at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Kuasa Golongan Muda

| Monday, October 12, 2009 |

From new


Salam Satu Malaysia...

Itulah salam yang semakin mendapat tempat seiring dengan hasrat pemimpin negara ini mencapai perpaduan dan kesejahteraan antara kaum. Namun, jangan lupa salam yang sangat dituntut umat Islam melafazkannya. Lafaz 'asssalamualaikum' telah dijanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan namun semakini sunyi dilafazkan dan disebarkan. Inilah mungkin punca formula mencari keamanan yang hakiki masih belum ditemui. Bahkan makin menjadi-jadi bala bencana terbaru dari Padang yang dilihat sebagai proses tarbiyah daripada pencipta yang hampir disisikan.

Dalam kesibukan melayari bahtera akhir2 sem ini, dapat juga meluangkan sedikit masa mencatat sedikit pandangan yang jahil untuk dijadikan entri. Bukan pa, pengunjung pun da mula boring akibat blog yang dalam istilahnya yang polular 'bersawang' akibat tak update2.

Bercakap soal golngan muda, terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan bila menyebut isu ini. Manakan tidak, sejak awal permulaan kecemerlangan tamadun manusia lagi banyak dicorak hasil gerakan yang dipelopori golongan muda. Mindanya, kekuatannya dan semangat wajanya melebihi segala apabila dibentuk dan dilentur mengikut acuan sebenar.

Zaman permulaan Islam di Mekkah, usaha dakwah Rasulullah saw merektut golongan muda menjadi pendokong kepada gerakannya berjaya membawa kegemilangan yang besar buat Islam. Proses melahirkan modal insan yang berjiwa besar tersebut akhirnya terhasil pemuda-pemuda bersemangat waja seperti Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, Talhah Bin Ubadullah, Umair Bin Mas'ud, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib serta ramai lagi yang mewarnai perjuangan Rasulullah saw.

Ia diteruskan dengan penawanaan kota Konstantinople oleh seorang anak muda panglima tentera yang mempunyai tentera-tentera yang baik akhirnya diberikan kemenangan tersebut. Di Mesir, walaupun jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir pada tahun 1924 dengan runtuhnya empayar Turki Usmaniah, lahir pula pemuda yang mengasaskan tanzim harakah iaitu Assyahid Imam Hassan Al Banna sehingga tersetusnya pelbagi gerakan kini. Kekuatan mudanya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah Mesir dan dipindahkan ke Kaherah untuk menentang penjajah. Gerakan ini seterusnya tersebar luas di Universiti Al Azhar yang tersohor dengan penglibatan golongan muda sepenuhnya.

Di Algeria, usaha menentang penjajahan Perancis dipelopori oleh anak muda dengan tertubuhnya Front Islamic Salvation (FIS) yang akhirnya menghalau penjajah ini. Ia dimulaan oleh tokoh gerakan Algeria iaitu IR Abdul Kader Hachani. Begitu juga di Indonesia suara lantang pidato Suekarno anak muda dinamis yang dilahirkan Unversiti Teknologi Bandung berjaya pengaruhi jiwa-jiwa muda untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Selepas rampasan kuasa tentera Presiden Suharto daripada Suekarno, sekali lagi golongon mahasiswa bangkit dijalanan untuk menjatuhkan regim ini.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Bapa kemerdekaan negara yang 'sebenar' Dr Burhanuddin Al Helmy menjadi penggerak utama dalam membangkitkan semangat golongan muda yang intelegensia bangkit perjuangkan kedaulatan negara. Demikina juga politik baru yang dihadapi negara kini selepas 'tsunami politik' yang melanda banyak dipengaruhi kuasa golongan muda.

Justeru, kelebihan tittle 'golongan muda' perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Acuan dan tarbyah perlu diberikan dengan betul dan berhati-hati agar sekali lagi kegemlangan tamadun Islam yang kini sekadar menghiasi kitab-kitab tebal tidak hanya dijadikan bahan perbincangan dan sebagai suatu lambang sejarah kejayaan semata. Bertepatan apa yang disebutkan oleh Dr. Mohamad Said Ramadan Al Butti dalam kitabnya, bahawa manusia kini tidak kira intelektual Islam dan orentalis barat banyak membincangkan kehebatan dan keagungan tamadun Islam di zaman lampau, tapi mengapa ia terlalu sukar untuk diterima dan direalisasikan di zaman ini? Suatu persoalan yang semua tahu jawapannya.

Berbekalkan semangat dan kekuatan golongan muda masih tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada perubahan tanpa ilmu dan pengetahuan. Maka pemuda hari ini mesti diselamatkan memandangkan potensi yang ada pada dirinya. Golongan muda perlu bangkit bukan hanya memikirkan soal kahwin semata-mata. Memang perlu tapi jangan sampai meninggalkan perjuangan yang suci ini. Buatlah apa pun, fokus dalam akedamik, rancang pembinaan baitul muslim di usia ini namun semua itu perlu dijadikan semangat yang membara membantu suatu misi yang lebih penting. Imam Hasan Al Banna ada menyebut kepada golongan muda yang bersamanya, pemuda hari ini pencorak generasi masa hadapan.

Salam muwajahah silmiah.


1 comments:

amalmeor said...

Klau assignment politik dunia Islam,bley dpt A++ neh!skrang ni pun mmg golongan muda yg byk main peranan esp. dlm poltk.

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini