Ops Banjir 3 : Anggota Jabatan Amal Tawau Terus Beramal
Posted by
TUKANGSERU
| |
Anggota-anggota Jabatan Amal yang melanjutkan pelajaran di semenanjung tidak melepaskan kesempatan berbakti kepada masyarakat dalam bencana banjir terburuk melanda kawasan sekitar negari Kedah baru-baru ini. Bersama dengan sahabat-sahabat kampus lain yang belum pulang ke kampung halaman, lokasi sasaran kali ini sekitar Jitra terutama kawasan perkampungan Pondok Hj Salleh.
Bertepatan dengan tema utama jabatan ini iaitu Beramal Kerana Allah, semua petugas sukarelawan turun padang berkhidmat membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Hanya keredaanNya jua yang diharapkan.
Berada di kampus, tugas-tugas sebagai pengkader generasi dakwah tetap diteruskan. Justeru, ahli-ahli Jabatan Amal Tawau tidak berjuang keseorangan di kampus kerana berjaya mencorak minda generasi muda intelek agar dapat menanam sifat-sifat pemuda yang sedia berkhidmat berkorban tenaga, harta dan masa. Bahkan Jasad dan Nyawa sekalipun demi agamaNya.
Setiap gerak kerja yang memerlukan tenaga dan pengorbanan besar mahasiswa, ahli-ahli Jabatan Amal Tawau sebagai perancang utama tidak sunyi dengan bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat yang sedia berkhidmat dan beramal. Tiada lain yang diharapkan semoga terus istiqamah di jalan yang benar. Berikut antara coretan manis gerak kerja Jabatan Amal Tawau di perantauan...
| Selamat tiba di lokasi sasaran dengan penuh keseronokan... |
| Bergambar kenangan sebelum berbakti dan berselut... |
| Proses pemindahan barangan sebelum membersihkan lantai yang disaluti dengan selut... |
| Kawasan ini ditenggelami air paras dada yang mengakibatkan banyak perkakas rumah rosak... |
| Antara ahli Jabatan Amal Tawau, Sdr. Idham... |
| Nampaknya, perabot baru la jawabnya... |
| Seharian bekerja, mula menampakkan hasil... |
| Akhirnya, selut berjaya dinyahkan... |
| Tutur bertindak melaksanakan kerja-kerja kaum Hawa... |
| Membersihkan diri sebelum berehat... |
| Menjamu selera yang disediakan tuan rumah, keluarga mangsa banjir... Menjamu penuh selera dan FOKUS>>>... |
| 'Kami sedia berkhidmat...' |
Bertemu lagi pada Ops Banjir yang seterusnya....
"Beramal Kerana Allah"
Hadiah Istimewa Buat Penduduk Galas dan Batu Sapi
Posted by
TUKANGSERU
|
Friday, November 5, 2010
|
Keputusan PRK Dun Galas dan P Batu Sapi telah berlalu. Semua pihak pun dah sedia maklum parti BN, UMNO mengatasi Pakatan Rakyat 2-0. Macam bola la pulak. Mungkin yang paling gembira sekarang adalah pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan PRK tadi. Jika mengikut manifesto atau janji-janji manis BN semasa kempen, banyak projek mega yang dijanjikan. Maknanya, tidak lama lagi tidak kira pengundi Parti BN atau PR semua akan mendapat nikmatnya terutama penduduk di Dun Galas.
Antara projek mega yang telah dijanjikan kepada penduduk di Galas dalam RMKe-9 di DUN Galas membabitkan Hospital Gua Musang (RM60 juta); Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang (RM12 juta); Ibu Pejabat Polis Gua Musang (RM31 juta); Jalan Besar (Persiaran Raya) (RM18 juta); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi (RM20 juta); dan Sekolah Kebangsaan Sri Wangi (RM17 juta).
Projek lain, Kompleks Sukan (RM2 juta); Stesen Keretapi (RM4 juta); Perpustakaan Awam (RM1 juta); SK Gua Musang 1 (Tambahan) (RM2 juta); dua Gelanggang Futsal (RM200,000); Sekolah Menengah Integrasi yang tendernya sedang dibuka (RM40 juta); Pusat Latihan KESEDAR (RM6.2 juta),; Projek Perumahan Rakyat (1,500 unit baru dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM180 juta). Hmm, banyak tu. Bertuah penduduk di Galas. Di Batu Sapi pun para penduduknya akan menikmati Projek Pembangunan yang sama.
Semoga pengundi-pengundi di Galas dapat menikmati pembangunan seperti yang dijanjikan. Apa yang diharapkan, pembangunan kerohanian dan jiwa jangan dilupakan. Biarlah selari dengan hasrat murni Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang tidak pernah meminggirkan pembangunan insan dan fizikal. Rakyat klate sejati lebih mengetahui...
Bagi Kerajaan Barisan Nasional. dengan optimis pucuk pimpinan UMNO menyatakan kemenangan tersebut tanda sokongan padu rakyat Malaysia kepada pimpinan Dato' Sri Najib. Bagi Pakatan Rakyat pula, kemenagan tersebut tidak akan melemahkan para pendokongnya meneruskan hasrat menawan Putrajaya dalam PRU 13 akan datang.
Mungkin pengundi-pengundi di Galas ada pandangan tersendiri. Demikian juga halnya yang berlaku di Parlimen Batu Sapi. Tahniah kepada pengundi di Dun Galas dan P Batu Sapi atas kejayaan parti pilihan masing-masing. Semua pihak mengharapkan 'sejarah' lalu tidak berulang di mana janji hanya tinggal janji. Contoh terdekat di Manek Urai. Nak tahu apa berlaku, boleh siasat sendiri.
Selesai 'kenduri' PRK. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan amanah yang sepatutunya. Boleh fokus semula pada bencana banjir yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah. Mari bersama menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam baentuk apa jua yang temampu.
Perkembangan Bencana Banjir di Utara
Posted by
TUKANGSERU
|
Thursday, November 4, 2010
|
ALOR SETAR: Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.
Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang. Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat.
![]() |
| SUNGAI Anak Bukit melimpah berhampiran Masjid Zahir yang berlatar belakang Menara Alor Setar... |
Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang membabitkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).
Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi membabitkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
![]() |
| Lapangan Terbang Alor Setar ditenggelami air... |
Katanya, keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.
Tinjauan di kawasan sekitar bandaraya Alor Setar mendapati semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air dan semakin banyak kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan.
Kawasan perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan juga pejabat BERNAMA Biro Kedah, kedua-duanya di Jalan Stadium, mula digenangi air. - BERNAMA
Ops Banjir 2 : Sekitar Kampung Changkat Setol
Posted by
TUKANGSERU
|
Wednesday, November 3, 2010
|
Misi membawa mahasiswa ke tengah masyarakat diteruskan dalam Ops Bajir 2 yang diadakan di sekitar Kampung Changkat Setol, Kubang Pasu. Kepayahan yang dirasai oleh mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak terubat dengan membantu kerja-kerja pembersihan rumah yang dinaiki air. Bersama lebih kurang 30 orang sahabat-sahabat muslimin dan muslimat gigih berbakti kepada masyarkat.
Walaupun letih, namun keseronokan beramal membuatkan diri terpanggil untuk terus menghulurkan bantun kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, misi ini akan diteruskan lagi bagi menyelami kepayahan dan penderitaan yang dirasai mangsa-mangsa banjir. Dalam kesibukan menelaah pelajaran, jangan lupa berbakit kepada masyarakat. Sesungguhnya, tenaga mahasiswa sangat diperlukan dalam membantu menyelesaikan masalah dalam negara.
| Rumah Mak Tiah yang ditenggelami air, bersiap untuk dibersihkan... |
| Para sukarelawan mahasiswa UUM tekun beramal... |
| Selut yang menenggelami lantai rumah, lebih kurang 3 inci tebalnya... |
| Memang seronok dapat bekerja bersama... |
| Pembahagian tugas penting dalam melicinkan gerak kerja... |
| Kewajipan utama tidak sekali-kali ditinggalkan, tetap dilaksanakan walau di mana berada, walau dalam situasi apa jua... |
| Kerja pembersihan dalam peringkat akhir, leganya... |
| Lantai bersih daripada selut yang menyaluti... |
| Tercapai matlamat hasil kerja dalam jemaah... |
| Hidangan kopi yang disediakan tuan rumah... |
| Antara wajah-wajah petugas yang sentiasa rindukan beramal dan berbakti... |
| Laluan yang masih ditenggelami ayak bah, |
| Juadah disiapkan oleh muslimat walaupun sibuk dengan kerja-kerja pembersihan, |
| Tidak sabar menanti tugasan seterusnya... |
Laporan daripada Ops Banjir 1 sehari yang lepas...
"BERAMAL KERANA ALLAH'
Subscribe to:
Posts (Atom)







