Seramai lebih 100 orang mahasiswa yang mengadakan demonstrasi sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan yang menaikkan harga barang baru-baru ini berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil YAB PM di JPM Putrajaya. Bagaimanapun, sikap tidak profesional telah ditunjukkan oleh pihak polis yang telah menangkap dan menahan 3 orang wakil perhimpunan aman tersebut kerana cuba berarak menggunakan pembesar suara. Petang tadi dilaporkan, mahasiswa yang ditangkap tersebut telah dibebaskan.
Tindakan ini menjadi satu persoalan, di mana kebebasan rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi ini? Orang yang tidak selayaknya ditangkap tetapi itulah yang menjadi mangsa.
Himpunan ini juga bertujuan mewakili suara rakyat yang terbeban dengan meningkatnya harga beberapa barangan keperluan utama. Mahasiswa juga terasa kesannya apabila kos sara hidup di ipt turut meningkat. Dengan cara ini, diharapkan ada tindakan susulan daripada pihak kerajaan.
Kandungan memorandun tersebut mengandugi empat tuntutan yang disuarakan oleh GAMIS mewakili seluruh rakyat dan mahasiswa di negara ini, antaranya :
- Menuntut gaji Menteri di kaji semula bagi mengurangkan kos pengurusan dan perkhidmatan awam
- Menuntut subsidi barangan yang telah dipotoang dikembalikan semula kepada rakyat dengan menurunkan harga
- Menuntut Menteri yang memberi jaminan harga barang tidak dinaikkan sebelum ini bertanggungjawab
- Mengkaji semula dasar yang berkaitan tenaga
Antara lain tunutan ini berdasarkan tindakan kerajaan menaikkan harga barangan sepertii petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10.
Himpunan aman ini memberikan satu gambaran yang positif terhadap gerakan mahasiswa di negara ini kerana golangan inilah yang akan membawa perubahah. Walaupun berbagai bentuk ancaman dihidangkan seperti AUKU dan tangkapan pihak polis, namun halangan tersebut ibarat lalat yang hinggap dihidung, ditepis terbanglah ia.
Perkembangan mahasiswa ini selaras dengan kata-kata yang telah disebutkan oleh A. Samad Said, dalam suatu Forum bertajuk Persoalan Masa Depan Umat di Tanganmu, anjuran TERAS di DBP kelmarin. Beliau menegaskan sebagai salah seorang panelis, "Golongan muda dan mahsiswa perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara".
Tahniah kepada semua mahasiswa yang terlibat dengan penuh berani kehadapan membawa mesej daripada rakyat. Mahasiswa bersama rakyat...
0 comments:
Post a Comment