at-ta'aruf

My photo
Salam muwajahah silmiah. Sekadar mengambil ruang medan dakwah untuk mencetuskan pandangan dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Di lahirkan di Tawau Bumi Peladang. Masih lagi menuntut ilmu sebagai persiapan menjadi aktivis dalam membantu menyuburkan syiar Islam yang kini mempunyai harapan besar untuk kembali gemilang. InsyaAllah.

Untukmu Wanita...

| Sunday, November 28, 2010 |

Pertemuan kali ini ingin dikongsikan kepada semua sebuah entri yang menarik untuk dihayati.  Walaupun lebih khusus kepada kaum wanita, namun lelaki juga perlu menelitinya terutama mereka yang harapkan sokongan dan dorongan dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah swt. Justeru, wanita acuan Al-Quran antara sebaik-baik pilihan yang tepat sebagai pembantu bagi memacu perjuangan ini sekiranya diizinkaNya membina baitul muslim suatu hari nanti. Bagi yang telah membina rumah tangga Islam, diharapkan menjadi antara pasangan yang mencintai sesama berpaksikan kasih dan cinta yang mendalam kepdaNya. Dengan itu, tiada alasan untuk lemah dalam perjuangan, sebaliknya terus gagah melangkah.

Memiliki pasangan yang diharapkan bukanlah mudah. Hal ini telah lama Allah swt ingatkan sebagaiman firmanNya :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Insyaallah, mari bersama kita hayati...

"Wahai saudariku yang muslimah, yang berada di jalan jihad , Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi kita, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad."



Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi muslimat, mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan dakwah , peperangan menghadapi musuh gerakan islam, sama seperti mereka
menghafazkan anak-anak mereka surah dari Al-Quran.

Begitu juga dengan al-ukhtul, muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya supaya berjihad, ia menggesa suaminya supaya berjihad, berdoa agar suaminya tidak akan pulang hidup-hidup, doakan agar suaminya pulang sebagai As-syahid. Bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Sekiranya suami malas menghadirkan jasad di medan usrah, maka isteri-isteri lah yang membakar semangat untuk bangkit berjuang. Mengancam suaminya tidur bersendiri sekiranya Allah swt tidak diutamakan.

Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Mereka telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat pejuang yang luka. Bahkan kadangkala seorang wanita yang dipilih turut menghunuskan senjata mempertahankan maruah Islam, agar matinya asbab kerana mempertahankan Islam!Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh ummu nusaibah binti kaab kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud.
(Mustafa Mashyur)

"Lalu masihkah ada lagi wanita-wanita yang jurangnya amat jauh dengan dirimu?, yang selalu bertegur sapa dan masih ada yang mencurigaimu? wanita yang jaraknya amat jauh untuk didekati, walaupun dekat di kalangan kita."

Persoalan itu bagaikan musuh-musuh yang mesti diperangi, apa yang mengesankan ialah jawapan kepada musuh kita ialah diri kita sendiri. Diri kita yang lemah dari segi akhlak , lemah dari segi akidah, lemah dari segi tarbiyyah, lemah dari segi fikrah.

Perjuangan itu menempah susah kerana maharnya amatlah berharga.Janganlah ada diantara kita meninggalkan lapangan ini , meninggalkan jemaah umpama seekor biri-biri yang keseorangan ia senang menjadi sasaran musuh-musuh islam.

Usrah bukan berlaku di dalam bilik sahaja tetapi ianya bertebaran di tengah lapang yang boleh dilihat kebaikannya. Kemudiannya jurang yang amat jauh adalah jurang yang perlu didekati, ukhwah dan ehsan menjadi rutin bersahabat, kesannya jarak yang amat didekati adalah sifat mahabbah sesama ummat.


Dalam kenangan : Mujahidah yang cekal walaupun dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali, dipenjarakan bersama adik kepada syed Qutb (Mujahidah Hamidah), Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat pada 3 Ogos 2005 di Masjid Rabia’tul Adawiyah. Lahir di buhaira Mesir pada tahun 1917 , berketurunan Saidina Umar ra. (Sumber : Blog UsrahJamaah)


1 comments:

Anonymous said...

INSYAALLAH...Ukhwah kerana Allah seperti seutas tasbih..takkan bercerai dan bertaburan melainkan Allah sahaja yang mampu memutuskan..

Petunjuk Sepanjang Jalan : Terjemahan Quran Flash





Twitter

Usahawan Muslim

Produk Score A

Powered By Blogger

Pengunjung Budiman

hadirnya sahabat

Curahan Rasa

Mesti Lawat

isu terkini