at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Pendirian PAS terhadap Isu Kalimah Allah : Bukti Keunikan Politik Islam

| Tuesday, January 12, 2010 |

From new pic


Isu yang tidak kurang hangatnya dibahaskan ketika ini adalah isu kalimah Allah yang menjadi polemik berkepentingan parti-parti politik mahupun ngo-ngo tertentu bagi meraih sokongan rakyat yang akhirnya diangkat sebagai juara perjuangkan Islam.

Memang benar, sebagai umat Islam siapa yang rela Tuhan yang disembah selama ini juga ingin diguna pakai oleh agama selain Islam yang terbukti selama ini tidak pernah reda dengan agama yang suci ini. Sekali pandang, setiap yang tertulis “ISLAM” pada maykad masing-masing pasti bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Mahkamah dan Akhbar Herald.

Itu pasti berlaku sekiranya hanya memandang sekilas ikan di air. Namun, berbeza dengan pendirian PAS yang tidak terbawa-bawa dengan golongan tertentu yang menilai isu ini dari satu sudut yang sempit hingga membawa kepada pertelagahan agama, kaum dan budaya di negara ini.

Ketika semua pihak mengharapkan PAS bersama dengan kumpulan-kumpulan tertentu menyuarakan bantahan secara agresif sehingga mencetuskan provokasi dengan terbakarnya lima buah gereja baru-baru ini, PAS akhirnya tampil dengan penuh bergaya membawa suatu pendekatakan politik Islam yang unggul dalam menyuarakan pendirian berhubung isu ini.

Pendirian PAS yang membenarkan kaum selain Islam menggunakan kalimah Allah menurut kaedah Islam dengan dalil-dalil yang qat’ie adalah suatu bukti uniknya politik Islam yang cuba diketengahkan PAS selama ini. Namun mengingatkan bahawa penggunaan nama Allah secara salah dan tidak bertanggungujawab mestilah dielakkan agar ia tidak mengelirukan umat Islam di negara ini. Jika benar mahu menggunakan nama Allah, mestlah juga meyakini bahwa Allah adala Esa dan Pencipta langit dan bumi serta seluruh alam semesta.

Tidak dinafikan ramai pihak yang tidak bersetuju dan melenting. Tidak kurang juga ahli yang setia sama ada berdasarkan fahaman yang jelas dan yang masih kabur turut tidak berpuas hati. Namun, atas dasar prinsip dan adab berjemaah berdasarkan wala’ pada pimpinan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, keputusan pimpinan dengan reda diterima. Hingga akhirnya, golongan yang cuba mengapi-apikan golongan Ansorullah ini tampil membuat kenyataan jahat bahawa jumudnya pemikiran ahli dan penyokong PAS yang mengamalkan prinsip wala’. Cuma satu persoalan kepada golongan minoriti ini. Siapa kamu yang cuba pertikaikan prinsip dalam tanzim ini yang dengan jelas dan nyata ditegaskan Allah dalam Al-Quran dan diimani oleh Rasulullah saw, para sahabat, ulamak-ulamak sehingga membawa pembentukan tamadun Islam yang hebat?

Berhubung pendirian PAS ini, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan politik Islam itu unik, seimbang dan perlu ditangani dengan bijaksana. Keputusan ini juga sebenarnya melambangkan kematangan parti dakwah dan siasah ini mendepani politik kontempori dan menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS telah lari daripada perjuangannya. Perkara yang penting, ini bukanlah pandangan daripada satu sudut yang sempit sebaliknya mengambil kira semua aspek dalam Islam termasuk tauhid, fikrah, perundangan negara dan realiti masyarakat di negara ini dan bukannya semata-mata untuk mengambil hati rakan seperjuangan dalam pakatan. Tidak sama sekali.

Terbuktilah bahawa keputusan PAS dalam menyatakan pendiriannya sebenarnya melambangkan kesyumulan Islam yang diperjuangkan dari dulu, kini dan selamanya. Tidak syak lagi, langkah politik yang diketengahkan PAS ini menunjukkan kebijaksanaannya mendepani situasi secara bijaksana tanpa menggadaikan sedikitpun prinsip kesucian Islam yang menjadi asas kukuh perjuangannya selama ini.

Inilah dia momentum politik Islam yang mampu menjadi vaksin terhadap setiap permasalahan di negara ini khususnya. Namun, semua itu menjadi sia-sia sekiranya rakyat terutamanya masih tidak memberi ruang sepenuhnya kepada politik Islam ini membawa perubahan total dalam segenap aspek pentadbiran, sosial dan ekonomi negara. Justeru, akal dan mata hati yang dianugerahkan kepada kita sebenarnya digunakan sebaiknya dalam menilai mana pihak yang benar-benar boleh perjuangkan hak rakyat di negara ini.

Sudah tiba masanya sikap yang cenderung kepada parti-parti tertentu dikikis sehabis-habisnya kerana pandangan yang primitif ini tidak membawa sedikitpun perubahan yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, bukan nama parti yang dinilai hebat dan dipertahan, tetapi apakah initipati perjuangannya boleh menjamini setiap rakyat di negara ini mendapat pembelaan yang seadil-adilnya. Dalam masa yang sama semua kaum hidup harmoni dalam satu bumbung dan langit bukannya dengan hanya berbekal slogan ‘1 Malaysia’ semata.

Islam itu indah. Namun, hanya umatnya mampu merealisasikannya dilihat indah. Salam muwajahah silmiah.




Bersangka-sangka (PERSEPSI)

| Sunday, January 10, 2010 |

From new pic


Sekadar peringatan. Ramai manusia kini yang suka membuat macam-macam kesimpulan terhadap sesuatu situasi walaupun tanpa bukti dan kajian terlebih dahulu. Walaupun ada sangkaan baik dan ada sangkaan buruk, namun lebih banyak prasangka buruk. Tidak kiralah untuk kebaikan ataupun untuk menjatuhkan. Analoginya mudah...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai…

Mana la tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-baner ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihatinya. Jauhilah sikap suka bersangka-sangka atau membuat persepsi yang negatif, kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan seperti memusnahkan kayu dimakan api.Tidak salah membuat andaian awal namun biarlah berdasarkan fakta yang betul dan daripada sumber yang sahih. Apapun, alangkah baiknya terus berjumpa 'face to face' kepada kelompok atau individu yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang benar. Ubah persepsi buruk, anda boleh mengubahnya. 'Hijrahkan' diri sempena awal tahun baru yg masih terasa ini... Salam muwajahah silmiah.




Salam Maal Hijrah

| Sunday, December 20, 2009 |




Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah pada kali ini, adalah amat penting bagi umat Islam menyedari betapa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh Islam dan umatnya di seluruh dunia sekarang ini. Khususnya, label, serangan dan ancaman Barat serta Zionisme terhadap Islam dan umatnya, sedang berlaku dengan penuh tragis. Lihatlah sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Somalia dan tidak terkecuali ancaman halus di negara kita sendiri.

Islam dan umatnya diletakkan di kandang orang salah oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan pelbagai label seperti 'pengganas atau terroris', seolah-olah Islam menjadi ancaman kepada keamanan dunia. Marilah kita semua menyedari bahawa sekarang, Barat dan Zionis sedang mengistiharkan perang terhadap Islam dan umatnya. Marilah juga kita mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di negara kita. Bahawa cabaran untuk umat Islam begitu besar, bukan sekadar krisis penyalahgunaan kuasa, rasuah serta tekanan terhadap Islam.

Umat Islam juga semakin tercabar dengan ancaman gejala murtad di kalangan penganutnya sendiri. Diharapkan agar seluruh umat Islam kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman ini serta meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT. Yakinilah sesungguhnya perjuangan Islam adalah wajib bagi setiap muslim dengan mengambil iktibar daripada hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Hijrah membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya. Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Salam Muwajahah Silmiah...





Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama

| Monday, November 30, 2009 |

From Sambutan Ibadah Korban


Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.

"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.


"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.



"Kalau takutkan bala Allah, jangan hina ulamak"




Tanamkan Sifat Berkorban

| Wednesday, November 25, 2009 |

From new pic


Pada tahun ini, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Walaupun kemeriahannya tidaklah sehebat sambutan Hari Raya Aidilfitri, semua masyarakat tetap menggunakan peluang ini untuk melakukan persiapan bagi menyambut
kedatangannya.

Sebenarnya, Islam menuntut kita berkorban sepanjang masa. Itulah sebabnya sifat berkorban perlu ditanamkan dalam kalangan individu muslim. Pengorbanan yang dibuat olah Nabi Ibrahim as adalah tanda cintanya kepada Allah swt. Kesanggupannya
mengorbankan Nabi Ismail as kerana taat kepada perintah-Nya. Bukannya tidak sayangkan anak tetapi ketaatan kepada Allah swt lebih daripada segala-galanya.

Hal inilah yang kita perlu ambil pengajaran. Manusia perlu berkorban untuk mentaati segala perintah Allah swt walaupun bertentangan dengan hawa nafsu. Semoga, ibadah korban yang kita sambut pada kali ini benar-benar dapat dihayati agar berani berkorban untuk Islam. Akhirnya, kita mampu melihat semula tertegaknya syariat Islam dengan pengorbanan yang kita laksanakan. Hulurkan bantuan kepada mereka yang mendokong perjuangan Islam. Antara bentuk bantuan yang kita boleh sumbangkan termasuklah bersama dengan jemaah yang mendaulatkan Islam, sumbangan harta, masa mahupun tenaga.

Selamat Manyambut Hari Raya Aidiladha...


Disebalik Kisah, Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy

| Tuesday, November 24, 2009 |

KISAH MENARIK UNTUK DI KONGSI. PASTI MERUNTUN KALBU BAGI YANG MENGHAYATINYA. BENARLAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENOLAK FITRAH MANUSIA KEPADA KEBENARAN. MAKIN JAUH MANUSIA TERSEBUT DARI TUHANNYA, MAKIN DEKAT PULA PINTU HIDAYAHNYA. CUMA, TEMBOK KEEGOAN DAN KESOMBONGAN YANG MENJADI PENGHALANG. KISAH YANG LABIH MENYENTUH JIWA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'KETIKA CINTA BERTASBIH'.

*************************************************************************************

Suatu petang, Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap penjara tahanan.

Semua banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Jikalau tidak, kasut 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dia tiba-tiba mendengar seorang mengumandangkan suara-suara yang amat dibencinya. "Hai...hentikan suara hina itu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Seorang lelaki tua di penjara tahanan tadi tetap bersenandung dengan khusyuknya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar sedikit pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."



Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga tersungkur di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin dan berkata,

"Sungguh...aku sangat merindukan kematian seperti cintanya kamu pada kehidupan, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan kerana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, kasut boot Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, terjatuh sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha
memungutnya. Namun, orang tua itu terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai lelaki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"kat ustaz tersebut dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Kasut boot seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan ustaz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya berang. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Namun, secara tiba-tiba algojo itu termenung.

"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping ustaz tadi yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya kerana tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang ku tukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak seperti histeria, "Abi...Abi...Abi..." Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Ustaz tadi segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.

Akhirnya orang tua tidi tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Ayah Roberto dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan ustaz tadi menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..."

Kisah benar penemuan hidayah Allah swt, oleh seorang ulamak Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.


Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini