From new pic |
Baru-baru ini ahli Jabatan Amal tawau yang tengah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil kesempatan melawat pelajar SMIDU tahun pertama, Mohd Syahmi Muhammad Nasir. Syahmi yang juga merupakan ahli Bridged Amal Tawau yang baru ditubuhkan pada 30 Disember lepas mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Darul Ulum (SMIDU), Kuala Nerang, Kedah.
Syahmi yang baru berusia 13 tahun dihantar belajar meninggalkan keluarga di seberang demi mendalami ilmu agama yang insyaAllah akan dimanfaatkan di kampung halaman kelak. Ahli Unit Amal Tawau yang sempat bersama Syahmi dalam siri lawatan baru-baru ini dapat melihat kesedihan dan kerinduannya kepada keluarga tercinta. Manakan tidak, meninggalkan keluarga juah dari pandangan setelah hampir 13 tahun hidup bersama. Itupun dikhabarkan, Syahmi hanya dapat melepaskan kerinduan bersama umi dan abi tercinta seminggu sekali melalui telefon yang disediakan pihak sekolah.
SMIDU merupakan antara sekolah agama yang menjadi pilihan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Ratusan pelajar yang mendaftar di sini terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh pelosok Malaysia tanpa mengira ideologi politik masing-masing. Pelajar Sabah sahaja, terdapat lebih kurang 10 orng yang berhijrah untuk mencari mutiara berharga di bumi kedah ini yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu agama. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, pelajar SMIDU akan meneruskan pengajian di peringkat kolej juga dikenali sebagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang juga terletak satu kawasan dengan SMIDU. Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan berpeluang melanjutkan pelajaran di timur tengah antaranya Al-Azhar, Jordan dan sebagainya.
Sepetang bersama Syahmi sedikit sebanyak dapat menyelami perasaan anak kecil ini meninggal umi dan abi tercinta di kampung. Terpancar sinaran air di kelopak mata Syahmi sebaik ingin meninggalkanya meneruskan kehidupan sebagai pelajar di SMIDU. Demi sebuah ilmu untuk kepentingan diri dan Islam, Syahmi sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta. Kita doakan Syahmi dan pelajar lain yang tengah menuntut ilmu tabah dan mendapat kejayaan sebagaimana yang dihasratkan. Selepas beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar SMIDU, rombongan kami meninggalkan adik-adik ini.
Sebagai remaja Islam, gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk mencari sebanyak-banyaknya ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Sewajarnya para remaja di Tawau khususnya mencontohi Syahmi dalam keinginannya yang mendalam untuk mencari secebis ilmu. Dengan ilmu di dada, tidaklah berlaku kerosakan dan perbalahan seperti berlaku sekarang. Dengan ilmu juga, kita tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat sehingga sanggup memaki hamun dan mencerca orang lain. Hanya manusia yang jahil sahaja sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. Cuma kita tidak dapat elakkan akan kewujudan golongan ini walaupun telah berlaku pelupusan pada ketika menolak tawaran menaiki Nabi Nuh. Akhirnya, Allah telah membuat keputusan untuk 'demolished' manusia jahil ini dari muka bumi kerana menolak kebenaran.
Pesanan buat sahabat-sahabat, dalam menghadapi karenah kelompok manusia jahil ini kita sepatutnya berlapang dadah dan memafkan. Hal ini sebagaiman hadis Rasulullah saw, daripada Anas riwayat Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Rasulullah saw memaafkan kesalahan seorang Arab Badwi yang menyentap selendang Nabi dengan kasar sehingga meninggalkan bekas di leher. Tindakan bijak Rasulullah berhadapan dengan orang yang jahil. apabila dengan mudah memaafkannya. Orang yang jahil biasanya akan berkata apa sahaja untuk melawan musuhnya. Sekiranya kita melawan, sudah tentu akan bertindak seperti orang yang jahil. Akhirnya, kita turut termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk.
Salam Muwajahah silmiah.