at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Merakyat Perjuangan

| Friday, January 2, 2009 |


Sempena menyambut kedatangan maal hijrah dan masehi, Pemuda PAS Tawau dan Muslimat PAS Tawau mengambil inisiatif menganjurkan Sukan Rakyat 2008 maraikan tahun baru kali ini. Sukan yang turut dijayakan oleh Unit Amal Tawau dan Nisa’ Tawau sebagai ajk pelaksanan dihadiri ratusan penduduk kampung. Kemeriahan Sukan Rakyat diserikan dengan penyertaan penduduk kampung ke dalam acara-acara yang dipertandingkan sperti futsal, gusti lengan, tarik tali, imbang bola dan acara sukaneka untuk wanita.

Dalam ucapan perasmian Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Mohamad Abdullah, program ini merupakan bukti yang jemaah PAS semakin dekat di hati masyarakat. Hal ini kerana sembutan di luar jangkaan dengan kehadiran ratusan penduduk kampung bermula dari peringkat remaja sehinggalah golongan tua. Tambah beliau lagi, diharap persepsi negatif masyarakat kampung terhadap perjuangan PAS dapat dikikis dengan penerusan program seperti ini dari tahun ke tahun.

Pengarah Program pula, Ust. Noryusri selaku ajk Pemuda PAS Tawau, turut melahirkan penghargaan kepada penduduk kampung yang sudi menghabiskan masa cuti bersama seluruh warga kerja PAS Tawau. Respond daripada penduduk yang mengharapkan sukan ini diteruskan pada tahun hadapan akan menjadikan Sukan Rakyat sebagai acara tahunan untuk menyambut kedatangan tahun baru.















Kawasan Pentas Utama / Kaunter Pendafaran Acara
















Sukaneka Wanita / Piala Kejohana menjadi rebutan
















Acara gusti lengan / Pencarian Jaguh Kampung






















Acara tarik tali / Antara peserta imbang bola














Futsal bawah 12 tahun / VIP dan penonton setia















Kanak-kanak turut memeriahkan / Antara penggerak sukan rakyat





















Ucapan perasmian / Ucapan Pengarah program

















Pemenang Sukaneka Wanita / Persembahan Artis Unit Amal Tawau

















YDP berjiwa rakyat / Ketua Pemuda turut hadir


1 comments:

Adry said...

Salam... Man... Pinjam entri mu ni yaa.. aku copy paste di blog Pemuda.. hehehe... takda masa mau buat da...

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini