at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Pendirian PAS terhadap Isu Kalimah Allah : Bukti Keunikan Politik Islam

| Tuesday, January 12, 2010 |

From new pic


Isu yang tidak kurang hangatnya dibahaskan ketika ini adalah isu kalimah Allah yang menjadi polemik berkepentingan parti-parti politik mahupun ngo-ngo tertentu bagi meraih sokongan rakyat yang akhirnya diangkat sebagai juara perjuangkan Islam.

Memang benar, sebagai umat Islam siapa yang rela Tuhan yang disembah selama ini juga ingin diguna pakai oleh agama selain Islam yang terbukti selama ini tidak pernah reda dengan agama yang suci ini. Sekali pandang, setiap yang tertulis “ISLAM” pada maykad masing-masing pasti bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Mahkamah dan Akhbar Herald.

Itu pasti berlaku sekiranya hanya memandang sekilas ikan di air. Namun, berbeza dengan pendirian PAS yang tidak terbawa-bawa dengan golongan tertentu yang menilai isu ini dari satu sudut yang sempit hingga membawa kepada pertelagahan agama, kaum dan budaya di negara ini.

Ketika semua pihak mengharapkan PAS bersama dengan kumpulan-kumpulan tertentu menyuarakan bantahan secara agresif sehingga mencetuskan provokasi dengan terbakarnya lima buah gereja baru-baru ini, PAS akhirnya tampil dengan penuh bergaya membawa suatu pendekatakan politik Islam yang unggul dalam menyuarakan pendirian berhubung isu ini.

Pendirian PAS yang membenarkan kaum selain Islam menggunakan kalimah Allah menurut kaedah Islam dengan dalil-dalil yang qat’ie adalah suatu bukti uniknya politik Islam yang cuba diketengahkan PAS selama ini. Namun mengingatkan bahawa penggunaan nama Allah secara salah dan tidak bertanggungujawab mestilah dielakkan agar ia tidak mengelirukan umat Islam di negara ini. Jika benar mahu menggunakan nama Allah, mestlah juga meyakini bahwa Allah adala Esa dan Pencipta langit dan bumi serta seluruh alam semesta.

Tidak dinafikan ramai pihak yang tidak bersetuju dan melenting. Tidak kurang juga ahli yang setia sama ada berdasarkan fahaman yang jelas dan yang masih kabur turut tidak berpuas hati. Namun, atas dasar prinsip dan adab berjemaah berdasarkan wala’ pada pimpinan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, keputusan pimpinan dengan reda diterima. Hingga akhirnya, golongan yang cuba mengapi-apikan golongan Ansorullah ini tampil membuat kenyataan jahat bahawa jumudnya pemikiran ahli dan penyokong PAS yang mengamalkan prinsip wala’. Cuma satu persoalan kepada golongan minoriti ini. Siapa kamu yang cuba pertikaikan prinsip dalam tanzim ini yang dengan jelas dan nyata ditegaskan Allah dalam Al-Quran dan diimani oleh Rasulullah saw, para sahabat, ulamak-ulamak sehingga membawa pembentukan tamadun Islam yang hebat?

Berhubung pendirian PAS ini, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan politik Islam itu unik, seimbang dan perlu ditangani dengan bijaksana. Keputusan ini juga sebenarnya melambangkan kematangan parti dakwah dan siasah ini mendepani politik kontempori dan menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS telah lari daripada perjuangannya. Perkara yang penting, ini bukanlah pandangan daripada satu sudut yang sempit sebaliknya mengambil kira semua aspek dalam Islam termasuk tauhid, fikrah, perundangan negara dan realiti masyarakat di negara ini dan bukannya semata-mata untuk mengambil hati rakan seperjuangan dalam pakatan. Tidak sama sekali.

Terbuktilah bahawa keputusan PAS dalam menyatakan pendiriannya sebenarnya melambangkan kesyumulan Islam yang diperjuangkan dari dulu, kini dan selamanya. Tidak syak lagi, langkah politik yang diketengahkan PAS ini menunjukkan kebijaksanaannya mendepani situasi secara bijaksana tanpa menggadaikan sedikitpun prinsip kesucian Islam yang menjadi asas kukuh perjuangannya selama ini.

Inilah dia momentum politik Islam yang mampu menjadi vaksin terhadap setiap permasalahan di negara ini khususnya. Namun, semua itu menjadi sia-sia sekiranya rakyat terutamanya masih tidak memberi ruang sepenuhnya kepada politik Islam ini membawa perubahan total dalam segenap aspek pentadbiran, sosial dan ekonomi negara. Justeru, akal dan mata hati yang dianugerahkan kepada kita sebenarnya digunakan sebaiknya dalam menilai mana pihak yang benar-benar boleh perjuangkan hak rakyat di negara ini.

Sudah tiba masanya sikap yang cenderung kepada parti-parti tertentu dikikis sehabis-habisnya kerana pandangan yang primitif ini tidak membawa sedikitpun perubahan yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, bukan nama parti yang dinilai hebat dan dipertahan, tetapi apakah initipati perjuangannya boleh menjamini setiap rakyat di negara ini mendapat pembelaan yang seadil-adilnya. Dalam masa yang sama semua kaum hidup harmoni dalam satu bumbung dan langit bukannya dengan hanya berbekal slogan ‘1 Malaysia’ semata.

Islam itu indah. Namun, hanya umatnya mampu merealisasikannya dilihat indah. Salam muwajahah silmiah.




1 comments:

MEDIA INTERGRATIF said...

salam perjuangan,pe y saudara kmukn blh d trima dek akal..tp adkh smua mnusia mmpu b,fkrn sprt mn kta b, fkr?d hrp tlsa ni mmpu mrbek mnda pmbaca yg lbh telus bg pmbnaan peradbn islam yg unggul..
wslm...

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini