Sambil-sambil menunggu match clash of the titans pagi ni, terbaca sebuah entri yang menarik di laman web iluvislam.com. Beberapa tips yang mesti diamalkan apabila berhadapan dengan makanan??? Ya, makan memang menyeronokkan, tetapi makan pun mesti ada ilmu agar tidak mendatangkan kesan yang tidak baik pada badan.
Kalau tidak tahu seni untuk menghadapi makanan, lama-kelamaan makanan yang lazat sekalipun tidak sudi dipandang. Semua berpunca apabila makanan suda tidak menjadi kawan. Makanan akhrinya menjadi musuh yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang memudaratkan. Benarlah pesanan Rasulullah saw :
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).
Selain itu, tidak tahu berseni dalam menghadapi makanan akan menyebabkan berat badan yang berlebihan. Untuk itu, mari bersama kita amalkan tips-tips pemakanan yang sihat agar tidak tidak berlebihan berat badan. Yang dah lebih, cepat-cepat kita kurang kan...opss:)
Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
- Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
- Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
- Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
- Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
- Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
- Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
- Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
- Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
- Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
- Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.
11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trendsenaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
- Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
- Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
- Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
- Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
- Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
- Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibility dan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
- Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
- Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.
21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
- Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
- Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda melalui ramuan seperti caffeine danguarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-manasupplement untuk jangka masa panjang.
- Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
- Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan.Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
- Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
- Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tidak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada mana-mana produksupplement.
Sumber: www.iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment