Misi membawa mahasiswa ke tengah masyarakat diteruskan dalam Ops Bajir 2 yang diadakan di sekitar Kampung Changkat Setol, Kubang Pasu. Kepayahan yang dirasai oleh mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak terubat dengan membantu kerja-kerja pembersihan rumah yang dinaiki air. Bersama lebih kurang 30 orang sahabat-sahabat muslimin dan muslimat gigih berbakti kepada masyarkat.
Walaupun letih, namun keseronokan beramal membuatkan diri terpanggil untuk terus menghulurkan bantun kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, misi ini akan diteruskan lagi bagi menyelami kepayahan dan penderitaan yang dirasai mangsa-mangsa banjir. Dalam kesibukan menelaah pelajaran, jangan lupa berbakit kepada masyarakat. Sesungguhnya, tenaga mahasiswa sangat diperlukan dalam membantu menyelesaikan masalah dalam negara.
|
Rumah Mak Tiah yang ditenggelami air, bersiap untuk dibersihkan... |
|
Para sukarelawan mahasiswa UUM tekun beramal... |
|
Selut yang menenggelami lantai rumah, lebih kurang 3 inci tebalnya... |
|
Memang seronok dapat bekerja bersama... |
|
Pembahagian tugas penting dalam melicinkan gerak kerja... |
|
Kewajipan utama tidak sekali-kali ditinggalkan, tetap dilaksanakan
walau di mana berada, walau dalam situasi apa jua... |
|
Kerja pembersihan dalam peringkat akhir, leganya... |
|
Lantai bersih daripada selut yang menyaluti... |
|
Tercapai matlamat hasil kerja dalam jemaah... |
|
Hidangan kopi yang disediakan tuan rumah... |
|
Antara wajah-wajah petugas yang sentiasa rindukan beramal dan berbakti... |
|
Laluan yang masih ditenggelami ayak bah, |
|
Juadah disiapkan oleh muslimat walaupun sibuk dengan kerja-kerja pembersihan, |
|
Tidak sabar menanti tugasan seterusnya... |
Laporan daripada Ops Banjir 1 sehari yang lepas...
"02 November 2010, Changlun- Kelab PERKIM UUM telah mengadakan Ops Banjir 1 di kawasan sekitar Kampung Cangkat Setoi, Changlun berikutan banjir besar yang melanda kawasan sekitar Changlun. Ops Banjir 1 tersebut diadakan bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut dan juga untuk membawa mahasiswa menyelami kesusahan yang dirasai oleh penduduk. Seramai 20 mahasiswa yang kebanyakannya ahli Kelab PERKIM UUM, Sahabat Masjid Badlishah dan Syafie turut serta dalam program ini." (Laporan daripada Kedahlanie)
"BERAMAL KERANA ALLAH'
0 comments:
Post a Comment