at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Perkembangan Bencana Banjir di Utara

| Thursday, November 4, 2010 |

ALOR SETAR: Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.


Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang. Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat.

SUNGAI Anak Bukit melimpah berhampiran Masjid Zahir
yang berlatar belakang Menara Alor Setar...

Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang membabitkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga). 



Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi membabitkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga. 



Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. 


Lapangan Terbang Alor Setar ditenggelami air...



Katanya, keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup. 
Tinjauan di kawasan sekitar bandaraya Alor Setar mendapati semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air dan semakin banyak kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan. 



Kawasan perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan juga pejabat BERNAMA Biro Kedah, kedua-duanya di Jalan Stadium, mula digenangi air. - BERNAMA


Ops Banjir 2 : Sekitar Kampung Changkat Setol

| Wednesday, November 3, 2010 |

Misi membawa mahasiswa ke tengah masyarakat diteruskan dalam Ops Bajir 2 yang diadakan di sekitar Kampung Changkat Setol, Kubang Pasu. Kepayahan yang dirasai oleh mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak terubat dengan membantu kerja-kerja pembersihan rumah yang dinaiki air. Bersama lebih kurang 30 orang sahabat-sahabat muslimin dan muslimat gigih berbakti kepada masyarkat. 

Walaupun letih, namun keseronokan beramal membuatkan diri terpanggil untuk terus menghulurkan bantun kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, misi ini akan diteruskan lagi bagi menyelami kepayahan dan penderitaan yang dirasai mangsa-mangsa banjir. Dalam kesibukan menelaah pelajaran, jangan lupa berbakit kepada masyarakat. Sesungguhnya, tenaga mahasiswa sangat diperlukan dalam membantu menyelesaikan masalah dalam negara.



Rumah Mak Tiah yang ditenggelami air, bersiap untuk dibersihkan...

Para sukarelawan mahasiswa UUM tekun beramal...



Selut yang menenggelami lantai rumah, lebih kurang 3 inci tebalnya...

Memang seronok dapat bekerja bersama...



Pembahagian tugas penting dalam melicinkan gerak kerja...

Kewajipan utama tidak sekali-kali ditinggalkan, tetap dilaksanakan
walau di mana berada, walau dalam situasi apa jua...

Kerja pembersihan dalam peringkat akhir, leganya...

Lantai bersih daripada selut yang menyaluti...


Tercapai matlamat hasil kerja dalam jemaah...

Hidangan kopi yang disediakan tuan rumah...

Antara wajah-wajah petugas yang sentiasa rindukan beramal dan berbakti...



Laluan yang masih ditenggelami ayak bah, 

Juadah disiapkan oleh muslimat walaupun sibuk dengan kerja-kerja pembersihan,

Tidak sabar menanti tugasan seterusnya...

Laporan daripada Ops Banjir 1 sehari yang lepas...

"02 November 2010, Changlun- Kelab PERKIM UUM telah mengadakan Ops Banjir 1 di kawasan sekitar Kampung Cangkat Setoi, Changlun berikutan banjir besar yang melanda kawasan sekitar Changlun. Ops Banjir 1 tersebut diadakan bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut dan juga untuk membawa mahasiswa menyelami kesusahan yang dirasai oleh penduduk. Seramai 20 mahasiswa yang kebanyakannya ahli Kelab PERKIM UUM, Sahabat Masjid Badlishah dan Syafie turut serta dalam program ini." (Laporan daripada Kedahlanie)


"BERAMAL KERANA ALLAH'


PRK : Pilihan Anak Muda

| |

Sebuah badan bebas yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu iaitu ILHAM CENTRE telah melakukan satu kajian terhadap anak muda di DUN Galas.

Hasil kajian yang telah di lakukan itu mendapati peratusan anak muda yang akan mengundi calon Parti Islam Semalaysia pada hari mengundi pilihanraya kecil Galas nanti adalah besar jumlah nya berbanding dengan yang akan mengundi Barisan Nasional nanti.

Megulas perkara tersebut Pengarah ILHAM CENTRE iaitu Muhamad Hisommudin Bakar berkata daripada 2150 panggilan yang dibuat kepada pemuda di DUN Galas telah mendapati bahawa 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan.


Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihanraya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi.Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil.

Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bgan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu


Fenomena Banjir : Muhasabah Rakyat yang Beriman

| Monday, November 1, 2010 |

Hujan yang tidak berhenti-henti sepanjang hari antara petanda awal kejadian banjir akan berlaku. Bermula 30hb Okt, hujan lebat mula membasahi tanpa henti di negeri-negeri kawasan Utara. Menurut penduduk sekitar, fenomena hujan tanpa henti sepanjang hari ini tidak berlaku sejak dua tahun yang lalu. Bermakna, kejadia dua tahun lepas kini berulang. 

Akhirnya, banjiaq atau ayak bah berlaku di kawasan-kawasan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Banyak laluan utama ditutup dan kami antara mangsa yang terperangkap di negeri Perlis. Alhamdulillah, semasa kejadian berlaku sempat menjenguk kawasan sekitar Perlis yang dilanda banjir. Berat mata memandang, berat lagi bahu empunya badan yang menanggung ujian tersebut. Hanya simpati dan doa yang mampu dihulurkan...

Rumah Makcik PErlis, selamat daripada bencana banjir...

Kawasan sekolah mula ditenggelami air

Antara golongan yang paling seronok bila berlaku banjir, pelajar2 sekolah,
terjun dalm ayak bah...

Air daripada sungai mula melimpah keluar menutupi jalan raya...

Rumah kedai yang ditenggelami air, sempat selamatkan
barang-barang berharga...

Laluan simpang empat berada pada tahan yang berbahaya di hari pertama banjir...

Laluan utama ke pekan Arau mula dinaiki air dan dijangkan akan melebihi
paras pinggang...

Pemandangan daripada atas jambatan Arau, air meneggelamkan
hampir sebahagian rumah penduduk kampung....

Kawasan Syarikat TM bertukar menjadi sumber air....

Skuad Peninjau Jabatan Amal Tawau, entah bagaiman boleh
tersesat sampai ke Arau... Beramal Kerana ALlah!

Laluan utama memasuki sebuah kampung di Pekan Pauh mula ditenggelami air,
semua penduduk tetap cool menghadapinya...

Kenderaan berhati-hati melalui jalan yang telah dinaiki air...

Selesai bertanya khbar dan mengambil gambar kawasan sekitar
yang dilanda banjir kawasan Pauh...

Tidak kelihatan lagi laluan utama ke rumah masing-masing...

Amaran, banjir di hadapan... Kalau berani, silakan lalu...

"Ya Allah,
beri kekuatan kepada penduduk yang diuji dengan bencana banjir..."

Semoga semua penduduk yang terlibat dengan kejadian ini bersabar kerana bagi orang beriman, bencana alam antara cara Allah swt menyantuni ummatnya. Mungkin sekadar menguji keimanan ataupun sebagai bala di atas setiap kerosakan yang dilakukan di muka bumi. Lihat sajalah sepanjang berlaku kejadian banjir ini, banyak tempat-tempat di sekitarnya dalam masa yang sama menganjurkan program-program yang berbetuk maksiat yang melalaikan. Justeru, jadikan ini sebagai pengajaran bermuhasabah diri. Benarlah kata-kata Allah swt :

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Ar-Ruum:41)

Sadina Ali kwj pernah berkata, Allah swt tidak menyayangi dirinya lagi kerana tidak pernah diberikan penyakit atau ujian dalam tempoh yang panjang. Maka, jangan pernah putus asa terhadap segala bentuk nikmat ataupun ujian yang diberikanNya...


Sahabat Dakwah

| |


Ingatlah sahabatku…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid dan mujahidah,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau musibah dan ujiannya datang tak sudah,

Biarpun kegembiraan tidak seperti yang diduga,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.



Sahabatku,

Berjuang ertinya terkorban, 

Namun kepayahannya hanya di dunia,

Ingatlah maharnya jua menanti di sana.


Jangan layu dan lesu di jalan ini,

Teguh beridiri walaupun dugaan bertandang tanpa henti,

Demi agama yang suci,

Terus bertahan walaupun jasad dan nyawa menjadi galang ganti,

Teruskan thabat di jalan ini, 

Berjuang itu pahit kerana Syurga itu manis.


walau payah takkan goyah...


UUM - Hospital Jitra - Langgar, Alor Setar,
12.00am, 31/10/2010.


Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini