Demo Mahasiswa Bersama Rakyat : Tahniah kepada Para Pemberani, Kita???
Laungkan Kuasa Mahasiswa
Tak pernah turun berdemo,
Mereka bukan Mahasiswa,
Ini Mat Bunga,
Ini Mat Skema,
Bila besar nanti jadi Mat Kampau.
Anak Muda dan Mahasiswa,
Di seluruh dunia,
Akan menunjukkan mereka muda,
Dengan turun ke jalan raya.
Tunjukkan kamu muda,
Genggam tangan,
Lakarlah sejarah.
Muhasabah Hijrah : Suatu Pengorbanan Menegakkan Syariat Islam
Hijraturrasul saw. adalah sebuah perjuangan yang bertatahkan pengorbanan suci demi menegakkan kedaulatan Islam di bumi Madinah . Suatu hijrah dari lembah yang penuh dengan kekejaman dan kezaliman kepada suatu destinasi yang akan dibina padanya tamadun manusia yang berasaskan hidayah dan wahyu Allah swt.
Mereka yang melakukan hijrah ini ( demi menegakkan Kedaulatan Islam ) mendapat penghormatan mulia daripada Allah Azza Wa Jalla . Firman Allah :
PENGORBANAN 1 : MENINGGALKAN ANAK DAN ISTERI
PENGORBANAN 2 : MENINGGALKAN HARTA BENDA
PENGORBANAN 3 : MENGHADAPI SUASANA YANG SANGAT GETIR
Lensa Rehla Sahabat Dakwah-The Lost Waterfall Of Kachi
Edisi Suprised! : Undian Pusingan Ke-3 Piala FA
Adakah trofi ini akan beralih ke pasukan lain? Sama-sama kita nantikan. KTBFFH! |
Untukmu Wanita...
Mutiara-mutiara Chelsea Semakin Bersinar...
Mungkin agak janggal buat peminat Chelsea melihat banyak youngster diturunkan malam semalam, tetapi inilah era baru The Blues!! Sejak pengambilaihan Roman, malah sebelum rejim itu juga kita sememangnya kurang melahirkan bakat – bakat muda..Kita kerap membeli pemain luar dan akdemi kita boleh dikatakan tidak se-gah West Ham, Arsenal mahupun Everton..Tetapi sejak penubuhan Cobham Training Center kita dapat melihat hasilnya di mana pemain muda kita semakin mendapat perhatian umum..Kejayaan menewaskan Zliina dengan 4 pemain muda (McEachran, Kakuta, Van Aanholt, Bruma) kita diberikan starting lineup sememangnya sesuatu yang fantastic terutamanya melihat dari sudut ia adalah kejuaraan bertaraf tertinggi seperti Champions League!!
Penuhkan Piala Hati-hati Ini...
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..
(Doa Rabitah-Wirid Al-Mathurat)
Raya Korban '10 : Sanasinisamasaja...
Keliru Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Arafah dan Sambutan Ibadah Qurban???
TAFSIRAN HADIS “AL-HAJJ ARAFAH”DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH
Pendahuluan
Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya. Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah.
Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.
Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Keputusan pemerintah itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam. Ia bersesuaian dengan kaedah;
yang bererti “tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepentingan umum”.
Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.
Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.
i. Sanad dan matan hadis
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud)
ii. Maksud hadis
Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.
Al-Syaukani berkata “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji yang sah adalah jemaah haji yang dapat wukuf di Arafah”.
iii. Fiqh al-Hadis
Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.
Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.
Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:
1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah
Album Terbaru Sami Yusuf : Wherever You Are
Album terbaru Sami Yusuf. Segarkan halwa telinga dengan hiburan yang mendidik jiwa. Full album boleh downlod di sini.
Ops Banjir bersama Jentera Kebajikan Mahasiswa GAMIS
Kawasan misi membersih dan mencuci... |
Mari beramal...kata depa... |
Taklimat pembahagian tugas daripada SU pembangunan remaja negeri Kedah... |
Memindahkan bekalan ke stor simpanan... |
Membantu mencuci rumah imam pondok Hj Zakariah... |
Kitab-kitab ilmu yang terjejas akibat banjir... tetap dipertahankan. |
Membersihkan kawasan melapah lembu, dewan kenduri sekitar pondok... |
Tempat yang pernah dijadikan pondok...kini madrasah. |
Hilangkan dahaga sebentar... |
Akhirnya berjaya menjayakan misi hari ini... |
Rezeki Allah dimana-mana, tenaga muda adik2 smart team sedia berkhidmat dan beramal... |