at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Kemunculan Semula: Gambar Pilihan Sepanjang Holiday...

| Wednesday, December 21, 2011 |

Kemunculan semula, update blog yang telah lama bersawang. Sesuai dengan tema blog ini, 'tempur arus', penulis tidak henti-henti aplikasikannya dalam kehidupan walaupun tidak semua dikongsikan di dalam laman ini. Gambar pilihan sepanjang kehilangan dalam blog ini adalah percutian ke sebuah daerah di Sabah yang terkenal dengan pulau-pulaunya. Semporna.

 Kebetulan orang yang tangkap gambar ini boleh la dikatan profesional dengan kamera yang canggih, maka bertambah la keininginan untuk berkongsi keindahan pulau yang berjaya diterokai. Percutian bersama sahabat-sahabat sempena meraikan lawatan seorang senior kampus dari Kedah, seorang yang kami anggap sebagi kakak, sangat sporting, caring, murah hati dan semuanyalah:)

Dalam gambar ini, budaya masyarakt bajau laut banyak dipaparkan. Kehidupan mereka yang menetap di perahus sebagai 'rumah' masih kekal hingga kini. Suatu khazanah berharga rakyat Sabah yang mesti dipertahnkan.

Nikmatilah pemandangan yang indah, rehatkan minda dengan kemelut yg tidak berkesudahan menimpa negara ini. Pasti akan datang hari kezaliman akan menerima pembalasannya.
















Kepada yang bakal membina baitu muslim, jemputlah datang berbulan bermadu di pulau-pulau menarik yang terdapat di Sabah. Membangun Negara Berkebajikan:D


Ramadhan yang Mulia Bakal Bertamu

| Friday, July 22, 2011 |

Bulan Ramadhan dan keutamaannya

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah swt ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan di dalam Kitab Allah swt semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang bertakwa.” (Surah At-Taubah : 36)

Allah swt telah menetapkan bahawa terdapat 12 bulan dalam kalender Islam. Antara bulan-bulan Islam tersebut ialah Ramadhan. Ramadhan adalah tetamu agung umat Islam yang membawa keampunan, rahmat, kebajikan dan berkat. Abu Hurairah r.a ada menyebutkan dalam hadis Rasulullah saw bahawa dalam bulan Ramadhan pintu Syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan mulia ini. Justeru, kedatangan Ramadhan perlu melalui persiapan fizikal dan mental yang sempurna agar dapat memanfaatkan bulan ini dengan amal ibadat.

Persiapan Menyambut Tetamu Agung

Bergembira dan Berdoa

1.   Umat Islam perlu bergembira dan sentiasa berdoa lebih-lebih lagi di bulan Sya’aban ini kerana bulan Ramadhan adalah peluang bagi umat Islam melipatgandakan amal ibadah dan kebajikan. Dengan doa yang dipanjatkan kepada Allah, muda-mudahan akan dimakbulkan hajat sampai ke bulan Ramadhan yang mulia.

2.   Rasulullah saw selalu memberikan kata-kata galakan kepada para sahabat seperti yang diriwayatkan olah Anas bin Malik r.a iaitu Rasulullah saw sentia berdoa di bulan Sya’aban agar dapat diketemukan dengan bulan Ramadhan. Di samping itu, para sahabat juga akan teruja dan berasa gembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang sentiasa dinanti-nantikan.

Memperbanyakkan Puasa Sunat dalam Bulan Sya’ban
1.   Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan juga digalakkan supaya memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Sya’ban, puasa sunat Isnin dan Khamis dan lain-lain.

2.   Aisyah r.a pernah menyebutkan bahawa Rasulullah saw sendiri mempraktikkan puasa sunat di bulan Sya’ban, maksudnya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa dalam satu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihat Baginda dalam mana-mana bulan lain lebih banyak berpuasa melainkan dalam bulan Sya’ban.” (HR Bukhari dan Muslim)

3.   Baginda juga pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmat puasa dalam bulan Sya’ban dan Baginda menjawab, “Bulan Sya’ban yang di antara bulan Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”

Mengqada’kan Puasa Wajib yang Ditinggalkan

1.   Puasa Ramadhan yang tertinggal adalah wajib diqada’ dan bulan Sya’ban adalah bulan terakhir pada tahun itu untuk mengqada’kan puasa.

2.   Maksud peluang terakhir di sini adalah bagi mengelakkan bayaran fidyah jika suda masuk Ramadhan kedua, sedangkan puasa Ramadhan puasa Ramadhan tahun sebelumnya belum di qada’. Maka wajib mengqada’nya dan wajib juga membayar fidyah.

Membayar Fidyah bagi Sesiapa yang Berkaitan

1.    Makna fidyah ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan qada’ puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.

2.    Perlu juga diingat bahawa di samping wajib membayar fidyah dan qada’ puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat kepada Allah swt kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur adalah haram.

Selamat menjalani persiapan mental dan fizikal di bulan Sya'ban untuk berhadapan dengan Ramadhan Al-Mubarak, bulan ibadah dan amal kebajikan...


Amalkan Solat Penutup : Solat Witir

| Monday, May 23, 2011 |



Solat witir merupakan solat sunat terakhir atau solat penutup didalam satu malam. Sabda nabiْ “Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir” [HR Muslim].


Solat witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.



Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.



Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.



Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa`ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).



Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.



Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).



Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.



Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).



Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.



Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.



Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.



Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.



Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.

Sumber : Tazkirah


Jom 'Shopping Ilmiah' !!!

| Friday, April 15, 2011 |


Peluang terbaik menambah koleksi buku ilmiah di samping memperhebatkan budaya membaca. Dikhabarkan, pengedar-pengedar buku bakal memberikan diskaun belian sehingga 50% kepada para pengunjung Pesta Buku Antarabangsa 2011. Mari ber'shopping' di tempat yang sepatutnya. Hebat. PEACE.


Blue Is The Colour : Baju Baru !!!

| Tuesday, April 12, 2011 |




Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.

Here at the Bridge, whether rain or fine
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name

Come to the Shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name. 


Secara rasminya, jersey baru Chelsea yang sangat smart and cool, Home Kit 2011/2012 telah dilancarkan dan akan diperagakan pada perlawanan terakhir menentang Newcastle United. Harap2lah masa tu tittle race masih lagi belum diketahui. So, cepat2 dapatkan. Versi ekonomi ada di Padang Besaq!!! :). PEACE.


Lagu : Nikmat PemberianMu...

| Monday, April 11, 2011 |



Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja


Setiap kali ditimpa musibah

ku mengeluh risau bertambah gelisah

hingga terlupa padaMu Allah

tempat kembali segala masalah


Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan


Kurniakanlah kepadaku ketabahan

singkapkanku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan



Oh Tuhan Yang Maha Penyayang

leraikanlah aku dari keluh kesah

yang membelenggu jiwa dan fikiran

ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini

mampu meraih cinta keredhaanMu

seandainya akulah insan yang terpilih

pimpini hidupku...



Sila klik untuk mendengar lagunya:)


Kitab Raheeq Al-Makhtum : Koleksi Sirah Nabawiyyah Wajib Ada

| Monday, April 4, 2011 |


Rasulullah saw adalah Rasul terakhir yang diutuskan Allah swt yang telah membawa cahaya Islam untuk disebarkan di serata dunia. Kegigihan dakwah dan perjuangan baginda saw dan para sahabat telah terbinanya sebuah tamadun Islam maha hebat dan unggul sehingga menundukkan pemerintah zalim yang sekian lama mensyirikkan Allah swt. Tidak kurang juga para penentang kuat wahyu yang diturunkan daripada langit akhirnya terpesona dengan kehebatan dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. 

Benarlah, pada diri Rasulullah saw telah tergambar akhlak yang selayaknya dimiliki seorang insan. Bahkan, hebatnya Rasullullah saw bukan sahaja menjadi model dalam aspek peribadi baginda tetapi merangkumi segala aspek kehidupan yang mencakupi aspek muamalah, ekonomi dan politik. Inilah cerminan atau figure seorang tokoh pemimpin yang wajib dicontohi. Justeru, tidak hairan apabila tokoh ilmuan barat juga mencedok dan menggali sirah kehidupan manusia mulia ini. 

Sesiapa pun tidak dapat menafikan kehebatan dan kemuliaan yang ada pada diri Rasulullah saw. Oleh sebab itu, ramai umat Islam bila disebut padanya tentang Nabi Muhammad saw, secara spontannya mengatakan bahawa dia kasih dan cinta Rasulullah saw. Bermula daripada umat yang beriman sehinggalah yang Islam hanya pada nama turut menyerahkan kecintaannya pada Rasulullah saw. Dedah aurat, tinggalkan solat dan pergaulan bebas semua ini antara fenomena akhir zaman yang biasa kita lihat semasa menyambut perarakan Maulud Nabi semata-mata ingin menunjukkan bahawa semuanya cinta Rasulullah saw. Namun, adakah hanya semudah itu mengatakan cinta padanya? Adakah cukup malafazkan dengan kata-kata? 

Persoalan ini biarlah saya akhiri dengan sebaris lirik lagu yang mungkn akan menyedarkan kita betapa mahalnya pengakuan 'cinta pada  Rasulullah saw' itu.

If Rasulullah (saw) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? Would you extend all your heart & being? Would you dare do anything less? Then, why do we stray from his way? Ya Rasulullah, sollu ‘alaika ya Habibillah Khairu Khalqillah.
(Artist: Sami Yusuf, Copyrights Awakening Records, Album: My Ummah)


Namun, terdapat beberapa ciri yang boleh dijadikan paduan apakah nilai kasih dan cinta kita kepada Rasulullah saw. Antara ciri-ciri tersebut adalah :

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah dan cara hidup Rasulullah saw.
2. Banyak berselawat kepada Rasulullah saw kerana kita tahu orang yang paling bakhil adalah orang yang jarang berselawat ke atas Nabi.
2. Banyak membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Sumua ciri-ciri di atas tanpa usaha yang tinggi untuk mengenali Rasulullah saw tidak mungkin dapat diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan. Mungkin inilah punca kenapa cinta Rasulullah hanya mampu diaplikasikan pada kata-kata yang bermadah indah semata-mata. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk mencintai dan seterusnya mengamalkan cara hidup Rasulullah saw adalah dengan mengkaji dan mndalami sirah hidup baginda. Tidak kiralah mengikuti pengajian, pembacaan dan sebagainya. 

Di sini, sebuah kitab mengenai sirah Rasulullah saw yang cukup lengkap wajar dimiliki olah semua iaitu Kitab Sirah Nabawiyyah Raheeq Al-Makhtum karangan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri. Kitab ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah di Makkah. Krya yang dihasilkan ini juga kaya daripada segi bahasa dan susunan ceritanya yang indah dan menarik. Menceritakan kehidupan Rasulullah saw dengna cukup lengkap bermula daripada asal-usul sehinggalah perjalanan dakwah yang mencabar dalam menengakkan Islam. Sebuah kitab yang diibaratkan sebagai biografi ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan sesiapa sahaja termasuklah pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat yang ingin mencontohi akhlak dan kehidupan bermasyarkat manusia yang mulia ini.

Buku ini mungkin sukar untuk didapatkan kerana sangat laris di pasaran.. Saya sendiri tengah menunggu koleksi peribadi sendiri yang akan dihadiahkan daripada sahabat seperjuangan, insyaAllah :D. Keinginan yang tinggi memiliki buku ini setelah sekian lamanya berakhir juga. Sabar dan terus bersabar... PEACE.


MOML : Mata Ohh Mata Lelaki...

| Thursday, March 31, 2011 |




Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

Lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Maka bantulah lelaki wahai wanita dengan memelihara perhiasan yang ada pada dirimu. Indahnya perhiasanmu bukan untuk dijadikan bahan tontonan buat mereka yang tidak selayaknya. Takut-takut sekiranya berterusan memperlihatkan apa yang tidak sepatutnya, lelaki yang diharapkan menjadi pemimpin mu berrubah watak menjadi orang yang bakal merosakkan mu...Ingatlah pesananNya, perliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api NERAKA... PEACE.




Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini