at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

KPO DPP

| Saturday, January 17, 2009 |



Alhamdulillah, dapat jugak meluangkan masa untuk meng'update' blog yang tidak seberapa ni. Namun yang penting, dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman untuk kebaikan bersama. Beberapa hari ni memang sibuk dengan aktiviti kampus. Khamis lepas, saya berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi yang dianjurkan oleh Dewan Penginapan. Maklumlah, baru dilantik sebagai exco Dpp. Walaupun saya seoranglah yang boleh dikatakan berhaluan kanan, namun ruang untuk terlibat dengan jawatankuasa kolej digunakan sepenuhnhya untuk membawa sedikit kebaikan.


Pada mulanya, memang agak kekok sedikit bergaul dengan remaja2 yang bukan sosial sedikit tetapi sosial banyak. Memang terasa asing berada dalam kelompok mahasiswa yang tidak pentingkan waktu solat, tidak kisah bersentuhan sesama lelaki dan perempuan dan boleh dikatakan tidak amalkan sedikitpun nilai2 islami walhal mereka semua beragama Islam. Terpaksalah juga untuk mengikuti rentak golongan ni. Mungkin yang pernah berada dalam situasi ni tahulah macmana rasanya. Tapi bila da berjaya dekati, memang banyak perkara yang kita boleh ubah walaupun terasa sukar.


Selama tiga hari berkursus dengan ajk baru kolej di Pendang Lake Resort, banyak sangat keadaan yang tidak selesa dirasai. Manakan tidak, program yang dianjurkan oleh pendtadbir universiti berjawatn dekan boleh mengambil ringan hal-hal yang berkaitan dengan solat. Itu tidak termasuk lagi masalh pergaulan. Memang sedih bila melihat para pemimpin mahasiswa tidak didik mengikut acuan Islam. Pihak HEP pula gunakan sebaiknya kursus ini untuk mencuci minda para pimpinan mahasiswa supaya akur dengan segala arahan pihak universiti.


Terlibat dalam jawatankuasa kolej bersendirian memang sukar untuk membawa perubahan yang besar. Ibarat berjuang keseorangan tanpa sahabat yang sefikrah. Mudah-mudahanlah Allah swt tetapkan hati agar tidak terpengaruh dengan budaya yang merosakkan. Justeru diberi kekuatan untuk suarakan perakra yang benar.

Sebenarnya tidak mustahil, baru sahaja tadi kemenangan Islam sekali lagi terjelma di Kuala Terengganu. Allahuakbar!. Ia membawa mesj yang jelas, prinsip amal Islami yang semakin diterima oleh masyarakat. Oleh itu, tidak mustahil ia juga akan diterima oleh golongan mahasiswa yang lebih terkedepan mindanya. Apa yang menggembirakan juga, kelab bola kesayangan turut meraih kemenangan malam tadi hehe...Go CHELSEA... Salam Mujahah Silmiah.



3 comments:

Adry said...

Salam... bergaul dengan masyarakat adalah salah satu medan dakwah yang paling mencabar bagi kita yang mempunyai fikrah Islam dan masih muda... kerana melalui pergaulan ini kita boleh nilai dan blajar tentang mereka yang masih belum dekat dengan agama .... yang penting kita jangan terkesan dengan suasana dan cara pergaulan mereka...

Selama ni pun aku bergaul dengan semua orang... Islam or Non Muslim.. islamik atau tidak... dari situ kita boleh tunjukkan bagaimana caranya atau hebatnya seseorang itu bila dia junjung Islam atas segala galanya... insyaAllah akan memberi mereka ilham untuk berubah... bak kata orang kepimpinan melalui teladan...

Walaupun kita bukan boss... atau pemimpin mana mana organisasi... tapi kita sebagai kawan boleh mengajak mereka untuk berubah ke arah sesuatu bila kita sendiri melakukannya terlebih dahulu...

Uiks.. panjang lak komen ku... dah ble jadi entri baru ni... entah la tetiba jak aku mau komen panjang pasal entri mu ni... mungkin ada salah dan silap... itu atas kelemahan diriku...

yang penting M.U rampas takhta liga!!! hahahahhaa

TUKANGSERU said...

tq bang bg komen, pandangn yang baik, jika ada ruang kosang ble jad entri baru hehe...sekrang MU suda turun takhta da hm.hm.hm

Adry said...

Napa aku check laman web EPL td M.U masih di atas?? apa hal pun kurang satu perlawanan... hehehe

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini