at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Manusia bertopengkan Syaitan!!!

| Friday, April 30, 2010 |


Dalam bergelut melawan kesakitan yang menyerang setiap sudut fikizal dan masa, mencari juga secebis kudrat memacu taipan dakwah moga ada manfaat walau sekelumit cuma. Ada sesuatu yang unik untuk posting kali ini turut mendorong saya terlibat menghuraikannya. Harap tiada kaitan dengan fesyen yang digayakan oleh individu yang terlibat dalam kes ini hehe :)

Berbalik kepada tajuk, ulamak merupakan manusia yang disebut sebagai pewaris para nabi dan rasul. Namun, kesan daripada faktor persekitaran yang semakin menjauhkan manusia dengan sifat-sifat islami terdapat segelintir umat yang mengaku Islam sanggup menghina dan mengkritik keperibadian manusia yang sangat dimuliakan Allah di sisiNya.

Antaranya manusia dalam gambar ini tergamak mengugut bunuh seorang tokoh ilmuan yang tersohor, TG Nik Aziz, yang diiktiraf di mata dunia kezuhudan dan ketakwaannya. Kenyataannya di dalam FB baru-baru ini menceritakan segalanya.
Berdasarkan kenyataan yang disebutkan di ruangan sosial facebook, individu di atas adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tersebut. Kenyataannya boleh di rujuk di sini.

Ulamak telah menyebut, dikhuatiri sesiapa yang memusuhi dan menghina wali-wali Allah akan ditimpa dengan su ulkhatimah (kesudahan yang buruk) di dunia dan akhirat. Hal ini disebutkan olah Imam Syafie, bahawa ulamak itu antara gambaran seorang wali Allah.

"Kalaulah para ulamak yang beramal itu bukan wali Allah, maka tiadalah wali bagi Allah."

Allah juga telah menyebut dalam Al-Furqan dengan mengangkat martabat golongan ulamak ini dengan maksudnya :

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kebimbangan bagi mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu mereka yang beriman dan selalu bertakwa. Bagi mereka itu berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat..." [Yunus:62&63]

Laporan polis telah dibuat oleh pihak yang concerned akan isu ini. Laporan dibuat (boleh dirujuk di sini) kerana dikhuatiri ugutan tersebut sama ada berunsur gurauan ataupun ada niat tersendiri berulang sekali lagi kepada pendokong-pendokong Islam yang telah dibunuh sebelum ini.

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada kelompok yang mencela orang-orang yang soleh. Soelah bertopengkan syaitan mereka mengaku Islam dalam masa yang sama menghina mereka yang berperanan memberikannya nikmat kehidupa Islam. Cukuplah dengan segala bencana yang telah diturunkanNya di bumi ini.

Sekali lagi, diharap tiada 'pihak yang terasa' ataupun ter'sinis' dengan apa yang disebutkan di sini (tapi memang cantik baju yang dipakai manusia durjana di atas hehe). Mari bersama kita doakan mereka yang pesimis terhadap syariat Islam dibukakan pintu hati seluas-luasnya memahami agama ini.

Salam Muwajahah Silmiah. KTBFFH!!!


1 comments:

amalmeor said...

Berfikir dulu sebelum buat sesuatu.individu tersebut cari susah.
*cantik baju individu tersebut.nsb bukan color biru itu*

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini