at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Sekitar Bantahan Kepada Duta Sweeden

| Friday, March 26, 2010 |

Penghinaan yang berterusan musuh-musuh Islam kepada Nabi Muhammad saw terus menjadi-jadi. Terbaru, adegan tindakan jahat lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden sememangnya tidak boleh dimaafkan. Serentak dengan itu juga, ratusan umat Islam di negara ini yang cintakan Nabi saw berdemo menyatakan kemarahan yang tidak terbendung lagi kepada musuh dan munafik agama tercinta ini.

Berhimpun selepas jumaat di Masjid Tabung Haji KL, perarakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berdemo menyatakan hasrat dan kasih sayang mereka kepada agama Islam dan Rasulullah khususnya. Satu memorandum di hantar ke kedutaan Sweeden sebaik kumpulan umat Islam ini tiba di hadapan bangunan berkenaan. Pihak polis dan SB turut tidak ketinggalan 'menyertai' demo bantahan aman tetapi membara denga semangat jihad umat ini.




"BIADAB, BIADAB, BIADAB SWEEDEN! LABBIAKKAYA RASULLULLAH... BIRRUH BIDDAM, NAFDIKAYA YA RASULULLAH, DENGAN NYAWA, DENGAN DARAH, KAMI PERTARUHKAN UNTUK MU YA RASULULLAH!!!"




0 comments:

Top 10 Members

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash

Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini