at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

VIDEO SEKS ANWAR (DSAI) : Perut Buncit

| Wednesday, March 23, 2011 |

Ini bukanlah cerita mengenai video seks anwar yang sekarang tengah hot berkemungkinan besar untuk menjatuhkan dan menghalang PR menawan Putrajaya. Maklumlah, election ke 13 akan bermula tidak lama lagi dan pasti Pilihan Raya Negari Sarawak akan bermula bulan hadapan. 

Sebenarnya, penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan masalah perut buncit seperti yang dilaporkan berlaku kepada salah seorang yang didakwa sebagai Anwar di dalam video seks berkenaan. Berkat kesabaran Datuk Sri Anwar Ibrahim menjaga perut daripada buncit, maka beliau terselamat daripada ancaman video berkenaan. Dalang disebalik video tersebut pun tengah disiasat. Malu sunggu rakyat negeri berkenaan kan... Ini dia 10 tips berkenaan :) :

Sapa taknak, mari baca tips ini!!!


  1. 1.
    Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. 2.
    Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. 3.
    Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. 4.
    Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  5. 5.
    Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. 6.
    Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. 7.
    Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. 8.
    Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
  9. 9.
    Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. 10.
    Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

    P/S : Mana yang baik, boleh dijadikan amalan. Pelakon adegan dalam video seks tersebut pun jika berpeluang membaca entri ini boleh amalkan. Lebih baik mengempiskan perut buncit tersebut daripada membazir masa anda menambah akaun dosa yang akan dikumpulkan di Negeri Akhirat kelak. Ingat senang2 ke nak perbodohkan rakyat...keh3. PEACE.  


Lupakan Astro : Tonton Bola Live Streaming...

| Sunday, March 6, 2011 |

TEKAN IMEJ DI BAWAH UNTK DAPATKAN LINK LIVE. SELAMAT TINGGAL ASTRO, SELAMAT MENONTON... 

-Setiap 30 ~60 minit sebelum perlawanan anda akan dapat link tonton LIVE perlawanan bola sepak anda!! Sila Bookmark dan datang lagi sekejap lagi-




P/S: Untuk tutorial live-streaming, tekan link ini. Credti to ar-rifke.com


Clash of Titans : The Reds in Blues...

| Tuesday, March 1, 2011 |

 Tajuk kali ni nak fokus pada bola pula. Sebelum tu, entri ni bukanlah bertujuan mewujudkan pertelingkahan tetapi inilah keseronokan yang dirasai peminat bola. Lumrah, apabila pasukan pilihan menang maka team yang kalah akan kena 'kutuk' sehabis-habisnya. Peluang sebegini tak mungkin datang selalu, minggu depan nasib berbeza pula. Ini antara cara peminat2 bola liga EPL terutamanya 'bermesra'... :D

Kembali pada game Chelsea vs Mu semalam, sekurang-sekurangnya membuat kan penyokong pihak lawan tidak seriuh seperti sebelumnya. Maklumlah, bila dah kalah langkah terbaik adalah 'melenyapkan diri'. Tapi ada juga makhluk yang tetap dengan sikap sombong dan egonya seolah2 team dia pula yang menang. Seperti biasa, tindakan 'lucu' FErgusan apabila kalah, tidak lain  daan tidak bukan menyalahkan pengadil yang dikatakan silap membuat keputusan. Ini antara kritikannya terhadap pengadil, Martin Artkinson semalam (fan2 MU pun terikut2 sekali, ish3) :


"Ia mustahil. Pengadil tidak melayangkan kad kuning kedua kepada David Luiz atas cabaran kepada Rooney. Rentak permainan berubah."

Begniliah sikap orang-orang tua yang dah nyanyuk. Imbas kembali pertemuan MU dengan Wigan, bukan main lagi menang besar 4-0 riuh mengatakan semua itu hasil komitmen pemain. Sumbangan Reff masa tu suda lupa ka??? Kita lihat reaksinya apabila Rooney menyiku pemain Wigan dan sepatutnya dapat kad merah, as same goes to David Luiz tonight... Katanya:


"Itu adalah cabaran biasa dalam bolasepak. Bolasepak itu sendiri merupakan sukan fizikal."


Nampak sangat bias pada keputusan pengadil. Asyik2 nak pengadil menyebelahi pihaknya. Mana boleh cess... Ambik kau...




Mungkin kemenangan ini tidak menggugat sedikitpun kedudukan MU di takhta liga, tapi yang pasti kekalahan kepada Chelsea sekurang-kurangnya sebagai peringatan jangan terlalu memandang rendah team yang dikatakan menuju 'zaman kejatuhan' ini. Chelsea dalam pembikinan, buktinya new player semakin menyerlah. Torres tak menjaring??? Barbatove dan Chicharito menjaring ka??? Hehe

  
Akhir kata, teruslah setia dengan team bola EPL pilihan anda. Biar kalah janji setia...:D. Bola sepak liga negara sendiri kena ambik tau juga...

KTBFFH!!!


Credit to : footballcrazie.blogspot.com


Seni Menghadapi Makanan???

| |

Sambil-sambil menunggu match clash of the titans pagi ni, terbaca sebuah entri yang menarik di laman web iluvislam.com. Beberapa tips yang mesti diamalkan apabila berhadapan dengan makanan??? Ya, makan memang menyeronokkan, tetapi makan pun mesti ada ilmu agar tidak mendatangkan kesan yang tidak baik pada badan.

Kalau tidak tahu seni untuk menghadapi makanan, lama-kelamaan makanan yang lazat sekalipun tidak sudi dipandang. Semua berpunca apabila makanan suda tidak menjadi kawan. Makanan akhrinya menjadi musuh yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang memudaratkan. Benarlah pesanan Rasulullah saw :
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).
Selain itu, tidak tahu berseni dalam menghadapi makanan akan menyebabkan berat badan yang berlebihan. Untuk itu, mari bersama kita amalkan tips-tips pemakanan yang sihat agar tidak tidak berlebihan berat badan. Yang dah lebih, cepat-cepat kita kurang kan...opss:)

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat. 

11 - 20: Senaman.


Kempen Jauhi Zina : Nikah itu Mulia, Zina itu Hina

| Saturday, February 19, 2011 |


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)


Pilih azab atau nikmat berdasarkan kerja buat di dunia...

| Wednesday, January 12, 2011 |

Siapa pun umat manusia yang berakal yang hidup di dunia ini pasti tidak sekali-kali teringin dicampakkan ke dalam neraka. Umat Islam meyakini adanya balasan syurga dan neraka setelah melalui ujian hidup di dunia yang fana ini. Hal ini seperti yang disebutkan Allah swt dalam Al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3, menjelaskan bahawa manusia itu belum lagi beriman sekiranya ujian yang Allah swt berikan di dunia tidak mampu dihadapi dengan jalan sabar dan solat. Friman Allah swt :
“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.


Manusia dihidangkan dengan seribu satu bentuk ujian yang terdapat di dunia inil. Sama ada ujian terhadap harta, wanita, anak-pinak dan macam-macam lagi yang dapat memesongkan akidah dan melalaikan setiap umat yang mukallaf daripada mengingati Allah swt. Persoalannya, adakah tindakan kita selama ini benar-benar dapat dikategorikan sebagai manusia yang tidak layak untuk neraka???

Coretan kali ini cuba membawa penulis sendiri dan para pembaca yang budiman bermuhasabah dan mengenali beberapa tingkat neraka yang selayaknya dihuni mengikut jenis-jenis kesalahan manusia. Ia tidak lain dan tidak bukan, sebagai panduan untuk menjadi umat Islam sebaik mungkin yang sentiasa terhindar daripada melakukan dosa yang sangat ditegah olehNya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
  • Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)
Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.
  • Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya.
Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)


Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini