at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah

| Monday, November 15, 2010 |



Hari Arafah iaitu pada 9 zulhijjah adalah salah satu hari dari hari-hari yang istimewa dalam islam. Sebagai umat islam sewajarnya kita mengambil peluang yang Allah sediakan buat hamba-hambanya. Jika jemaah haji diwajibkan berada di padang arafah untuk wukuf di sana, umat islam lain yang tidak berpeluang mengerjakan haji dianjurkan berpuasa sunat sempena hari tersebut.

Ketika wukufnya jemaah haji pada 9 zulhijjah disebutkan matahari yang memancar turut merahmati umat Islam yang wukuf ketika itu. Hal ini dapat dilihat apabila bahang matahari pada hari itu tidak terlalu panas pada hari yang biasa. Inilah yan disebutkan oleh ulamak bahawa matahari yang menyinari jemaah haji yang wukuf ketika itu tanda turunnya rahmat Allah swt. Justeru, umat Islam di seluru dunia yang tidak menunakan haji disunatkan berpuasa bagi mendapat keberkatan yang sama.


Antara kelebihan 9 zulhijjah yang disebutkan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W :




Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir R.A. bahawa baginda S.A.W bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda S.A.W lagi:
“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, aku mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Berpuasa pada hari Arafah juga membolehkan kita mendapat pahala sekali umrah pada tahun itu walaupun tidak menunaikan ibadah umrah. Oleh itu, bagi umat Islam yang berpuasa pada 9 zulhijjah seolah-olah dia mendapat pahala sama seperti orang yang menunaikan umrah.

Adapun perbezaan pandangan sama ada berpuasa 9 zulhijjah mengikut kota Mekkah ataupun negara sendiri, umat Islam mestilah mengikut kalender hijrah yang telah ditetapkan oleh pemerintah di negara sendiri. Jika dibandingkan dengan Malaysia, Tanah suci Mekkah menyambut Hari Raya Kurban sehari awal. Maknanya pada hari wukuf di Arafah iaitu 9 zulhijjah di Mekkah, di Malaysia masih lagi 8 zulhijjah. Justeru, seafdalnya umat Islam di Malaysia berpuasa sunat Arafah pada keesokannya yakni 9 zulhijjah. Semoga amalah kita ikhlas dan diangkat ke langit tanda kesudian Allah swt menerimanya.



0 comments:

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini