at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Memelihara Ukhuwah

| Sunday, April 19, 2009 |

Persaudaraan sesama mukmin merupakan antara nikmat yang paling besar dikurniakan Allah swt. Melalui nikmat ini terbentuknya ukhuwah yang merentasi sempadan budaya dan bangsa apabila dibangunkan berasaskan iman dan aqidah. Tiada lagi semangat perkauaman yang sering dilaung-laungkan berserta simbolik mengangkat keris lama. Dengan Islam sebagai asas tiada siapa yang akan terpinggir dan tersisih. Natijahnya, persaudaraan sesama manusia terjalin padau, ukhuwah sesama mukmin pula makin padu ibarat kukuhnya binaan konkrit dan ikatannya tidak mungkin dapat dirungkaikan lagi. Maka terjelmalah kekuatan yang tiada tolok bandingannya dalam apa keadaan sekalipun.

"Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang
Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka" (al-Anfal [8]: 62-63).



Hubungan sesama mukmin juga lebih mulia dan utama daripada hubungan kekeluargaan. Persaudaraan antara Mukmin lebih unggul dari hubungan persaudaraan dengan saudara kandung sendiri, kerana ikatan aqidah lebih kukuh dari ikatan keturunan. Hal ini dapat dilihat dari dialog Nuh 'alaihis salam ketika mengatakan:

"Ya Rabbi, sesungguhnya anakku termasuk dalam keluarga-ku, dan sesungguhnya janji
Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim Yang Seadil-adilnya" (Hud [11]:45)


Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab:


"Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk dalam keluargamu (yang dijanjikan
akan diselamatkan). Sesungguhnya (perbuatannya) itu adalah perbuatan yang tidak baik.
Oleh sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak
mengetahuinya. Sesungguhnya Aku mem-peringatkan kepadamu supaya kamu jangan
termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan (tidak mengerti)" (Hud [11]: 46).


Walaupun mempunyai ikatan kekeluargaan, namun tidak didasari dengan iman dan takwa maka perhubungan tersebut tiada nilai disisi-Nya. Begitulah yang berlaku dalam kisah Nabi Nuh. Oleh itu, bersama dengan sahabat-sahabat yang mempunyai matlamat sebagai mana persahabatan Rasulullah saw adalah lebih utama dan mulia. Dengan persaudaraan inilah Islam digeruni pihak kuffar dan menundukkan hati-hati yang keras untuk menerima hidayah-Nya.


Maka menjadi kewajipan kepada semua untuk menjaga hati sahabat yang bersamanya. Perkara ini wajar di ambil perhatian sedalam-dalamnya terutama para penggerak Islam di dalam satu tanzim yang sema. Dikhuatiri apabila hal ini diabaikan, maka wujudlah virus-virus yang akan menghancurkan persaudaraan tersebut. Amat malang apabila berada dalam satu saff perjuangan yang sama tapi terdapat sifat-sifat mazmumah yang akhirnya merosakkan kemanisan dalam persahabatan dan melambatkan gerak-kerja mendaulatkan Islam.


Antara penyebab utama yang mencetuskan konflik dalam bersahabat apabila kesantunan dalam berkomunikasi tidak diamalkan dengan baik. Mungkin beranggapan sudah terlalu dekat degan sahbatnya, maka hal-hal ini dianggap kecil. Namun, hal kecil inilah yang cuba meleraikan besarnya nilai persahabatan yang sekian lama dibentuk. Berikut merupakan sikap yang seboleh-bolehnya dihindari dalam bersahbat:



a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar.


Berkata-kata dengan nada yang kasar akan mengguris hati dan perasaan. Walaupun kesannya tidak nampak, namun ia telah mengurangkna kemesraan dalam persahabatan. Sering berlaku dalam perbincangan. Menganggap pendapat sendiri yang benar dan betul sehingga memperkecilkan suara sahabat yang lain, ditambah lagi ego yang tiada berkesudahan. Naba saw berpesan sebaiknya berlemah lembut dalam berkata-kata. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Harumkanlah kata-katamu." Dalam sebuahhadith shahih juga, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak berakhlak buruk dan tidak pernah berkata-kata kotor." Cubalah berkata dengan lembut dan mendengar pandangan shabat, agar tidak tersentuh hatinya yang ihklas itu.



b. Tidak Mendengar Pandangannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam,
tidak mengharigainya.


Sahabat yang baik akan mendegar pandangan dan nasihat sahabat-sahabatnya. Mungkin juga selalu bersama dengan sahbat tersebut, sehinnga timbul rasa bosan untuk bersama dengannya. Perlu disedari, syaitan sentiasa mengganggu lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam suatu saff memimpin kebenaran. Akirnya, syaitan dan musuh-musuh Islam yang bersorak gembira.


c. Bergurau yang berlebihan



Gurauan ringan dalam batas kesopanan dan tidak keluar dari ruang lingkup yang benar akanmenambah kelenturan dan kehangatan hubungan ukhuwah. Sebaliknya, gurau yang berlebihandan melampaui batas kesopanan akan mempercepat kehancuran ukhuwah. Seboleh-bolehnya hindarilah guraun yang boleh menyakitkan sahbat seperti menggil degan gelaran yang buruk sehingga dijadikan bahan gelak ketawa, memukul dengan keras sehingga menyakitkannya. Mungkin pada kita cuma gurauan, namun ada anggota tubuh yang terasa lebih sakit dan parah, itulah hati sahbat kita. Gurauan juga mestilah sesusai dengan peringkat umur sahbat tersebut kerana kurangnya kemahiran ini akan menjauhakan ukhuwah dalam bersahabat.


d. Teguran ataupun kritikan yang keras dan tidak berhikmah.


Perlu diingat, sahabatlah orang yang peling mudah terasa dengan tindak balas sahabatnya sendiri walaupun keakraban lebih daripada saudara kandung sendiri. Sahabat memang lebih utama untuk diperbetulkan, namun yang sedihnya teguran dan kritikan tersebut lebih untuk menjatuhkan sama ada menjatuhkan air mukanya ataupun menjatuhkan mukannya dengan batang tubuhnya sekali di lantai. Disilah nalai nasihat seorang sahabat yang penuh kasih bertukar menjadi penyubur perasaan benci dan ego yang menguasai diri.


Justeru, jagalah sahbatmu, jasad dan hatinya selagi ia berada bersama. Mungkin bila bersama ada suatu persaan yang tidak selesa datang bertandang. Namun perlu diingat, persaan tidak senang itulah permulaan penguasaan syaitan terhadap hati kita. Untuk memiliki sebuah ukhuwah yang benar-benar mengikut acuan Rasulullah dan para sahbat, mahu tidak mahu, halangn inilah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu. Atau kita akan melihat satu persatu sahabat yang disayangi pergi membawa diri lebih malang lagi meningglkan perjuangan yang suci. InsyaAllah akan datang perasaan kasih dan sayang kepada sahabat melebihi segalanya berpaksikan kecintaan kepada Allahu rabbi.

Moga ikatan ukuwah terus padu dalam kalangan jundullah penggerak dakwah agar terbinanya masyarakat yang benar-benar memiliki kesatuan fikrah yang satu seiring perjuangan menegakkan syariat Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Salam muwajahah silmiah.


Ucapan Penghargaan Presiden PAS

| Thursday, April 9, 2009 |


Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.


Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.


Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.


Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.


BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.


Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.


Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.


PANDUAN DAN BATASAN SYARIAT DALAM MEMBENARKAN HIBURAN NYAYIAN.

| Wednesday, April 8, 2009 |

1-Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat

Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus. Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam.

Oleh itu kita tidak dibenarkan untuk menyanyi syair Abu Nuwwas yang menyebut:

Biarkanlah celaanku, kerana celaan adalah satu godaan,
Berikanlah aku penawar dari punca kesakitan itu sendiri.

Juga tidak boleh dinyanyikan kata-kata Syauqi:

Ramadhan berlalu, maka datangkanlah ia wahai penuang-penuang arak
Jiwa yang rindu ingin segera bertemu dengan kerinduannya
Ini kerana syair di atas jelas menyeru kepada arak yang dianggap oleh Islam sebagai ibu segala maksiat.

Lebih membahayakan lagi, kata-kata Iliyaa’ Abu Madhi yang bekata dalam satu qasidahnya yang bertajuk at-Tolaasim (mentera atau jampi serapah):

Aku tak mengetahui dari mana asalku, tetapi aku tetap datang!
Aku melihat langkah mereka yang terdahulu lalu aku melangkah!
Aku akan terus mara berjalan sama ada aku suka ataupun tidak!
Bagaimana aku datang? bagaimana aku melihat perjalananku?, aku pun tidak tahu!
Kenapa aku tidak tahu? Aku sendiri pun tidak tahu.

Dalam syairnya ini, dia seolah-olah menimbulkan keraguan terhadap asas keimanan iaitu permulaan hidup, tempat kembali dan soal-soal kenabian. Antaranya juga lagu berbahasa arab pasar yang bertajuk `Min Ghair Leh’ (tanpa sebarang alasan), kerana ia nerupakan terjemahan syak wasangka Abu Madhi ke dalam bahasa pasar agar pengaruh dan kesannya bertambah.
Begitu juga dengan lagu yang mengandungi perkara haram juga ialah nyanyian yang bertajuk: Dunia hanyalah antara rokok dan gelas (arak). Semua ini berlawanan dengan ajaran Islam yang telah melabelkan arak sebagai najis dan amalan syaitan. Islam melaknati peminum arak, pemerahnya (pengilangnya), penjualnya, pembawanya dan semua pihak yang memberikan saham kepadanya. Rokok pula membahayakan badan, jiwa dan harta. Ia juga termasuk dalam perkara buruk yang diharamkan.

Antaranya juga, lagu-lagu yang memuji-muji pemerintah yang zalim, taghut (melampaui batas) dan fasik yang sedang berleluasa dalam umat kita sekarang. Lagu-lagu sebegini juga bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melaknat golongan zalim dan setiap pihak yang membantu bahkan siapa sahaja yang mendiamkan diri dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan orang yang memuja dan mengagungkan mereka? Sudah tentu lebih jelas pengharamannya.

Lagu-lagu yang memuji lelaki atau perempuan yang bermata galak atau ghairah adalah juga bercanggah dengan adab-adab Islam yang menyeru:


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).(An-Nur: 30)

2-Persembahan Yang Tidak Melampau Dan Menggoda

Gaya persembahan juga mempunyai kesan dan kepentingannya. Terdapat lagu yang mana liriknya tidak bermasalah namun cara ia dipersembahkan oleh penyanyi lelaki atau wanita telah mengeluarkannya dari zon halal kepada zon haram, syubhat ataupun makruh. Mereka sengaja memanja-manjakan vokal mereka dan menghairahkan lengguk badan semata-mata untuk membangkitkan syahwat yang dibendung dan menggoda jiwa yang lemah.

Jenis nyanyian sebeginilah yang menjadi fenomena masakini, diminati bahkan digilai oleh para penonton dan pendengar dari siaran tv ataupun radio arab (dan mana-mana radio/TV di seluruh dunia). Hampir semua nyanyian bertumpu kepada aspek tarikan seksual dan segala apa yang berkaitan dengan cinta dan asmara. Ia hanya bertujuan untuk menaikkan keghairahan dan gelora jiwa khususnya di kalangan muda mudi. Naluri seksual ini adalah perkara yang amat dominan sehingga ada pakar psikologi yang menafsirkan seluruh tabiat manusia dengannya. Naluri seksual sebegini sepatutnya dimartabatkan dan dimuliakan (dengan adab Islam) bukan dibangkit dan dinyalakan dengan perkara-perkara yang menghairahkan. Al-Quranul Karim memberi arahan kepada isteri-isteri Rasululah dengan ayat:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).(Al-Ahzaab: 32)

3. Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang haram.

Aspek ketiga ialah: Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak, menagih dadah, muzik yang menghairahkan seperti yang mengiringi lagu-lagu barat masa kini, antaranya yang berkonsep budaya hippies (hip-hop) dan seumpamanya. Begitu juga muzik yang mengiringi nyanyian yang diharamkan yang mana dengan menyanyikan lagu tersebut akan menyebut secara langsung perkara haram tersebut. Contohnya lagu yang menyebut perkataan lucah, berhias dan pergaulan bebas lelaki dan wanita tanpa ikatan dan had. Inilah yang biasa berlaku dalam konsert dan majlis-majlis nyanyian semenjak dahulu lagi, sehingga apabila disebut sahaja majlis nyanyi-nyanyian, gambaran yang datang secara langsung di dalam minda ialah: Arak, dayang-dayang dan perempuan. Situasi sebeginilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain:

Umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain. Mereka dialunkan oleh muzik dan penyanyi-penyanyi. Allah akan membinasakan mereka dan menjadikan sebahagian mereka beruk-beruk dan babi-babi.

Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa: Pada zaman dahulu, untuk mendengar nyanyian, seseorang perlu pergi ke majlis-majlis nyanyian dan bercampur gaul dengan golongan artis dan pembantu-pembantu mereka. Jarang terdapat majlis sebegitu yang bebas dari perkara-perkara yang diingkari syariat dan agama.

Namun pada zaman ini, keadaannya sudah berbeza. Seseorang boleh mendengar lagu dalam keadaan berjauhan dari khalayak dan majlis tersebut. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu elemen yang boleh meringankan hukum dalam isu ini. Ia boleh menyebabkan hukum nyanyian lebih kepada zon diizinkan dan dipermudahkan, jika bebas dari segala kemungkaran.

4-Tidak Berlebih-lebih Dalam Mendengar Nyanyian

Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah dihadkan agar tidak berlebihan. Allah s.w.t. telah berfirman:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Al-Aa’raf: 31)

Di sini, Rasulullah mengikat keharusan melakukan perkara yang halal dengan dua jenis ikatan:

Pertama:Ikatan zahir iaitu aspek kuantiti: Menjauh sikap berlebih-lebih dan membazir.

Kedua: Ikatan dari segi kualiti: Jauh dari kesombongan, meninggi diri dan berbangga ke atas orang lain. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah-megah.

5. Berkaitan Dengan Pendengar

Selepas penjelasan ini, tinggal lagi beberapa perkara atapun zon-zon tertentu yang berkaitan dengan pendengar. Perkara sebegini tidak tertakluk dalam sebarang fatwa ataupun disiplin tertentu secara terperinci, malah ia terserah kepada hati dan
ketaqwaan seseorang. Para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri.

Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan hatinya, lebih dari orang lain. Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan, menyebabkannya berenang di alam fantasi dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual, ketika itu dia perlu meninggalkannya. Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya. Hanya ketika itu sahaja, dia akan terselamat dari fitnah. Inilah yang digambarkan oleh sebuah hadis nabi:

Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan.

Sumber: Fiqhul Ghina’ wal Musiqi fi Duil Quran was Sunnah.-(Feqah Nyayian dan Muzik berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)-Oleh Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.


ESQ 165, Pengembaraan Mengenal Diri

| Monday, April 6, 2009 |

Salam pertemuan semula,

Alhamdulillah, syukur kepadaNya masih lagi diberi peluang untuk merasai amanah yang dipinjamkan sementara kepada seluruh manusia, itulah nikmat umur bagi yang mensyukuri dan nikmat iman bagi yang menginsafi.


Sekedar ingin berkongsi pengalaman. Dalam kesibukan menghadapi imtihan, saya berpeluang mengikuti suatu kursus di p.pinang yang mana seluruh dunia sedang membicarakannya mungkin sebab yurannya yang mencecah ribuan ringgit ataupun sebab pengembaraan yang dilalui oleh para peserta. Kursus tersebut dikenali sebagai emotional spititual and quotiont atau esq leadership training. Penyertaan yang diwakili 350 orang lebih mahasiswa seluruh pulau pinang memberikan kesan terhadap pembinaan jati diri seorang muslim dalam mengenali diri dan penciptanya.


Melaui kursus yang diberikan selama dua hari ini, para peserta disajikan dengan dua bentuk pengembaraan berdasarkan modul esq yang diasaskan oleh Pak Ary iaitu 'outer journey dan inner journey'. Outer journey yang ingin menyerdarkan manusia betapa alam semesta ini dicipta oleh Raja segala makhluk iaitu Allah swt selain memperlihatkan betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan luasnya alam semesta ini. Inner journey pula membongkar rahsia betapa hati merupakan tempat lahirnya suara hati manusia yang dibimbing melalui asmaul husah, 99 nama Allah swt.

Sepanjang pengembaraan tersebut, deraian air mata keinsafan tidak henti-henti mengalir apabila trainer membawakan kisah-kisah nabi yang diceritakan melalui penghayatan dari hati yang suci. Kekuasan Allah swt yang mencipatakan alam ini sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran turut dipaparkan yang bertujuan untuk membersihkan hati nurani daripada segala sifat-sifat yang bertentangan dengan asma' Allah swt.



Inilah training yang perlu dilalui kalaupun tidak, mesti dihayati oleh setiap insan yang ingin menjadi pemimpin. Bila hati tidak dikosongkan daripada segala bentuk bisikan hawa nafsu dan syaitan maka tindakan hati tersebut menjelmakan hasil yang mendatangkan bala daripada Allah swt yang tidak disedari kehadirannya. Selain itu, banyak permasalahan yang berlaku seperti gejala sosial dalam masyarakat tidak menemui jalan penyelesaiannya. Inilah yang telah diebutkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Al-A'araf ayat 40:


"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan".

Justeru, trainer esq yang diketuai olah Pak Ary cuba mengajar manusia agar sentiasa berfikir akan kebesaran Allah swt. Maka, pada peringkat itulah God Spot akan dapat ditemui yang terletak di hati manusia. Kalau tidak dibersihkan, hati tersebut akan diisi dengan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan asma' Allah swt. Firman Allah swt:

"...dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". (Asy Syams:7-10)

Manusia yang jiwanya bersih, akan dapat mengenal dirinya siapa. Kepada siapa dirinya perlu mengabdi. Oleh itu, segala perintah Allah swt akan ditaati setiap masa. Tiada lagi alasan untuk tidak memperjuangkan Islam sebagaimana yang dipikul oleh para nabi dan rasul. Bila diberi amanah untuk memimpin, pasti tidak akan melakukan perkara yang tidak baik seperti rasuah dan menindas rakyat. Inilah suasana yang dihadapi negara ini sekarang. Para pemimpinnya perlu melalui penyucian jiwa terlebih dahulu. Barulah masalah keruntuhan moral rakyat dan kemiskinan dapat diatasi segera.


Ruang telah dibuka sekali lagi kepada rakyat ini untuk mencari bakal pemimpin yang benar-benar boleh membela nasib rakyat. Kalaupun tidak dinilai pada calon yang bertanding tapi lihatlah pada dasar yang diperjuangkan oleh perti tersebut. Mana satu yang boleh membawa Islam kembali tertegak semula berdasarkan realiti negara ini serta golongan yang boleh dipercayai untuk bersama (pakatan rakyat) meralisasikan kewajipan ini. Moga para pengundi dibukakan hati untuk memilih kebenaran dan tidak terpedaya dan tertipu berulang-ulang kali.

Intipati daripada kursus yang saya sertai ini amat besar maknanya. Namun, seperti biasa, bila mengikuti mana-mana program pemurnian jiwa sekalipun boleh lah dianalogikan seperti seorang musafir yang ingin sampai ke sesuatu destinasi. Tempat telah diketahui, hanya perlu usaha untuk sampai ke tempat tersebut. Sama seperti esq training, matlamat telah tergambar, tindakan untuk berubah yang menjadi penentu. Moga kita dapat menyucikan jiwa agar benar2 ikhlas kepada Qadhi Rabbul Jalil.

Demi matahari dan cahayanya yang menyinari, demi bulan apabila ia mengiringi, demi siang dan malam, demi langit, demi bumi dan seluruh isinya, moga kita mengenal hakikat diri...

Salam imtihan kepada seluruh penuntut ilmu, salam muwajahah silmiah kepada semua.


Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini