at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

ESQ 165, Pengembaraan Mengenal Diri

| Monday, April 6, 2009 |

Salam pertemuan semula,

Alhamdulillah, syukur kepadaNya masih lagi diberi peluang untuk merasai amanah yang dipinjamkan sementara kepada seluruh manusia, itulah nikmat umur bagi yang mensyukuri dan nikmat iman bagi yang menginsafi.


Sekedar ingin berkongsi pengalaman. Dalam kesibukan menghadapi imtihan, saya berpeluang mengikuti suatu kursus di p.pinang yang mana seluruh dunia sedang membicarakannya mungkin sebab yurannya yang mencecah ribuan ringgit ataupun sebab pengembaraan yang dilalui oleh para peserta. Kursus tersebut dikenali sebagai emotional spititual and quotiont atau esq leadership training. Penyertaan yang diwakili 350 orang lebih mahasiswa seluruh pulau pinang memberikan kesan terhadap pembinaan jati diri seorang muslim dalam mengenali diri dan penciptanya.


Melaui kursus yang diberikan selama dua hari ini, para peserta disajikan dengan dua bentuk pengembaraan berdasarkan modul esq yang diasaskan oleh Pak Ary iaitu 'outer journey dan inner journey'. Outer journey yang ingin menyerdarkan manusia betapa alam semesta ini dicipta oleh Raja segala makhluk iaitu Allah swt selain memperlihatkan betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan luasnya alam semesta ini. Inner journey pula membongkar rahsia betapa hati merupakan tempat lahirnya suara hati manusia yang dibimbing melalui asmaul husah, 99 nama Allah swt.

Sepanjang pengembaraan tersebut, deraian air mata keinsafan tidak henti-henti mengalir apabila trainer membawakan kisah-kisah nabi yang diceritakan melalui penghayatan dari hati yang suci. Kekuasan Allah swt yang mencipatakan alam ini sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran turut dipaparkan yang bertujuan untuk membersihkan hati nurani daripada segala sifat-sifat yang bertentangan dengan asma' Allah swt.



Inilah training yang perlu dilalui kalaupun tidak, mesti dihayati oleh setiap insan yang ingin menjadi pemimpin. Bila hati tidak dikosongkan daripada segala bentuk bisikan hawa nafsu dan syaitan maka tindakan hati tersebut menjelmakan hasil yang mendatangkan bala daripada Allah swt yang tidak disedari kehadirannya. Selain itu, banyak permasalahan yang berlaku seperti gejala sosial dalam masyarakat tidak menemui jalan penyelesaiannya. Inilah yang telah diebutkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Al-A'araf ayat 40:


"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan".

Justeru, trainer esq yang diketuai olah Pak Ary cuba mengajar manusia agar sentiasa berfikir akan kebesaran Allah swt. Maka, pada peringkat itulah God Spot akan dapat ditemui yang terletak di hati manusia. Kalau tidak dibersihkan, hati tersebut akan diisi dengan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan asma' Allah swt. Firman Allah swt:

"...dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". (Asy Syams:7-10)

Manusia yang jiwanya bersih, akan dapat mengenal dirinya siapa. Kepada siapa dirinya perlu mengabdi. Oleh itu, segala perintah Allah swt akan ditaati setiap masa. Tiada lagi alasan untuk tidak memperjuangkan Islam sebagaimana yang dipikul oleh para nabi dan rasul. Bila diberi amanah untuk memimpin, pasti tidak akan melakukan perkara yang tidak baik seperti rasuah dan menindas rakyat. Inilah suasana yang dihadapi negara ini sekarang. Para pemimpinnya perlu melalui penyucian jiwa terlebih dahulu. Barulah masalah keruntuhan moral rakyat dan kemiskinan dapat diatasi segera.


Ruang telah dibuka sekali lagi kepada rakyat ini untuk mencari bakal pemimpin yang benar-benar boleh membela nasib rakyat. Kalaupun tidak dinilai pada calon yang bertanding tapi lihatlah pada dasar yang diperjuangkan oleh perti tersebut. Mana satu yang boleh membawa Islam kembali tertegak semula berdasarkan realiti negara ini serta golongan yang boleh dipercayai untuk bersama (pakatan rakyat) meralisasikan kewajipan ini. Moga para pengundi dibukakan hati untuk memilih kebenaran dan tidak terpedaya dan tertipu berulang-ulang kali.

Intipati daripada kursus yang saya sertai ini amat besar maknanya. Namun, seperti biasa, bila mengikuti mana-mana program pemurnian jiwa sekalipun boleh lah dianalogikan seperti seorang musafir yang ingin sampai ke sesuatu destinasi. Tempat telah diketahui, hanya perlu usaha untuk sampai ke tempat tersebut. Sama seperti esq training, matlamat telah tergambar, tindakan untuk berubah yang menjadi penentu. Moga kita dapat menyucikan jiwa agar benar2 ikhlas kepada Qadhi Rabbul Jalil.

Demi matahari dan cahayanya yang menyinari, demi bulan apabila ia mengiringi, demi siang dan malam, demi langit, demi bumi dan seluruh isinya, moga kita mengenal hakikat diri...

Salam imtihan kepada seluruh penuntut ilmu, salam muwajahah silmiah kepada semua.


Pengganti KFC

| Thursday, February 12, 2009 |



RFC atau Radix Fried Chicken kini telah di buka di Sg. Petani dan terbaru di A. Setar. Kepada penggemar KFC terutama yang beragama Islam, kini kita telah mempnyai alternatif lain untuk tidak memlih KFC yang menjdi penyumbang utama Amerika dan Israel membunuh umat Islam di Palestin.



Dalam lawatan kerja ke RFC baru-baru ini, pengunjung tidak putus-putus berbaris untuk merasai sendiri menu yang disediakan oleh RFC. Menurut responden, ayam goreng RFC lebih lazat dan enak berbanding KFC dan yang paling penting Halal!

Selepas merasai sendiri semua menu yang terdapat di RFC, memang terbukti banyak RFC mampu menyaingi KFC sebagai pilihan utama makanan fraincais.
Peringkat pertama ini, RFC hanya di buka di negeri kedah kerana Syarikta besarnya, HPA berada di Perlis. Kita doakanlah semoga syarikat ini terus berkembang dan menjadi produk halal pilihan utuam masyarkata.
Kini, tiada alasan lagi untuk tidak menolak dan memboikot KFC. Alternatif talah disediakan. Datanglah ke Kedah untuk merasai sendiri kelazatan RFC!!!. Da sampai Kedah nanti gitau bang Adry, saya bawa ke RFC, abg belanja ;)


Boikot Demi Palestin

| Saturday, January 24, 2009 |


Di sini diseraikan beberapa barangan yang mesti di boikot untuk melumpuhkan ekonomi Yahudi laknatullah dan sekutunya. Isu Palestin bukan suatu isu keagamaan tetapi merupakan isu kemanusiaan. Manusia yang mempunyai hati dan persaan belas tidak akan tergamak membunuh manusia yang tidak berdosa. Semua masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, idelogi dan sebaginya wajar menyuarakan bantahan terhadap kekejaman rejim zionis. Justeru, carilah alternatif lain bagi menggantikan barangan keluaran Yahudi dan Amerika bagi mengelakkan kita terlibat menjadi antara penyumbang zionis dalam membunuh manusia yang tidak berdosa. Ayuh kita mulakan!!!


Syarikat:






*******

Syarikat :










*****
Syarikat:



*****
Syarikat:
*****

Syarikat:


Lain-lain Syarikat:





Boikot, boikot, boikot Yahudi!!!


Bantahan Kenaikan Tambang Bas UUM

| Friday, January 23, 2009 |

Pada 3 Januari 2009 yang lalu, pihak pentadbir UUM telah mengizinkan UNIC SYSTEM BUSINESS Sdn. Bhd menaikkan tambang bas kampus sebanyak 37.5 peratus, iaitu daripada 40 sen kepada 55sen setiap perjalanan.
Untuk mengutarakan suara mahasiswa ke atas isu tersebut, sekumpulan mahasiswa UUM telah mengadakan petisyen di atas laman web untuk membawa pandangan mahasiswa kepada pihak universiti.
Hakikatnya, pihak universiti tidak berasa bangga atas tindakan mahasiswa yang mengambil berat isu-isu dalam kampus tersebut, maka terus mendesak mahasiswa supaya hentikan kempen tersebut.

17 gabungan mahasiswa ini berpendapat, penekanan ini telah mencabuli kebebasan dan hak manusia untuk menyuarakan pandangan.

Selain daripada itu, cara-cara pihak pentadbir UUM untuk menghalang mahasiswa mengambil bahagian dalam kempen tersebut, seperti menakuti mahasiswa melalui telefon, menghalang pengaksesan mahasiswa ke atas laman web tersebut, mengugut tidak membenarkan ketamatan pelajaran mahasiawa sekiranya menyertai kempen tersebut dan lain-lain, telah menonjolkan pihak pentadbir UUM takut kesedaran mahasiswa.

17 gabungan mahasiswa ini berkomen, pihak pentadbir UUM harusnya meningkatkan demokrasi kampus dengan menggalakkan mahasiswa supaya bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menyelesaikan isu.

Sekiranya, kenaikan tambang bus tersebut adalah rasional dan dapat memanfaatkan semua pihak, kenapa pihak pentadbir UUM enggan mendengar pendapat mahasiswa?
Kenapa pula enggan mengumumkan kontrak tersebut?
Pihak pentadbir UUM haruslah tahu, mahasisawa merupakan pihak yang akan menanggung kenaikan tambang tersebut, oleh itu pandangan mahasiswa patutnya diambil kira sebelum membuat keputusan tersebut.

Walaupun bermacam-macam cara pihak pentadbir UUM mengacau kempen ini, petisyen tersebut masih mendapat sokongan daripada seramai 500 mahasiswa. Kami menyanjung tinggi kepada mahasiswa yang berani menyuarakan pandangan mereka. Sekiranya pihak pentadbir UUM terus menekankan mahasiswa, kami tidak mengecualikan kemungkinan untuk melancarkan satu kempen menyeluruh untuk menyokong mahasiswa UUM.

Disokong Oleh,

1. Gerakan Demokratik Belia dan Mahasiswa Malaysia (DEMA)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung Malaysia (GAMIS)
4. Intervarsity Council (IVC)
5. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
6. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)
7. Majlis Pelajar Kolej New Era8. UMANY
9. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (JKMI)
10. Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya
11. Persatuan Bahasa Tiong Hua Universiti Sains Malaysia
12. Persatuan Bahasa Cina Universiti Teknologi Malaysia
13. Persatuan Bahasa Tiong Hua Universiti Putra Malaysia
14. Gerakan Mahasiswa Maju Kolej New Era
15. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Utara Malaysia
16. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Sains Malaysia
17. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia


KPO DPP

| Saturday, January 17, 2009 |



Alhamdulillah, dapat jugak meluangkan masa untuk meng'update' blog yang tidak seberapa ni. Namun yang penting, dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman untuk kebaikan bersama. Beberapa hari ni memang sibuk dengan aktiviti kampus. Khamis lepas, saya berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi yang dianjurkan oleh Dewan Penginapan. Maklumlah, baru dilantik sebagai exco Dpp. Walaupun saya seoranglah yang boleh dikatakan berhaluan kanan, namun ruang untuk terlibat dengan jawatankuasa kolej digunakan sepenuhnhya untuk membawa sedikit kebaikan.


Pada mulanya, memang agak kekok sedikit bergaul dengan remaja2 yang bukan sosial sedikit tetapi sosial banyak. Memang terasa asing berada dalam kelompok mahasiswa yang tidak pentingkan waktu solat, tidak kisah bersentuhan sesama lelaki dan perempuan dan boleh dikatakan tidak amalkan sedikitpun nilai2 islami walhal mereka semua beragama Islam. Terpaksalah juga untuk mengikuti rentak golongan ni. Mungkin yang pernah berada dalam situasi ni tahulah macmana rasanya. Tapi bila da berjaya dekati, memang banyak perkara yang kita boleh ubah walaupun terasa sukar.


Selama tiga hari berkursus dengan ajk baru kolej di Pendang Lake Resort, banyak sangat keadaan yang tidak selesa dirasai. Manakan tidak, program yang dianjurkan oleh pendtadbir universiti berjawatn dekan boleh mengambil ringan hal-hal yang berkaitan dengan solat. Itu tidak termasuk lagi masalh pergaulan. Memang sedih bila melihat para pemimpin mahasiswa tidak didik mengikut acuan Islam. Pihak HEP pula gunakan sebaiknya kursus ini untuk mencuci minda para pimpinan mahasiswa supaya akur dengan segala arahan pihak universiti.


Terlibat dalam jawatankuasa kolej bersendirian memang sukar untuk membawa perubahan yang besar. Ibarat berjuang keseorangan tanpa sahabat yang sefikrah. Mudah-mudahanlah Allah swt tetapkan hati agar tidak terpengaruh dengan budaya yang merosakkan. Justeru diberi kekuatan untuk suarakan perakra yang benar.

Sebenarnya tidak mustahil, baru sahaja tadi kemenangan Islam sekali lagi terjelma di Kuala Terengganu. Allahuakbar!. Ia membawa mesj yang jelas, prinsip amal Islami yang semakin diterima oleh masyarakat. Oleh itu, tidak mustahil ia juga akan diterima oleh golongan mahasiswa yang lebih terkedepan mindanya. Apa yang menggembirakan juga, kelab bola kesayangan turut meraih kemenangan malam tadi hehe...Go CHELSEA... Salam Mujahah Silmiah.



Kemenangan Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah

| Monday, January 12, 2009 |

Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.

"Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai"
(At Taubah: 33)

Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .
"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik."
(An-Nur: 55)

Pertolongan Allah kepada Mukminin .

"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa."
(Yusuf: 110)

Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."
( Al Anfal: 30)

Tersebarnya Islam di seluruh alam.

Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat.

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)

Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah.

Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Pandangan penulis, Kemenangan yang dijanjikan Allah swt pasti akan berlaku. Cuma, tindakan dan usaha umat kini yang menentukan sama ada kemenangan tersebut akan dipercepatkan atau sebaliknya. Justeru, dengan hanya mengharap janji-janji Allah swt semata-mata, pasti kemenangan itu tidak berlaku.

Maka perlu, dalam keadaan umat Islam di Palestin dizalimi, perlu ada usaha untuk membantu hancurkan kuffar zionis. Usaha tersebut banyak pula kaedahnya. Sama ada melalui demo dan bantahan, dernam, doa dan terlibat secara langsung. Ikutlah berdasarkan kemampuan. Apa yang penting, masih adakah rasa sensitiviti sebagai umat Islam terhadap segala penganiayaan yang berlaku kini. Salam muwajahah silmiah.

Hancur, hancur! Hancur Zionis!!!



Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini