at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Perkasakan Mahasiswa

| Wednesday, March 24, 2010 |




Bulan, minggu dan hari yang dipenuhi dengan amanah yang mesti diselesaikan. Tidak cukup dengan tugasan sebagai pelajar, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti lain yang turut menuntut sumbangan fikiran, masa dan tenaga untuk dicurahkan. Apa pun, peluang singkat di kampus tidak harus disia-siakan dan sewajarnya diisi dengan periapan-persian kelak sebelum terjun ke tengah-tengah masyarakat.

Inilah sebenarnya matlamat utama sebuah institusi ilmu yang perlu ditekankan. Pencapaiannya sebagai gedung ilmu diukur melalui peratus warganya yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai pelapis kepimpinan negara kelak. Bukan seperti sebilangan mahasiswa hanyut dengan dunia akedemiknya tanpa mengetahui perkembangan semasa yang sememangnya dahagakan idealisme seorang siswa.

Namun, ia bukanlah penghalang sekelompok mereka yang sedar akan tuntutan ini. Allah ingatkan dalam Surah Ali-Imran ayat 104, umat, pemuda, siswa yang terbaik apabila mampu beramal dengan kebaikan yang disepadukan dengan prinsip nahi mungkar dan taat sepenuhnya kepada qadhi rabbul jalil.

Selaras dengan hasrat itu dan berhajat dengan cita-cita itu, kesibukan di kampus sehingga pernah disebutkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al Banna bahawa kewajipan itu sebenarnya melebihi masa tidak menghalang kami menghantar wakil di peringkat utara bersama dalam Konvensyen Pemerkasaan Mahasiswa yang diadakan di Shah Alam, anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selongor bersama Majlis Permuafakatan Mahasiswa (MPM).

Hasrat murni yang bertujuan mengasah kepimpinan siswa ini turut disertai hampir kesemua IPT/S semalaysia. Bermula 25-28hb Mac, pembentangan kertas kerja daripada tokoh-tokoh negara dan juga bekas aktivis mahasiswa sekitar skop kampus dan realitinya di peringkat negara akan dibahaskan. Perbahasan ini diharapkan mempu pula digarapkan oleh setiap wakil untuk dibawa ke kampus masing-masing pula.



0 comments:

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini