at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Raya Korban '10 : Sanasinisamasaja...

| Sunday, November 21, 2010 |

Menyambut Hari Raya Aidiladha  untuk kesekian kalinya di perantauan menjanjikan seribu satu kenangan dan pengalaman manis yang tidak mungkin luput dari ingatan. Terasa sedih pula bila menyedari bahawa ini merupakan sambutan perayaan Aidiladha yang terakhir di negeri orang jika mengikut perancangan. Namun, segalanya juga ketentuan dariNya. 

Sedih bukanlah disebabkan rindu untuk meninggalkan suasana hidup diperantauan tetapi terasa rugi kerana masih tidak mempu mengutip mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman yang banyak untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Masih terasa diri tidak menggunakan peluang sepenuhnya berada jauh dari kampung halaman menimpa sebanyak mungkin ilmu untuk dipunggah dan ditaburkan pula di tanah kelahiran. InsyaAllah, masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin.

Raya Aidiladha kini diraikan bersama sahabat-sahabat di rumah keluarga angkat jemaah di Arau, Perlis. Seingat saya, ini merupakan raya Aidiladha yang pertama dan terakhir diraikan diperantuaun. Sambutan Aidilfitri pula semuanya disambut jauh dari kampung halaman. Demikian antara suasan sambutan ibadah korban bagi tahun ini. Bergembira dalam beribadah kepadaNya...



























Final exam yang ditunda pada 11 November lepas akibat banjir besar baru-baru ini bermula pada 21 Nov dan berakhir 13 Dis, kertas pertama saya bermula pada 23 Nov, awal lagi hehe. Doakan kami semua yang bergelar mahasiswa dan siswi berjaya untuk ujian yang berikutnya. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang kerana Allah swt buat sahabat-sahabat semua. Tidak lupa buat adik-adik yang akan menghadapi SPM dan STPM bermula Isnin ini.

InsyaAllah, fokus pada jihad ilmu fi imtihan pula selepas ini. Jika lama tak update tu harap sahbat-sahabat yang sudi melawat blog ini faham-fahamlah ya... pergi berjihad ilmu insyaAllah. (",).

Mari beramal kerana Allah swt, ingatiNya maka tenanglah jiwa...


0 comments:

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini