibimbing melalui asmaul husah, 99 nama Allah swt.

Sepanjang pengembaraan tersebut, deraian air mata keinsafan tidak henti-henti mengalir apabila trainer membawakan kisah-kisah nabi yang diceritakan melalui penghayatan dari hati yang suci. Kekuasan Allah swt yang mencipatakan alam ini sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran turut dipaparkan yang bertujuan untuk membersihkan hati nurani daripada segala sifat-sifat yang bertentangan dengan asma' Allah swt.



Inilah training yang perlu dilalui kalaupun tidak, mesti dihayati oleh setiap insan yang ingin menjadi pemimpin. Bila hati tidak dikosongkan daripada segala bentuk bisikan hawa nafsu dan syaitan maka tindakan hati tersebut menjelmakan hasil yang mendatangkan bala daripada Allah swt yang tidak disedari kehadirannya. Selain itu, banyak permasalahan yang berlaku seperti gejala sosial dalam masyarakat tidak menemui jalan penyelesaiannya. Inilah yang telah diebutkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Al-A'araf ayat 40:


"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan".

Justeru, trainer esq yang diketuai olah Pak Ary cuba mengajar manusia agar sentiasa berfikir akan kebesaran Allah swt. Maka, pada peringkat itulah God Spot akan dapat ditemui yang terletak di hati manusia. Kalau tidak dibersihkan, hati tersebut akan diisi dengan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan asma' Allah swt. Firman Allah swt:

"...dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". (Asy Syams:7-10)

Manusia yang jiwanya bersih, akan dapat mengenal dirinya siapa. Kepada siapa dirinya perlu mengabdi. Oleh itu, segala perintah Allah swt akan ditaati setiap masa. Tiada lagi alasan untuk tidak memperjuangkan Islam sebagaimana yang dipikul oleh para nabi dan rasul. Bila diberi amanah untuk memimpin, pasti tidak akan melakukan perkara yang tidak baik seperti rasuah dan menindas rakyat. Inilah suasana yang dihadapi negara ini sekarang. Para pemimpinnya perlu melalui penyucian jiwa terlebih dahulu. Barulah masalah keruntuhan moral rakyat dan kemiskinan dapat diatasi segera.


Ruang telah dibuka sekali lagi kepada rakyat ini untuk mencari bakal pemimpin yang benar-benar boleh membela nasib rakyat. Kalaupun tidak dinilai pada calon yang bertanding tapi lihatlah pada dasar yang diperjuangkan oleh perti tersebut. Mana satu yang boleh membawa Islam kembali tertegak semula berdasarkan realiti negara ini serta golongan yang boleh dipercayai untuk bersama (pakatan rakyat) meralisasikan kewajipan ini. Moga para pengundi dibukakan hati untuk memilih kebenaran dan tidak terpedaya dan tertipu berulang-ulang kali.

Intipati daripada kursus yang saya sertai ini amat besar maknanya. Namun, seperti biasa, bila mengikuti mana-mana program pemurnian jiwa sekalipun boleh lah dianalogikan seperti seorang musafir yang ingin sampai ke sesuatu destinasi. Tempat telah diketahui, hanya perlu usaha untuk sampai ke tempat tersebut. Sama seperti esq training, matlamat telah tergambar, tindakan untuk berubah yang menjadi penentu. Moga kita dapat menyucikan jiwa agar benar2 ikhlas kepada Qadhi Rabbul Jalil.

Demi matahari dan cahayanya yang menyinari, demi bulan apabila ia mengiringi, demi siang dan malam, demi langit, demi bumi dan seluruh isinya, moga kita mengenal hakikat diri...

Salam imtihan kepada seluruh penuntut ilmu, salam muwajahah silmiah kepada semua.


2 comments:

Kak Aishah Is Smile said...

Salam dik..

kalau boleh carilah sesiapa alumni esq165 yg berasal dari Sabah dan masih pulang ke Sabah kerana kita ada misi dan visi untuk saudara kita di bumi tercinta di bawah bayu. Kak Aishah sekarang berada di Perak namun selalu berulang alik ke Sabah. dan harap ukuhuwah sahabahan di bumi semenanjung ini semakin erat dalam keredhaan dan kasih sayang Nya..

email kakaishah@ymail.com asal Papar Sabah bidang latihan ICT dan tarining provider berdaftar dgn kerajaan.

salam ukhuwah kerana Allah
maaf.
kak aishah

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini