"Mahasiswa Islam Utara Memimpin Perubahan Negara" begitulah tema disebalik sebuah program perbincangan halatuju perjuangan mahasiswa peringkat nasional yang dianjurkan oleh gabungan organisasi mahasiswa iaitu PERSADA Kedah, MPM Insaniah, GAMIM Malaysia dan Qiyadah Club.
Program yang diberi nama Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA'10) ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia khususnya wilayah Utara Semenenjung akan kepentingan berdikari dalam membentuk syahsiah mahasiswa disamping berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Program selama 2 hari itu akan menampilkan beberapa tokoh dan bekas aktivis mahasiswa tanah air diantaranya ialah YB Nasir Zakaria, YB Dato' Mahfuz Omar, Dr. Anhar Opir, Dr. Azmi Abdul Hamid, Tn. Haji Ismail Ahmad, Encik Salmi Anas dan Sdr Dzulkhairi Mohd Noor.
Diantara kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah bertajuk: Masa Depan Politik Kampus: Antara Realiti dan Cabaran, Membentuk Mahasiswa Yang Berdikari Untuk Memacu Ekonomi Masa Depan, Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab.
Semua mahasiswa Islam khususnya di wilayah utara semenanjung Malaysia dijemput menyertai program tersebut.
Berikut adalah perincian mengenai program tersebut.
TEMPAT : Kolej Universiti Insaniah, Kedah Darul Aman.
TARIKH : 05-06 Mac 2010 (Jumaat dan Sabtu)
MASA : 8.30 mlm (Jumaat) hingga 5.30 petang (Sabtu)
YURAN : RM 1O.00 (makanan dan bahan program)
YURAN PENGINAPAN : RM 10.00 (bergantung kepada permintaan)
Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:
(1) Saudara Muaz Zulkifli : 0194327041
(2) Saudari Latifah Mohd Nazir : 019-4481792
Tentatif SIMURA
:
HARI PERTAMA ( 5 MAC 2010 )
8.10 malam : Ketibaan peserta
8.30 malam : Ketibaan dif-dif Kehormat, lagu Negaraku dan Negeri Kedah
9.00 malam : Kata Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
9.05 malam : Ucapan Pengarah Program
9.10 malam : Ucapan Perasmian
9.20 malam : Persembahan Multimedia
9.40 malam : Forum SIMURA'10
Tajuk Forum : Mahasiswa intelek memimpin atau dipimpin masyarakat?
Moderator : Sdr. Ammar Badruddin Bin Haji Romli
Presiden GAMIM Malaysia
Panelis 1 : YB Ust Mohd Nasir Bin Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Panelis 2 : Dr. Anhar Bin Opir
Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )
Panelis 3 : Encik Salmi Anas
Mantan Presiden MPP USM 1999/2000
11.45 malam : Majlis Bersurai
HARI KEDUA ( 6 MAC 2010 )
8.00 pagi : Sarapan Pagi
8.45 pagi : Ucaptama SIMURA'10
Oleh : YB Dato' Mahfuz Bin Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja 1
Tema : Masa Depan Politik Kampus : Antara Realiti Cabaran
Oleh : Yg Bhg, Cg. Azmi Bin Abdul Hamid
Presiden TERAS
11.30 pagi : Bicara Korporat
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdikari Dalam Memacu
Ekonomi Masa depan
Bersama : Tuan Hj Ismail Bin Ahmad
Pengarah Urusan HPA Industries
1.00 tengahari : Rehat
2.30 petang : Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab
Oleh : Sdr. Dzulkhari Bin Mohd Noor
Ketua Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia ( PUM )
4.00 petang : Dialog bersama dengan 4 organisasi penganjur
5.30 petang : Resolusi
6.00 petang : Bersurai
Jom Ke SIMURA 2010
Posted by
TUKANGSERU
|
Sunday, February 28, 2010
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment