at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Bantahan Kenaikan Tambang Bas UUM

| Friday, January 23, 2009 |

Pada 3 Januari 2009 yang lalu, pihak pentadbir UUM telah mengizinkan UNIC SYSTEM BUSINESS Sdn. Bhd menaikkan tambang bas kampus sebanyak 37.5 peratus, iaitu daripada 40 sen kepada 55sen setiap perjalanan.
Untuk mengutarakan suara mahasiswa ke atas isu tersebut, sekumpulan mahasiswa UUM telah mengadakan petisyen di atas laman web untuk membawa pandangan mahasiswa kepada pihak universiti.
Hakikatnya, pihak universiti tidak berasa bangga atas tindakan mahasiswa yang mengambil berat isu-isu dalam kampus tersebut, maka terus mendesak mahasiswa supaya hentikan kempen tersebut.

17 gabungan mahasiswa ini berpendapat, penekanan ini telah mencabuli kebebasan dan hak manusia untuk menyuarakan pandangan.

Selain daripada itu, cara-cara pihak pentadbir UUM untuk menghalang mahasiswa mengambil bahagian dalam kempen tersebut, seperti menakuti mahasiswa melalui telefon, menghalang pengaksesan mahasiswa ke atas laman web tersebut, mengugut tidak membenarkan ketamatan pelajaran mahasiawa sekiranya menyertai kempen tersebut dan lain-lain, telah menonjolkan pihak pentadbir UUM takut kesedaran mahasiswa.

17 gabungan mahasiswa ini berkomen, pihak pentadbir UUM harusnya meningkatkan demokrasi kampus dengan menggalakkan mahasiswa supaya bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menyelesaikan isu.

Sekiranya, kenaikan tambang bus tersebut adalah rasional dan dapat memanfaatkan semua pihak, kenapa pihak pentadbir UUM enggan mendengar pendapat mahasiswa?
Kenapa pula enggan mengumumkan kontrak tersebut?
Pihak pentadbir UUM haruslah tahu, mahasisawa merupakan pihak yang akan menanggung kenaikan tambang tersebut, oleh itu pandangan mahasiswa patutnya diambil kira sebelum membuat keputusan tersebut.

Walaupun bermacam-macam cara pihak pentadbir UUM mengacau kempen ini, petisyen tersebut masih mendapat sokongan daripada seramai 500 mahasiswa. Kami menyanjung tinggi kepada mahasiswa yang berani menyuarakan pandangan mereka. Sekiranya pihak pentadbir UUM terus menekankan mahasiswa, kami tidak mengecualikan kemungkinan untuk melancarkan satu kempen menyeluruh untuk menyokong mahasiswa UUM.

Disokong Oleh,

1. Gerakan Demokratik Belia dan Mahasiswa Malaysia (DEMA)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung Malaysia (GAMIS)
4. Intervarsity Council (IVC)
5. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
6. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)
7. Majlis Pelajar Kolej New Era8. UMANY
9. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (JKMI)
10. Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya
11. Persatuan Bahasa Tiong Hua Universiti Sains Malaysia
12. Persatuan Bahasa Cina Universiti Teknologi Malaysia
13. Persatuan Bahasa Tiong Hua Universiti Putra Malaysia
14. Gerakan Mahasiswa Maju Kolej New Era
15. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Utara Malaysia
16. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Sains Malaysia
17. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia


0 comments:

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini