"Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai"
Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .
Pertolongan Allah kepada Mukminin .
"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa."
Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh
"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."
Tersebarnya Islam di seluruh alam.
Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)
Kekuasaan Islam di Timur dan Barat.
Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)
Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi.
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)
Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah.
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.
Pandangan penulis, Kemenangan yang dijanjikan Allah swt pasti akan berlaku. Cuma, tindakan dan usaha umat kini yang menentukan sama ada kemenangan tersebut akan dipercepatkan atau sebaliknya. Justeru, dengan hanya mengharap janji-janji Allah swt semata-mata, pasti kemenangan itu tidak berlaku.
Maka perlu, dalam keadaan umat Islam di Palestin dizalimi, perlu ada usaha untuk membantu hancurkan kuffar zionis. Usaha tersebut banyak pula kaedahnya. Sama ada melalui demo dan bantahan, dernam, doa dan terlibat secara langsung. Ikutlah berdasarkan kemampuan. Apa yang penting, masih adakah rasa sensitiviti sebagai umat Islam terhadap segala penganiayaan yang berlaku kini. Salam muwajahah silmiah.
Hancur, hancur! Hancur Zionis!!!
1 comments:
Jangan lupa post gambar demonstrasi selamatkan palestin...
http://picasaweb.google.com/Pemudatawau/DemonstrasiBebaskanPalestin#5291004084002052
Owh ya... ada entri khas buat ko dan kengkawan lain di blog unit amal... ehehehe
Post a Comment